Monday, February 13, 2012

Doodle story..Tengah online..Tak kan nak tanya lagi.

.



Assalamualaikum...

T
engah wat pe tu??Mestilah tengah online mengadap lappy korang masing masingkan..Tu pun nak tanya lagi..ehehhe.Bila semua kerja dan tanggung jawab dah selesai..jadi korang boleh la meng-online-kan diri sepuas puasnya , yang penting tanggungjawab tak dilupakan..kalau bagi pelajar pelajar tu utamakan dulu kerja rumah..jangan nak online je ..Kang kerja rumah tak siap..ingat tu..



Pernah hadapi situasi macam akak kat atas tu??Orang tanya "tengah buat apa?" sedangkan memang kita dah tahu pun orang tu tengah online..Ok..Wan sendiri pun suka tanya soalan pelik macam nie..Walaupun hakikatnya kita dah tahu orang tu sedang online..Sebenarnya bila Wan tanya soalan macam nie Wan maksudkan perkara apa lagi yang dibuat selain online..memang lah tahu online tapi nak tahu lah , tengok youtube ke..Blogwalking ke..wat assigment sambil on facebook ke..Sapa taw kan??kalau Wan taw..tak kan nye Wan nak terhegeh hegeh nak tanya..hahaha.


Skang nie bila orang tanya "tengah wat apa tu?" terus je kena maki hamun.. Tak suka ke orang tanya "tengah buat apa?" . Ayat nie sebenarnya untuk mulakan perbualan je.. Tipu lah korang kalau tak pernah tanya macam nie.Sedangkan korang ber S.M.S pun tanya soalan macam tu kan???kan kan kan..


Lagi teruk bila depan depan orang tanya "tengah buat apa?" sedangakan dah nampak orang tu tengah buat kerja ..bla.. bla.. bla.. Adakah orang yang tanya soalan macam tu gila , pelik atau rabun?? Jadi terpulang lah kat korang nak kategorikan orang sebegini macam mana..bagi Wan..kalau orang tanya macam tu..Wan biasa biasa je..Seronok pun ada..sebab ada yang nak tanya..


P/s: kalau korang ada alasan atau pendapat tersendiri kongsilah diruangan komen..



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Sunday, February 12, 2012

Doodle story..Terasa malu untuk berubah

.



Assalamualaikum...


Pernah tak korang dalam delima?Rasa sangat sangat sukar nak buat pilihan..Antara dunia dengan dunia dan antara dunia dengan akhirat.Tapi kali nie Wan nak ceritakan lebih mengenai akhirat.Mungkin ramai antara kalian yang berasa sedemikian dan mungkin ramai tak tahu dimana jalan untuk melangkah..Atau mungkin terasa malu dengan perubahan diri...



M
anusia , begitulah hendaknya.. bukan hanya kalian ... Diri ini sendiri turut seperti itu..Malu untuk berubah namun kita terpaksa harunginya..Jika jiwa terasa kosong , kepada Allah jualah kita meminta..mengapa perlu malu kepada manusia tidak kepada ALLAH??Tepuk dada tanya iman..


Bagi sesapa yang hendak berubah ke arah kebaikan.Sokongan Wan tetap bersama kalian..Insya Allah jalan kalian akan diberi lebih hidayah.. dan semoga semua antara kita diberi keberanian dan diberi hidayah rahmat...Amin.


P/S:kalian boleh berkongsi luahan diruangan komen .


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Saturday, February 11, 2012

Doodle story..Kita yang sering kali terlupa ...

.



A
ssalamualaikum...

Apa...penat hari nie??Apa...tak makan lagi??Hari nie korang buat apa??hari cutikan..Keluar jenjalan tak tadi??Hari nie Wan wat entri pendek je..tak leh nak wat panjang panjang..Sebab nak siapkan design yang tertangguh.


Hidup nie kadang kadang kita tak pernah nak puas dengan apa yang kita ada..Bila senang , kita nak lagi senang..Tak salah kalau nak kejar kejayaan tu tapi kalau kita terlalu riak dengan kejayaan , jadi yang tu lah yang salah.. Sepatutnya kita bersyukur..Dan kalau kita dah senang beringat ingatlah pada yang susah. Jangan lupa pada yang memerlukan..paling penting jangan bazirkan makanan , harta benda dan jangan lupa diri..



Kehidupan nie tak semua orang senang...Ada yang susah..Ada yang tak pernah dapat miliki sesuatu yang diorang inginkan..Kalau ada yang lahir terus merasa kesenangan tu..Alhamdullillah jangan lupa bersyukur dan bagi yang tak pernah rasa apa yang dia inginkan , harap semua korang tak pernah mengeluh..Usaha dan usaha untuk kecapi kebahagian dan kejayaan tu.Kejayaan tu datang dari tangan orang yang berusaha.jangan mengeluh dan jangan mengeluh jika kita jatuh tersungkur.Ingat jang mengeluh..


Jadi , senang susah kita ... kita pastikan yang kita semua beringat...


Papai.



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Friday, February 10, 2012

Doodle story..Kedewasaan buatkan aku ingin bercinta

.



Assalamualaikum...


Tipulah kan kalau korang tak pernah rasa ingin bercinta.. Zaman sekarang nie budak budak pun dah reti bercinta.Bercinta tu tak salah tapi yang salah adalah cara . Kadang kadang matlamat yang kita cuba nak capai tu tak betul dengan cara..Sebab tu terbit kata kata orang berilmu "matlamat tak halalkan cara".


Semua pun akan rasa perasaan yang sama..Kalau dah mula rasa sayang kat seseorang tu mesti kuat berangankan.. Alangkah indahnya kalau apa yang kita angankan tu menjadi kenyataan namun hakikatnya kehidupan nie bukan seperti drama .



Dulu masa zaman budak budak antara perempuan dan lelaki kita anggap hanya sebagai kawan, semuanya kawan..Seronok berkawan masa tu..Tak terfikir lansung dengan cinta..Tu zaman Wan masa dulu tapi sekarang benda tu rasanya dah berubah , pasti ada di antara adik adik yang dah mula rasa bunga bunga cinta . Dan mesti adik adik semua rasa itulah jodoh itulah suami/isteri yang Allah dah tetapkan..Tak nak berpisah , berjanji bersumpah semati..Macam macam lagi lah janji manis yang korang ukir sedangkan korang semua masih lagi sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah..Cinta laman sosial katakan..


Tak yah nak pertahankan sesuatu yang salah.Dan tak perlu nak sorokkan sesuatu yang dah nyata..Terpampang diteratak blog , facebook , twitter adik adik semua gambar pak we dan mak we korang. Status dan entri korang semua mengambarkan apa yang korang rasa. Kadang kadang penulisan itu jua bisa mengambarkan siapa anda..Dan dari situ pembaca yang lebih dewasa menilai aklhak , menilai peribadi hanya dengan sebaris ayat atau gambar. Mungkin ramai yang akan berbalah "Dont judge a book by its cover". Kenapa perlu pertaruhkan sepotong ayat sedemikian sedangkan yang nyata sudah nyata..Bila adik adik semua sudah dewasa , pasti adik adik faham apa yang Wan cuba sampaikan...Syukur jika selepas ini adik adik semua mula faham. Alhamdullillah..



K
edewasaan buatkan kita ingin bercinta.Sudah menjadi naluri seorang remaja untuk bercinta.Dalam bercinta pasti ada batas batas yang telah ditetapkan.Ramai yang mengetahui dan ramai yang melanggarnya . Bila berbicara seperti dialah tahu isu agama..Mengumpat salah , tak tutup aurat berdosa , tak solat berdosa padahal bila bercinta semua hukum Agama tolak ketepi.. Ini lah kebenaran yang perlu kita telan.. Terpaksa kita telan. Lihat sahaja keliling kalian. Media massa yang menjadi pengaruh utama anak anak bangsa.. Kekadang Media massa yang cuba menyampaikan sesuatu yang baik pasti cuba menyampaikan dengan penyampaian yang tak berlandaskan agama.


Konklusinya, Bercinta tak salah kalau kena dengan cara dah hukum nya. Insya Allah redha Allah akan bersama sam dalam hubungan kalian.Jodoh , maut itu ditangan Tuhan.


Dan yang terakhir..Mari mulakan Cinta pertama , Cinta kepada Allah .



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Wednesday, February 8, 2012

Doodle story..adakah semua wanita ambik sedikit masa untuk berkemas kerna Allah.

.




A
ssalamualaikum...

Dalam ramai ramai jiwa manusia hanya ada beberapa jiwa je yang akan mengambil masa menyiapkan diri dan memperkemaskan diri Kerana Allah..Lain lain semua kerana pandangan orang luar.. Mungkin ada yang berfikir dan kemungkinan benar hanya untuk memenuhi tuntutan agama tapi adakah hakikat sebenarnya kerana Allah..? Atau semata mata kerana berfesyen..?



W
an pernah menulis mengenai..Fesyen tampilkan keindahan Islam namun...Comelnya wanita bertudung . Dan ramai yang tertanya pengakhir ayat Wan pada entri tersebut iaitu


Sebenarnya Wan tak suka Wanita bertudung namun Wan suka Wanita yang menutup aurat..


Disini Wan cuba sampaikan " bukan semua wanita bertudung itu menutup aurat dengan sebaiknya".Dan di sini Wan bukan hendak menunjuk alim.. Kalau berbicara mengenai agama pasti banyak lagi yang Wan perlu selongkari , pelajari dan korek sedalam dalamnya..Tapi Setiap manusia tu adalah khalifah dimuka bumi.. Perlu ada rasa bertanggung jawab..Kalau bukan Wan siapa lagi..Wan cuba menggunakan medium Blog ini sebaik baiknya sebagai kegiatan yang berfaedah disamping memberi sedikit ilmu didada malah berkongsi lumrah kehidupan yang perlu kita sedari..Dunia semakin maju dan kita semakin maju menempuhi liku liku dosa tanpa kita sedar.


Insya Allah jika entri ini berkesan dihati mungkin ramai yang akan berfikir kedua kali nya adakah kita berkemas hanya sekadar memenuhi tuntutan atau sebalik nya.. Esok , lusa dan hari hari yang seterusnya harap kalian melihat diri di hadapan cermin dan bertanya pada diri adakah aku layak digelar ISLAM..Bukan hanya pada Wanita namun semua kita..Lelaki pun sama.


ISLAM itu mudah..Islam itu Indah..

Sama ada kita mati dalam menegakkan ISLAM atau mati ISLAM hanya sekadar pada nama..


Renungkan fikirkan..

Yang baik itu semuanya datang dari Allah dan yang sebaliknya datang dari diri Wan sendiri..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Tutorial pasang Donate Button bawah post

.



Assalamualaikum...

Hai korang..kali nie Wan nak kongsi macam mana nak wat Donate Button . Yang nie koding Wan sendiri buat tak de kena mengena dengan facebook.. Rupa je macam button facebook tapi hakikatnya nya koding nie hanya button biasa je..


Korang leh try klik button kat bawah tu..klik Donate tu..dan tengok apa terjadi..So bagi sesapa yang nak bersedekah tu boleh lah klik kat Donate tu..Kalau korang nak..

Jom Tutorial..


Pengguna Design/layout

Dashboard>Design/layout>Edit HTML
tick expand widget

lepas tu korang cari lah koding nie..

<data:post.body/>

CTRL+F bagi memudahkan pencarian

Bila korang dah jumpa koding tu..Korang copy dan pastekan kod kat bawah sekali tu betul betul di bawah kod yang korang cari tadi..


Bagi pengguna Blogskin/classic template
Dashboard>Template

Korang cari koding

</BlogItemBody>


CTRL+F bagi memudahkan pencarian

Bila korang dah jumpa koding tu..Korang copy dan pastekan kod kat bawah sekali tu betul betul di bawah kod yang korang cari tadi..


Koding
<!-- Donate button Start -->
<a href='YOUR CHURP2/HEARTBEAT/SAYS/DLL LINK' target='_blank' title='Thanks You'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjou25qjbl0wKe6rryjQXAdpG5PWkv346NUuI468jJYuUyWHxE26RZ057r5IohkpuoCRpYOInTuPwoKLrCvwUwIPDAw42v8Qx6IUySKiWczZoz72gzPsk8qEuz-AgRCHPXU56LzBgV8M88/s1600/1.png' width=''/></a>
<a href='http://wanhazel.blogspot.com/2012/02/tutorial-pasang-donate-button-bawah.html' target='_blank' title='Get This Button'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkpqCdkh_A47A9YuhlHxUKHMVvwVh_V4pUs_dEycLfedIrawbgDrif9GdhzM45jVQy6PNYCgM2M-OmPBCfVUokql5nNYd6aWb20fmtFeqocb3VAxya11AGTl5OlT9-LB2N9f6VPZ_PuIc/s1600/2.png'/></a>
<!-- Donate button End -->



YOUR CHURP2/HEARTBEAT/SAYS/DLL LINK' yang tu korang letak link income korang..link churp2 ke , Heartbeat ke..So setiap kalai ada iklan baru korang tukar tukar lah ye..Memang payah sikit..sebab perlu tukar tukar..ehehhe..


Preview dulu...kalau tak de error..Korang Save k..harap korang tak ubah koding nie..Beri kerjasama..Hormati hak k..Peace.


Selamat mencuba


Seperti biasa kalau suka entri kali nie klik like dan sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.