
Assalamualaikum...
Penat tak hari nie??Wan hari nie biasa je..Macam biasa lah kan.Design tempahan pun Wan belum sempat nak siapkan.Esok dah start balik kuliah.. Hari nie seperti pada tajuk di atas Wan nak mengupas apa itu Copycat sebenar walaupun Wan memang tak arif sangat..Setiap orang masing masing punya penilaian sendiri terhadap Copycat.

Atau adakah kita menjadikan seseorang tu sebagai idola dan terus mengikut gaya , cara dan sikap seseorang tu atau karya seseorang..Adakah itu turut digelar Copycat. Atu Copycat tu meniru kucing..meow meow..

Kekadang kita sendiri yang asyik merungut akan si copycat padahal diri sendiri dalam sedar meniru atau merujuk idea malah karya seseorang. Atau adakah perkara terbabit tidak termasuk dalam istilah Copycat??

Ramai pengkarya seni dan blogger merungut jika seseorang itu meniru karya ,design blog mereka. Padahal yang meniru tersebut adalah warga warga yang memuji dan menjadikan mereka sebagai idola tercinta..Mencuba mengikut jejak langkah mereka yang sudah hot , top , fames..Namun mereka mereka semua terlupa dari mana mereka bermula..Bagaimana mereka mencipta karya tersendiri..Bukan semua dapat cetuskan idea tersendiri dan mencipta trade mark tersendiri..

Kekadang bila Blog Wan , karya seni Wan ditiru atau diguna pakai Wan terasa begitu berbangga kerana setiap yang Wan lakukan telah diguna pakai dan dapat diterima oleh ramai. Namun ada segelintir yang mengambil karya dan mengaku karya tersebut milik asal darinya..Seperti yang terjadi pada karya photography.Mereka mencuri gambar gambar terbaik dari photographer lain untuk dijadikan portfolia diri sendiri.Malah karya karya seni turut tumpang sekaki .

Sejujurnya Wan tidak meyukai copycat. Meniru seratus peratus hasil karya Wan..jika dijadikan sebagai rujukan itu sebaik baiknya. Bersyukur kerna ilmu tersebut masih boleh disampaikan melalui karya seni..
Setiap individu masing masing punya istilah tersendiri apa itu copycat.Betul tak??Jadi bagi mengelak masalah berlaku sila minta kebenaran atau kreditkan sumber asal..
Papai
Owh ye..Pertandingan poster Dakwah telah tamat namun Kempen Like masih dibuka...Kalau korang belum LIKE tu.Harap boleh like..Wan perlukan Like korang di facebook .Like poster Wan di sini :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=268817953184103&set=a.268667953199103.59604.232885313444034&type=1&permPage=1
Terima Kasih semua..
.







































