Wednesday, March 7, 2012

Doodle story..ONLINE , bila nak chat OFFLINE lak_forever alone

.



Assalamualaikum...

Haaa..Belum habis baca lagi entri nie korang dah mula nak imbas kembali . Pernah ke alami keadaan nie??ehehe.. Tipu lah kan kalau Wan kata Wan tak pernah alami situasi nie..Dulu dulu selalu jugak Wan alami perkara nie..Tak kisahlah dengan boy ke dengan girl ke..Tetap situasi yang sama.."forever alone"..eceh..ehehe.




M
asa mula mula tu nampak online.so mulalah nak ajak borak..Kan ke boring..Jadi carilah muka muka yang comel nak ajak borak..hehehe..Memilihlah sangat, korang nie nak ajak member berborak padahal tak kenal pun..sebarang je nak add dan app member..hahhaa.




Tak sampai sesaat nak chat terus orang tu OFFLINE...rasa macam nak bunuh diri je lah waktu tu..ahhaha..Lagi lagi kalau korang suka sangat kat seseorang tu dan sanggup menunggu saat orang tu nak online..bila dah online..Semangat korang nak chat tu melambung lambunglah..mula lah nak chat..bila nak chat baru send satu chat orang tu terus OFFLINE..hahaha..Tak ke rasa macam korang nie begitulah tak penting..ahahhaha..Ada tak rasa macam tu??

Tak gitu semua??pernah alami??


P/S: jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Dew More Win More!.Dew More Win More!.Atau klik button Donate..

Papai





.



Doodle story..Menyangkakan perkara yang dilakukan adalah terbaik padahal ia hanyalah DOSA

.



Assalamualaikum..

Baru sempat nak update "Doodle Story" nie..Ada tak yang tertunggu tunggu..??? Dalam kehidupan seharian nie dalam tak sedar kita , kita sering kali khilaf.. Kekadang dengan lancangnya kita mencanang hal hal manusia disekeliling kita (gosip , mengumpat) benda yang macam nie dah jadi trend masyarakat kita..Disangkakan ingin berkongsi agar sama sama mendapat kebaikan namun itu semua hanyalah DOSA..



Begitulah bila orang yang bijak pandai sering kali meleterkan patah perkataan "betulkan dulu niat sebelum melakukan sesuatu" tapi adakah niat kalian itu sejajar dengan cara yang betul atau perlu lagi seseorang yang bijak pandai meleterkan lagi patah perkataan "Matlamat tak pernah menghalalkan cara yang salah"...



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Sahih Muslim No.4646)


“…Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nuur: 19)



Memanglah niat korang nak berkongsi..Memanglah korang marah sangat dengan sikap mereka orang..Tapi korang rasa korang wat camtu berdosa tak??Korang wat macam tu macam menghasut orang lak..Kan lebih baik kita menutup keburukkan orang dari menyebarkan..


Entri atau gambar yang korang wat dan share tu..Korang rasa brapa banyak yang dah tengok???brapa banyak yang dah baca dan menyumpah nyumpah???andai lah dosa hasutan tu mewakilkan seorang yang melihat dengan satu dosa yang korang dapat...korang hitunglah sendiri.

Cukup cukuplah mengaibkan sesama kita..Kita bersaudara bukan..Manusia adalah anak ADAM dan HAWA..Kita seketurunan..Mengapa lak nak buruk burukkan saudara sendiri..Betul tak???


Antara kita dan mereka sapa yang lebih pantas ke NERAKA????
Kerana DOSA??
Mungkin kalian yang lebih dulu keNERAKA kerana menyebarkan aib sesama kita


P/S : Aib ini boleh disebarkan dalam sesuatu kawasan atau kelompok tertentu dengan syarat syarat yang tertentu..Contohnya seorang pencuri dikawasan perumahan tersebut..Maka seharusnya disebarkan kerana kejahatan dan agar kawasan perumahan tersebut berhati hati dengan penjenayah tersebut hanya dikawasan perumahan tersebut dan kawasan yang mungkin akan dijadikan sasaran penjenayah... Betulkan Wan jika salah..


Terasa??kalau terasa mohon bertaubat...Korang yang pernah Share gambar gambar yang tak ok kat FB tu renung renungkan lah..Wan pun bukan nya Hamba yang baik tapi ingin menyampaikan apa yang terbaik..


Mungkin selepas ini korang akan berfikir kedua kali nya untuk berkongsi entri ini bersama rakan rakan kalian..Fikirkan sendiri..Share apa yang sepatutnya..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Dew More Win More!.Dew More Win More!.Atau klik button Donate..

Papai





.



Monday, March 5, 2012

Uniknya ciptaan Allah..Macro photography

.



Assalamualaikum....


Hai korang..Hari nie Wan nak post gambar yang Wan tembak hari nie..Hari nie nak lapangkan diri dengan aktiviti yang sihat..Selalunya dok mengadap laptop siapkan design..Sementara ada masa Wan pun rehatkan otak sikit.Jadi apa kata korang melihat keunikan ciptaan Allah . Indahnya Ciptaan Allah dan hebatnya Allah yang menciptakan haiwan sekecil ini yang boleh bernyawa dan hidup disekeliling kita..





Dan kat bawah nie adalah toys yang Wan guna untuk tembak gambar yang kat atas tu..


Toys macro saya..DIY diffuser ,DIY Reverse ring..Agak pelik sikit rupa.Banyak solatep sana sini..

DIY diffuser :menggunakan bekas potato chip dan tisu basah dipasang seperti dalam gambar

DIY Reverse ring : body cap ditebuk dan di solatap dilens 18-70mm dalam keadaan terbalik seperti dalam gambar dan dihadapan ditutup dengan plastik makanan yang lembut..


Papai


.




Saturday, March 3, 2012

Photography_Bermacro dengan DIY reverse ring

.

Gambar diambil dengan DSLT sony alpha a55

Assalamualaikum..

Hai korang.Hari nie sibuk dengan persiapan majlis untuk hari esok..Dalam kesibukan tu Wan sempat bermacro dihadapan rumah,hehehe..Tu pun guna Reverse Ring lens..Macam gambar kat atas tu.DIY punya version..Body cap Wan tebuk dan tampal dengan solatep kat lens dalam keadaan terbalik..Sebab tu lah lens dalam gambar kat atas tu terbalik..Nak beli raynox ,ET dan macro lens tak berkemampuan lak..


Sony alpha a55|DIY 18-70mm Reverse ring
ISO 1600 |f/1.0 | 1/100


Sony alpha a55|DIY 18-70mm Reverse ring
ISO1600 |f/1.0 | 1/250


Sony alpha a55|DIY 18-70mm Reverse ring
ISO 3200 |f/1.0 | 1/100


Semua gambar kat atas tu banyak sangat kelemahan..Al maklumlah baru first time bermacro nie , lagipun guna Reverse Ring....Jadi kritikan dan komen dari kalian amat amat dihargai..Kalau ada yang tanya kenapa ISO tinggi melampau..jawapan nya View finder = LCD..


p/s :

keburukan guna Reverse Ring ialah..Apperture tak leh tukar , fully manual fokus ..
keburukan pada lens : Lens boleh cedera parah akibat masuk debu atau benda benda lain..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Party rock crew is in town!!.Dew More Win More!.Atau klik button Donate..



Papai


.



Friday, March 2, 2012

Jom lihat siapa pen-doodle untuk Google

.






Assalamualaikum...


H
ai korang...Hari nie Wan update entri..taip sikit sikit je nie..Skang dah mula sibuk sebab ada urusan keluarga sikit..Jadi korang layan je lah Video kat atas tu..


Papai



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Party rock crew is in town!!.Dew More Win More!.Atau klik button Donate..



Papai


.
.