Monday, February 27, 2012

Doodle story..ALLAH sentiasa ada untuk kita. Susah dan senang

.



Assalamualaikum...

Pernah kalian dihembat perasaan sedih??? keluhan diratap sendiri..Tiada siapa yang meratapi lalu kita mula melaluinya sendiri..

F
itrah manusia akan sentiasa mencari tempat untuk mengadu..Sahabat karib..Namun kita manusia ..Tidak sepanjang masa boleh mendengar segala pengaduan dan keresahan yang bersarang di jiwa mereka begitu jua mereka untuk kita. Kerana mereka dan kita juga ada kehidupan sendiri, juga ada keresahan yang bersarang dalam hati sendiri.

Akhirnya , siapa yang kita ada???

Allah...

Hanya Dia , Tuhan yang berdiri dengan sendirinya...

Hanya ALLAh-lah yang tidak jemu-jemu mendengar keluhan, pengaduan, keresahan dan kesedihan kita.

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.”
– al Baqarah : 152 – 153

Jangan salahkan manusia lain yang tidak dapat memahami perasaan kita apabila kita betul-betul memerlukan seorang pendengar setia yang boleh membuat kita rasa selamat dan tenang. Kerana disitu sahajalah batasnya sebagai seorang manusia, seorang hamba seperti anda dan saya.

Tapi, muhasabah dirilah sejenak.

Semoga ALLAH merahmati.

belajarlah mengadu kepada ALLAH..


Kalau suka entri kali nie klik like , Juga boleh share gambar dan artikel ini kepada rakan rakan anda..atau sponsor Wan , senang je klik nie.A Growing Up Together Day with your loved ones!..Atau klik button Donate..



Papai


.



Sunday, February 26, 2012

Doodle story..Bila senior nak Final Exam

.


A
ssalamualaikum...


H
ai korang...Wan tak lama lagi nak final exam..Tinggal sebulan lebih je lagi.. Korang lak??? Susahnya macam nie..ahahahaha..Bila dah dengar deru deru final exam mesti ramai yang gelabah..Dalam gelabah tu mesti ada segelintir yang hanya menggelabah pada masa dan saat tertentu sahaja.. Dan ada jugak yang tak kisah sebab bajet dah pandai sangat..




T
ak taw lah..Sama ada perkara nie berlaku kat junior or senior..Biasanya junior first sem tu mesti rajin sesangat masuk klaz dan study dengan kengkawan..Dah masuk lak sem kedua mula lah buat perangai start dari 1% sampailah 100% berubah jadi malas..Mula lah kenal member member gaming..DOTA lah katakan..Lepas tu rajin sangat cari maklumat dengan online..cari maklumat hanya 20 minit pertama atau kurang . selebihnya dihabiskan dengan meng-online laman sosial. hehehe.



B
ila dah bajet otai sangat..Dah pandai sangat so tak perlu belajarlah kan..Dan akhirnya menangis berair mata + hingus sebab tak leh jawab final..Maknanya repeat paper lagi lah korang.. Kan ke dah menyusahkan diri sendiri..hai ya...Ini olang pun ada ka..Memang ada pun..Tengok cermin dan tengok sekeliling korang ada tak?? Ke korang sendiri macam tu??hahaha.


P/S: jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.A Growing Up Together Day with your loved ones!..Atau klik button Donate..



Papai


.



Saturday, February 25, 2012

Download Adobe Photoshop Lightroom v4.0 beta

.


Assalamualaikum...


Hai korang...Kali nie Wan nak kongsikan Adobe Photoshop Lightroom v4.0 Beta  atau pun Adobe Lightroom v4.0 Beta  untuk korang...Sebagai seorang Photographer seharusnya korang mempunyai perisian Adobe nie..Adobe Photoshop atau Adobe Lightroom nie..Kalau kedua dua nya lagi terbaik..Perisian nie diharuskan untuk mengubah Exposure korang atau pun mengetahui Metada korang.Metada bermaksud detail detail mengenai gambar korang..Macam contoh kat gambar nie..



So jom kita Download Perisian nie..Klik link kat bawah nie k..Ada dua bahgian yang korang perlu download..Lepas download korang extract file tersebut ..Nanti file tersebut akan secara automatik digabungkan..Tak tahu macma mana nak extract..Korang google ataupun tengok di Youtube macma mana nak extract file k..




Bila korang dah Klik Link tu..Korang akan terus ke page RapodShare..Macam kat atas nie..Dan korang klik lah button Download macam kat anak panah kat dalam gambar kat atas nie..



Kalau korang dah selesai download kedua dua file..Korang extract lah..bila dah extract korang open lah file dalam folder Adobe korang tu..

Dan lepas tu..Korang double klik icon Adobe ligthroom tu .Bila korang dah double klik..Korang akan dapat tengok Pop Up macam kat bawah nie..Dan korang klik lah Use Default Catalog.



So dah selesai..Korang dapat lah perisian Adobe Photoshop Lightroom korang..Ambik masa yang lama skit nak open masa mula mula k.



Selamat mendownload..



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.A Growing Up Together Day with your loved ones!..Atau klik button Donate..



Papai


Kemungkinan pautan untuk memuat turun applikasi ini di 4shared tergendala atau telah disekat.. Sebagai langkah kedua disini ada pautan untuk applikasi di pautan yang lain.  download link dibawah
(maaf atas ralat yang terjadi)
 Lightroom 4 (stable)
Download: DF - UL

.



Doodle story..Mari kita berjimat cermat..hehehe

.



Assalamualaikum...


Ketemu lagi ya. Sekali lagi kita dalam rancangan bual kosong bersama pak sotrodoryo..hehehe..Merepek je lah kan..Berbalik pada tajuk diatas..Mesti korang tertanya tanya macam mana nak berjimat nie..Caranya mudah..Kalau korang ke kedai makan..Korang pastikan korang bekal pek kopi or teh 3in1 tu..So korang leh order air kosong je..Ingat lagi tak iklan macam nie kat dalam TV?dulu selalu nampak..Skang tak de lak..




Berjimat cermat nie , ada pelbagai cara..Cara nya terpulanglah kat korang sendiri..Dan ad ajugak yang akan labelkan orang yang berjimat cermat nie sebagai seorang yang kedekut...Erm..macam mana plak tu??Yang tu biarlah kan ..yang penting niat kita ..




Berjimat cermat tu boleh..tapi biarlah kena dengan caranya.. Jangan lah berjimat cermat tu melebih lebih lak.>Sipa bawak air sirap ke kedai makan..Yang tu memang nak kasi pelempang rasanya..hehhee.


P/S: jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.A Growing Up Together Day with your loved ones!..Atau klik button Donate..



Papai


.



Thursday, February 23, 2012

Doodle story..don't judge a book by its cover

.


Assalamualaikum...

Mula mula nak kasi taw..Entri kali nie tak de kena mengena untuk mengutuk atau mempersendakan sapa sapa..Diharap semua boleh ambil positif dan ikthibar . Dalam kehidupan kita seharian memang tak kan lekang minda kita dari memikirkan sesuatu.. Kekadang berfikir hingga terbabas dari batasan agama..Padahal kita tahu akan dosa dan pahala..Jadi sama sama lah kita beringat.




Pernah tak kalian menilai sesuatu tu pada luaran?? Atau kalian pernah dinilai sedemikian?Apa perasaan anda??Norma kehidupan bukan semua bertudung tu menutup aurat dan menjaga aklhak serta akidah.. Begitulah sebalik nya bagi yang tak menutup aurat ..Bukan semua yang buruk terus buruk dan bukan semua yang baik terus baik..Dan siapa kita untuk menilai ??Hipokrit ..



Pengajarannya..jangan nilai sesuatu pada luaran..Cuba lihat , kaji dan perhati .. Mentaliti masyarakat islam sekarang kekadang berbeza beza..


P/S: jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.A Growing Up Together Day with your loved ones!..Atau klik button Donate..



Papai


.



Wednesday, February 22, 2012

Doodle story..MEME "seorang Blogger"_What they think i do

.



A
ssalamualaikum...


Hai korang..Menjadi seorang blogger nie pelbagai pandangan yang akan kita dapat dari masyarakat masyarakat luar..Hari nie tak nak update panjang panjang jadi korang layan je gambar kat atas tu k.Hanya untuk suka suka je..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.A Growing Up Together Day with your loved ones!..Atau klik button Donate..



Papai


.



Tuesday, February 21, 2012

Doodle story..Pengaruh media "apa celop"

.



Assalamualaikum..


Hai korang..Sapa antara korang yang minat sangat tengok TV?? Rasanya ramai yang minat , lebih lebih lagi bila cerita tu best .. Contohnya cerita Vanila Coklat yang tak lama lagi episode terakhir..Rasanya tak lama lagi tamat lah cerita tu..Dan sekarang wabak cerita "apa Celop" lak yang banyak mempengaruhi budak budak remaja bah kan orang dewasa..Rata rata orang akan guna ayat yang diguna pakai dalam drama berkenaan..Dulu dengan ayat KL gangster nya..Dan tak lama fenomena KL gangster 2/dua akan melanda..Sabar je lah korang tunggu k..Semesti nya akan ada orang guna ayat yang dalam watak tu nanti.."Amacam cuti panjang bro"..Pengarauh media yang terlalu luas.



Kadang tanpa kita sedar perkataan yang kita guna tu agak keras diterima oleh sesetengah masyarakat..Mungkin terbaik atau lawak didengar oleh kelompok kelompok antara korang tapi tidak bagi sesetengah kelompok masyarakat yang lain.




Budak budak yang sekolah tadi ..Ada tak dengar rakan rakan yang terasa begitu bangga bila sebut "Apa Celop"..Ada tak??Ada tak ??


P/S: jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.A Growing Up Together Day with your loved ones!..Atau klik button Donate..




.



Tutorial Photography : Tingkatkan prestasi Canon Kitlens anda

.


A
ssalamualaikum...


Sebenarnya Wan pun tak faham macam mana benda nie berfungsi..So layan je lah k..Wan pengguna Sony Alpha bukan Canon..Dan benda nie Wan jumpa kat Page Churp Churp.








OK tu je..

Lain lain yang menarik

.