Tuesday, May 22, 2012

Dari lensaku : Dunia Macro

.



Assalamualaikum

Hari nie mari kita lihat keunikan dunia serangga kecil..Ciptaan ALLAH..Yang kat atas tu adalah Tool untuk Wan rakam gambar gambar kat bawah nie..Sony alpha a55 | Reverse ring | DIY diffuser
















Ok tu je sebahagian dari gambar gambar macro Wan..

Unikkan ciptaan ALLAH..Dan indahkan dunia nie..Gambar diatas adalah gambar serangga yang korang selalu jumpa dan mungkin tak pernah tengok akibat terlalu kecil..



Jika ada sebarang pertanyaan boleh nyatakan diruangan komen..Insya Allah pertanyaan anda akan dibalas..


Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.Pilih satu.





Papai



.
.







Monday, May 21, 2012

Doodle Story_Tutorial tudung Bawal

.

 
Assalamualaikum..

Hai korang..kali nie "Doodle Story" nak ajar korang Tutorial Tudung Bawal lak. Tetiba lak kan Wan wat Tutorial Tudung nie lak..Hahahaha..Buat nie bukan bermaksud Wan nak guna tudung..Wan tetap lelaki lah.hehehe..Kalau boleh..tak banyak ,sikit pun jadi lah untuk korang mencuba..Sesapa yang dah bertudung tu Alhamdullillah..Sesapa yang belum tu..Korang tengok doodle nie comel tak??macam tu lah kalau korang bertudung.peace.



 Korang tengok je lah Doodle tu buat tutorial k.hehehe.Sambil tu Wan cerita cerita sikit.






Kalau tak berapa jeles tu..Korang klik je kat gambar tu untuk besarkan gambar.




Kalau ditanya kat Wan mengenai fesyen tudung nie..Wan kekadang pun naik rimas jugak bila tengok tudung dengan fesyen fesyen skang nie..Dan bagi Wan tak salah berfesyen tapi korang kene tahu  jugak apa yang tak boleh dan apa yang boleh.dan kene ingat Niat korang bertudung tu..Bertudung kerna Agama dan Allah jangan bertudung sebab nak pikat crush korang..ehehe.


Wan lebih suka kalau perempuan guna Tudung Bawal..Sebab tudung bawal nie cantek..Tak macam Shawl..Owh ye..Korang pun kene tahu apa fesyen tudung yang korang sesuai guna..jangan terpengaruh sangat dengan fesyen fesyen skang..Bukan nak berlagak pandai bab fesyen nie.. Cuma nak bagi pandangan je.Hot mana pun fesyen tudung tu kalau muka tak cun guna fesyen tu..Maka tak comel jugak..Jadi..faham faham lah kan..betulkan dulu niat tu..nak bertudung ke nak berfesyen..


Yang penting aurat terjaga..Tudung yang menutupi bahagian Dada..

P/S:Lelaki mana tak nak isteri yang menjaga auratnya??betul tak..? 
Sila komen jika mempunyai pendapat dan kritikan .


Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.Pilih satu.





Papai



.





Download Adobe Photoshop CS6

.



Assalamualaikum..


Hai korang..Kali nie Wan nak kongsi Adobe Photoshop CS6 lak...Jadi sesapa nak boleh je download...Kalau korang nak..Korang download lah k..

Page 4shared.. Skang nie 4shared dah update..Kemungkinan korang kene sign in untuk download..Korang sign in guna acc muka buku korang je..Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..Dan kalau korang tak leh download atau kalau korang alami file corrupt tu..Tu ada masalah dengan line korang..


Jom Download (klik link dibawah)

Download (CS6): DF - UL


Kalau korang tak taw camne nak download..Korang rujuk entri nie k..Cara sama je..

-Download Adobe Photoshop Lightroom v3.0 Portable (free full version) 

Lepas korang download tu korang akan dapat file format RAR. Jadi orang kene extract..Kalau korang tak taw camne nak extract atau tak boleh nak extract..Korang rujuk lah pak cik google atau mak cik youtube.Kat bawah nie Wan sediakan print skirn Adobe Photoshop CS6 yang Wan guna.Yang best nye CS6 ada sediakna medium untuk Photography.gambar dalam tu adalah gambar macro Wan ambik .




Terima kasih


Lain lain
Portable Full Software



Selamat mendownload


Kemungkinan pautan untuk memuat turun applikasi ini di 4shared tergendala atau telah disekat.. Sebagai langkah kedua disini ada pautan untuk applikasidi pautan yang lain.  download link dibawah
(maaf atas ralat yang terjadi)


Download (CS6): DF - UL


.NEW link

DOWNLOAD ADOBE PHOTSHOP CS3 



.





Saturday, May 19, 2012

Saat hatiku termenung (2)

.


Assalamualaikum...


Kekadang segala yang ingin aku lupakan berputar kembali dalam angan. Sejauh mana pun aku berjalan, Bertahun lama pun masa yang berlalu ingatan itu pasti wujud..Sering kali aku jadikan teratak ini sebagai penghapus rindu namun segala ruang yang ada mencampakkan aku lagi ke dalam cerun kenangan lampau...Pernah seketika dulu aku biarkan teratak ini bersawang.


Ramadhan tinggal beberapa  bulan saja lagi.Semakin hari semakin takut untuk ku melangkah. Walau sudah bertahun tahun pemergian Sasha , Detik hitam itu tak pernah padam walau secebis zarah sekalipun..



"Shasa ,Saya tak setabah awak". 


Andai diri ini hilang pertimbangan ingin saja ku gores besi tajam mencengkam pergelangan tangan. Kenapa Tuhan beri ujian sebegini berat..??? Apa hikmahnya Ya ALLAH?.Mungkin aku bukan penikmat garam yang "TEGAR"..Rasa hati ingin saja dihempuk kelibat perasaan aneh yang terpampang dimaya fikiran..Tapi aku bukan sekeras tukul besi berkepala besar.Seketika aku hilang ketenangan, meronta ronta menyalahkan takdir seperti hilang Agama , hilang iman didada..


Andai hari ini aku bisa saja gerakkan setiap saat pasti akan ku undur setiap detik yang berlalu.Pasti saja aku hilangkan setiap pertemuan bersama nya agar aku tak merasa siksanya terseksa.Namun segalanya sudah tersirat dan tersurat . Hampir berpuluh kali aku draftkan entri ini menunggu untuk dipersembahkan. aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku.


Bukan aku hendak menolak atau aku hendak mempersoalkan perancangan Allah..Tapi sukar untukku terima kenyataan..Hakikat yang hari ini bukan mimpi...Yang hari ini mesti diteruskan seperti biasa..Aku sering bertelagah dengan minda.."mengapa aku di uji sedemikan rupa"..Mungkin bagi kalian senang hendak memuntahkan kata dari mengalami..Atau aku  tak setabah karang dilautan..Sapa yang mengerti??


Benar perpisahan itu punya nikmat yang perit..Dan perpisahan antara dunia dan alam seterusnya punya perit yang lebih..Mungkin perpisahan jarak atau tempat mampu berikan kita perit yang mendalam..Bayangkan perpisahan untuk selama lamanya di dunia..Tiada sapa yang mampu menduga bukan??Sanggup untuk merasanya??Jauh sekali tidak..
 

Kali nie biarlah Aku relakan pemergian nya dengan tenang..

Tabahkan lah hamba Mu ini Ya Allah..Biarlah aku mampu tersenyum seperti masa yang sudah sudah..Tapi janganlah Kau hapuskan kenangan ku.....

Al Fatihah..



Kisah rekaan



.




Doodle Story_My crush sudah berpunya

.



Assalamualaikum...


Hai korang..Ingat lagi entri nie -My Crush  .. Ramai yang bagi komen untuk luahkan..Jangan pendam.. Kalau dah luah dan kita dapat tahu crush kita tu dah berpunya..Semestinya kekecewaan kita makin bertambah..Dan akan wujud satu jarak pemisah..Bermacam macam lah perkara pelik yang kita fikirkan.Nak buat macam mana kan..Kita manusia insan yang lemah..


Atau korang tetap menunggu walaupun peluang untuk korang dapatkan crush korang tu agak tipis..Atau pun korang biarkan dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH..Berusaha + berdoa + bertawakal..Atau korang terus diam .. putuskan hubungan sebagai kawan tu secara diam diam.Tak hantar SMS , tak bertegur lagi dan korang menyendiri..


“Dan bukankah (Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?”(An-Naba’:8)

Kalau korang ..Apa tindakan korang??


Percayalah setiap yang ALLAH dah tetapkan tu adalah yang terbaik untuk kita..Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..Elakkan dosa , elakkan keburukan..Jadi kita fikirlah secara positif.Yang penting kita kena tahu ALLAH akan beri yang lebih baik lagi untuk kita.


Sekuat mana pun kita..Kita tetap rasa kecewa dan sedih.. Walau tersenyum namun hati didalam Tuhan yang tahu..Kita redha dalam pasrah . . .


Kalau korang ada pendapat atau pernah alami sebegini kongsi kongsilah diruangan komen k.Wan perlukan pendapat..



P/S : LEBIH indah berCOUPLE, namun batas dan syariat diutamakan!
Semoga kita bertemu dengan pasangan-pasangan kita dan akan berkekalan sampai ke syurga


Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.





Papai


.




Thursday, May 17, 2012

Doodle Story_My Crush


.



Assalamualaikum...


Hai korang..Kali nie doodle story Wan satu gambar je..Bab tak sempat lak nak lukis dua tiga gambar..hehehehe ..Petang tadi pun dengar kat Hot Fm ada topik yang menarik..Bab tu lah terbuat plak doodle story nie..


Mesti korang pernah hadapai situasi nie kan..Manusia nie susah nak halang perasaan cinta . Tapi korang semua kena ingat taw.. Cinta tu ada batas nya..Sangat sangat terbatas.. Dan bagi yang memendam rasa tu..Cinta tak terungkap..Apa korang rasa??Adakah korang perlu luahkan perasaan?? atau simpan sampai suatu masa nanti..Kalau simpan korang tak takut ke terlepas..Atau korang percaya pada jodoh..?


Jadi apa pandangan korang??Wan pun nak taw jugak..Kekadang risau sangat kalau kita luahkan tu..Kita dan dia mula rasa terlalu jauh..Mula mula kawan seperti biasa pendam perasaan..lepas tu luahkan perasaan..Kalau lah cinta kita ditolak mesti hubungan kawan tu semakin renggang..Adakah korang berfikiran macam tu jugak atau Wan je yang fikir macam tu?


Dalam dunia yang serba canggih nie tak mustahil kita tersuka atau menyukai seseorang tu dalam diam..Contoh nya cinta muka buku dalam diam..Adakah korang akan simpan perasaan atau luahkan..??


Kalau korang ada pendapat atau pernah alami sebegini kongsi kongsilah diruangan komen k.


P/S: setiap manusia diciptakan perasaan sayang.


Biar airmata kita mengalir kerana rindukan syurga..
daripada terpesona dengan dunia hingga diri tiada harga



Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.





Papai


.








DP Mogok Lapar Palestin: Muncul Satu Teori Baru yang Bodoh

.

100% disalin dari http://www.soutulmujahid.com/2012/05/dp-mogok-lapar-palestin-muncul-satu.html .




Dengan pelancaran kempen DP facebook mogok lapar beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberika impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Namun, aku tegaskan kat sini, kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia hanya mencetuskan public awareness yang positif.

Apa yang aku nak tegaskan adalah, ia bukan jalan penyelesaian yang tuntas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi aku tetap memuji tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kes ini. Yang tak tukar DP macam aku, doa pun jadilah. Jangan perlecehkan usaha mereka sudah.

Tapi, lepas impak positif asbab daripada DP mogok lapar tu, muncul pulak dah satu teori bongok ala-ala teori konspirasi yang cukup bodoh yang amat dibenci. Aku tengok, blogger yang benci giler dengan teori konspirasi illuminati ni adalah Faiz Tapit. Ada-ada je entry sentap pasal teori dungu ni. Aku ingat teori konspirasi je yang meniti di bibir-bibir umat Islam, tapi DP mogok lapar pun turut 'diteorikan' mengikut kepala otak sendiri yang tak tahu hujung pangkal cerita.

Memetik teori bongok tersebut, ia berbunyi seperti:
"Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam."

Pertama kali aku baca kenyataan ni, memang memberi first impression yang sangat negatif. Ini merupakan kenyataan yang sangat naif lagi daif dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Nampak sangat diorang ni jenis yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7. Apa saja yang ditulis akan dikongsikan (share) kepada rakan-rakan lain selagi mana ia tampak menarik dan berinformatif.

Walhal, kenyataan dangkal seperti ini menunjukkan mereka tak cakna dengan isu-isu semasa dan pakai hentam mengikut nafsu dan kepala otak yang singkat. Punyalah banyak informasi-informasi berguna dari internet, yang sampah juga diorang ni suka ambik.

Kalau korang malas sangat nak membaca info berguna, biarlah aku yang bagi tau korang supaya fitnah yang tersebar tak disebarluaskan lagi. Memetik daripada sumber, blog szlihin.com,

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

Lantas, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, dengan tak malunya menulis "wallahu a'lam".

Emmm... entahlah. Aku tak tau nak cakap apa lagi dengan golongan macam ni. Bukan pertama kali aku tulis artikel sentap macam ni. Artikel yang bertajuk Apabila 8.9 Skala Richter Dikaitkan dengan al-Anfal ayat 9 (8:9) dan Kecelaruan Pemikiran Pengkaji Teori Konspirasi juga merupakan artikel yang sentap-menyentap yang aku tulis akibat terlalu ramai menjadikan teori yang carca-merba sebagai topik perbincangan menarik.

Lepas ni, kalau ada apa-apa info, pastikan korang selidik dulu apa yang disampaikan, termasuklah dalam blog soutulmujahid.com. Jangan memvavi-buta menyebarkan maklumat yang entah betul entah tidak. Kepada sesiapa yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7, bawak-bawaklah bertaubat :p






100% disalin dari http://www.soutulmujahid.com/2012/05/dp-mogok-lapar-palestin-muncul-satu.html .

Entri disalin agar semua buka mata dan minda..


.