Thursday, January 19, 2012

Pesanan peribadi (inbox) facebook tersembunyi _other

.


Assalamualaikum..


Camne hari nie??sihat tak??Hope sihat lah kan...Kali nie Wan nak kasi taw lak sesuatu yang kadang kadang korang tak tahu .. Ada yang dah tahu.. Kalau dah tahu tu tak payah baca lah kan..Bagi yang tak tahu je nie.. Kalau tetap nak baca pun ok je..hahaha.


K
lah korang , Wan pun tak nak buang masa korang dengan cakap cakap kosong Wan nie. Apa yang Wan nak korang tahu ialah.. Ada tempat didalam facebook korang tu kat bahgian messages korang tu ada tak yang other tu..Korang tahu tak dalam tu ada pesanan untuk korang..Inbox dari kengkawan korang atau peminat korang..Kadang kadang kalau korang tak freind dengan orang tu messages yang dia orang hantar akan masuk ke bahgian other nie..Sebab disangkakan SPAM oleh facebook..

Kalau ada nombor kat bahgian other tu adalah lah messages untuk korang..

Tu je..

Lepas nie mesti korang nak cek facebook korang kan..hehehe..


Cepat cepat lah cek..Wan cuma kongsi apa yang perlu je...Kan dah cakap tadi..Kalau dah tahu tak payah baca..

Eh sebelum tu..bagi korang yang dah habis baca tu boleh tak tolong Wan..Sampai 28 januari nie je..Vote untuk blog Wan..

Dah baca dah guna jom Vote Wan kat sini.Terima kasih..
Tamat 28 jan 2011




Lain lain yang korang mesti tahu




Income cepat : buat klik keluar dua , tiga dan banyak

.


Assalamualikum...

Ramai nye yang nak wat nie eh..

Kali nie Wan menang geram sangat kenapa korang tak faham faham erk..Income korang menang cepat naik dengan cara nie tapi korang tahu tak korang punya ACC untuk income korang tu akan detect dan akan BAN terus acc korang tu..tak kisah lah say.my ke, Churp Churp ke , Heartbeat ke..Mesti korang tak pernah terfikir.. Nak sangat dapat income cepat tu kan..Nanti tak pasal pasal korang kene BAN dan income korang terus hilang macam tu je..Kan ke padan muka dah..Wan pernah wat entri yang berkatian nie dulu.masih tak tahu apa yang Wan maksudkan..Korang leh tengok entri nie.Satu Klik berlambak tabs ADS keluar...Rezeki tu haram ke tak??

Satu Klik berlambak tabs ADS keluar...Rezeki tu haram ke tak??


Tak kisah lah korang buat 1 tab je ke terbukak..Dan paling Wan tak suka bila ada orang wat Button Shoutbox tu..Klik je button tu terus lah open tab kedua..iaitu tabs iklan..Kalau Wan , Wan terus close tab tu..biarlah pihak pengiklan fikirkan tu fraud klik..Korang fikir korang nye iklan tu naik ke??kalau orang macam Wan yang klik??.


Nie kisah benar Wan tak reka..Sebab benda nie pernah terjadi kat Blogger jugak..Kawan blogger Wan..Acc churp churp dia telah diberi warning..sebab dianggap SPAM.. Padahal dia Tak SPAM dia hanya guna teknik nie lah..klik button terus keluar berlambak tab. Dia tanya Wan kenapa Churp Churp bagi Warning dan beberpa minggu ACC dia ditahan . Wan rasa mesti dia telah direport oleh sesetengah orang dengan cara menjana pendapat yang macam nie..




Ramai yang nak wat camnie sebab ada pencarian macam nie kat blog Wan..Buat klik keluar dua. Kalau lah Wan nie jahat sangat nak dapat income cepat nie..Wan dah buat dah setiap link Tutorial Wan kat page tu Wan wat satu klik keluar satu tab iklan..Erm..cepat nya Wan dapat income..Tapi Wan tak nak..Sebab bukan semua manusia nie baik..Kalau line dia orang slow pasti dia orang sumpah sumpah kita.. Dalam diam tanpa kita sedar dengan perlahan lahan kita jadi lebih BODOH akibat sumpahan orang..Dan rezeki Income kita tu tak halal dengan caranya.


Jangan pandang rendah dengan isu halal haram nie..Ia akan jadi darah daging kita..Wan cuma tegur apa yang perlu..


Terpulangla kat korang masih nak guna ke tak cara nie..Tu cara korang..Wan tak kisah.Kalau korang tak nak penjejak blog gunalah cara tu..


Papai

Eh sebelum tu..bagi korang yang dah habis baca tu boleh tak tolong Wan..Sampai 28 januari nie je..Vote untuk blog Wan..

Dah baca dah guna jom Vote Wan kat sini.Terima kasih..
Tamat 28 jan 2011






Lain lain yang korang mesti tahu



.



Wednesday, January 18, 2012

Vote blog Wan untuk Best Educational Blog. Tutorial Blog

.

Assalamualaikum..

Hai korang.. Hari nie dengan semangat yang waja..eceh..hehehe..dengan rasa rendah diri nya Wan mengajak korang semua untuk VOTE blog Wan dekat sini http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=1



Mungkin agak menyusahkan sikit lah..Tapi kalau korang iklhas nak VOTE Wan syukur sangat sangat..bagi sesapa yang dah guna Tutorial Wan tu..Hope sudi sudi lah Vote untuk Wan.Wan tak paksa taw..Hanya pada yang iklhas je k.

Mula nya korang perlu Sign up dulu.Korang klik lah macam kat dalam anak panah kat atas tu.Dan korang isi borang dan lengkapkan..Ikut je macam yang disuruh k..Bila dah selesai korang cari lah category >Best Educational Blog dan cair http://Wanhazel.blogspot.com/.atau korang klik link nie http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=1 terus dan cari http://Wanhazel.blogspot.com/.


Sumbangan kalian untuk Vote ini amat amaa bermakna wat Wan..Kalau dah alang alang tu..Tolong jugak VOTE untuk rakan designer Wan nie..http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=15 cari http://akudd.blogspot.com/


Segala kebaikan yang korang lakukan hanya Allah yang akan membalas nya..Wan hanya mampu menyediakan ilmu diruangan Wan untuk diguna pakai oleh kalian..Selamat menggunakan Tutorial Wan..

P/S: tak tahu bila tamat voting nie..agak agak hari nie kot..Entah lah.Sumber masih belum mengesahkan..So cepat cepat VOTE untuk Wan ye..TERIMA KASIH.

KAMEK SAYANG KITAK SEMUA

Terima kasih

Papai
Lain lain yang korang mesti tahu



.



Tuesday, January 17, 2012

berbicara isu berkaitan Sarawak BUKAN negeri di Malaysia?

.


Assalamualaikum...

Begitu sedih bila membaca beberapa komen masyrakat masyarakat yang bebilang kaum yakni rakyat Malaysia diruangan http://www.mazidulakmal.com/2010/04/sarawak-bukan-negeri-di-malaysia.html.Begitulah penangan bila seseorang yang sudah mempunyai nama membahaskan berkaitan benda ini (Mazidul Akmal Sidik ).


Adakah negeri Sarawak BUKAN negeri di Malaysia??

Ya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Sebenar benarnya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Atau adakah anda seperti mengetuk kepala sendiri?? Sebelum ini saya telah membuat sebuah artikel mengenai SARAWAK BUKAN NEGERI DALAM MALAYSIA..Dan sudah terbukti layanan golongan masyarakat di semenenjung membuatkan kami terasa asing..Dan disini saya terpanggil untuk memahatkan rasa hati saya..Pernahkan kalian membaca surat khabar dan mendengar berita..Setiap mereka akan menulis dan menyuarakan MALAYSIA termasuk SABAH DAN SARAWAK.. Atau kami yang perlu bersuara adakah kami diberi atau dicop sebagai warga Asing oleh kalian?? Jika kalian ditempat kami baru kamu faham perasaan kami yang dilayan seperti warga asing..


"Kenapa saya perlu mendapatkan slip putih itu sedangkan Sarawak, negeri di Malaysia? Bukan satu negara lain?,"

Undang undang tetap undang..Sejarah dah memperakui segalanya..Siapa kita nak putarkan sejarah??Kalau Kami dikatakan menegakkan Sejarah atau undang undang yang dah lapuk?adakah wajar kita menukar tarikh semasa kemerdekaan tanah Melayu?? Adakah wajar kita melupakan tanda kemerdekaan Tanah Melayu?Adakah apa yang saya bentangkan disini tidak sama sekali masuk di dalam akal dipihak kalian??Atau kalian mula mencari alasan untuk menujukkan bertapa berbezanya sejarah dan Undang undang yang dah diperakui dengan sejarah kemerdekaan??Atau adakah lapuk juga kalau saya mengatakan kenapa perlu menganggap AGAMA ISLAM sebagai AGAMA RASMI??Kata satu MALAYSIA kan....Terpulang dengan kalian untuk berfikir..


Slip putih hanya untuk syarat syarat memasuki SARAWAK kalau hilang slip putih tu tak ada masalah sangat kot..Kan dalam data dah ada..SARAWAK dah moden jugak..Tak de lah kami orang ni masih menyimpan data dalam buku latihan line satu tu..Kat sini saya tak perlu terangkan lah k..Kemodenan dah ada..Kalau ada masalah yang ralat manusia..Sebab tu lah sediakan payung sebelum hujan.. kadang kambing mengembik kandang harimau mengaum. Benda nie tak perlu dijelaskan..


SARAWAK warga kuno??

Jika kami warga kuno kalian bagaima??.Atau kalian ingin me-relevankan Undang undang .Kami juga ingin perkara yang sama....Kami juga punya suara..Adakah kalian mengetahui hasil minyak di bumi SARAWAK diberikan kepada negeri negeri di MALAYSIA sebanyak 95%.. gaji kalian..Kebanyakan kemudahan yang dimilik oleh kalian hasil dari bumi SARAWAK .Adakah kami merungut??

Dari saudara mrs Abs amat tertarik dengan komen beliau.

"bro.

betul, itu adalah salah satu perjanjian pemimpin kita dahulu. dan sila betulkan fakta anda di sini. sabah dan sarawak tidak pernah menyertai malaysia. tetapi, 'membentuk' malaysia. tidak wujud negara malaysia pada 31 ogos 1957 yang selalu kita sambut.

betul, perkara ini agak kuno, termasuklah penggunaan permit untuk bekerja di sabah dan sarawak. tapi ini adalah perjanjian untuk membentuk negara malaysia. untuk hak-hak yang sebegini kecil yang dimintak, apa yang sarawak serahkan untuk malaysia? more than 95% hasil minyak untuk kegunaan seluruh negeri di malaysia termasuklah pembinaan jalan di kampung halaman anda, pembinaan highway yang tip top di KL, membina sekolah utk anak-anak anda, membayar gaji kakitangan kerajaan dan sebagainya.

apalah sangat rule yg remeh dibandingkan dengan 'pemberian' daripada negeri sarawak utk negara malaysia ini. we gave that much, yet, people complaint things yang remeh temeh sebegini.

dalam news pun, keluar isu remeh, nk byr sewa bas mahal, lif rosak, anak susah nak pegi sekolah. pernah anda fikir berapa jam anak-anak sarawak yang tinggal jauh di pedalaman berjalan kaki untuk ke sekolah? berapa sungai yang harus diseberangi. pukul berapa pula nak bangun ke sekolah. berapa jam perjalanan. do they complaint? do we complaint? NO.

kerana terlalu biasa, pengunaan ayat ini 'seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak'. please try' seluruh malaysia termasuk selangor dan johor'. 'seluruh malaysia termasuk perak dan pahang'.

jika perkara 20 harus direview balik, royalti minyak utk sarawak harus digubal semula.

fikirkan. "



Buka sejarah , Buka minda , buka mata dan buka hati..jangan asyik salah kami Warga SARAWAK..

Kami juga punya kewarasan untuk bersuara..Tiada niat untuk mengucar kacirkan NEGARA , KAUM dan AGAMA..Ia cuma pendapat yang datang dari seorang hamba yang lemah.

Entri tiada kena mengena dengan politik ,pihak polis , jabatan imegrisen ,media massa dan sahabat dari semenanjung Malaysia dan Sabah.. Cuma pendapat dari belia SARAWAK.

Segala yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri..

Semoga laungan satu Malaysia
diguna pakai untuk tujuan yang terbaik



Papai
Lain lain yang korang mesti tahu



.





Adakah ini penyebab bunyi aneh dari langit sekitar Kota Samarahan



Disalin dari : http://umikasum.blogspot.com/2012/01/bunyi-aneh-dari-langit.html


Artikel di petik daripada SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.


Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.






Monday, January 16, 2012

Perbezaan Churp chupr per unique clik dan per deal

.



Assalamualaikum...

K
ali nie Wan nak share lak perbezaan antara per deal dan per clik dari Churp Churp nie..Ramai yang dah tahu dan ramai yang tak tahu..So kali nie Wan akan kongsikan apa yang Wan tahu k..


Churp Churp nie bukan share sebarang share je..Kita mesti lah tahu apa yang pembaca blog nak..Jadi teknik pemasaran nya dalah fokus utama..Contoh nya blog korang nie ramai pembaca dari kalangan budak budak maka nya korang tak seharusnya letak link iklan Churp Churp yang berbentuk per deal , sebaliknya korang letak lah iklan per clik..Kalau Blog korang dikunjungi oleh warga yang dah bekerja dan suka shopping online korang patut letak iklan per deal kat blog korang atau korang leh letak kedua dua sekali..Per deal dan per clik dan begitulah selebihnya..


Jadi skang Wan nak kasi taw lak apa tu per deal dan per klik..mula mula Wan akan ceritakan apa itu iklan per clik..Contoh iklan per clik. Korang klik dan tengok apa kandungan dalam page tersebut. So korang akan dapat lihat hanya ada iklan yang mempromote sesuatu tu je kan..dan tak ada iklan yang menjual sesuatu barang..Yang nie korang tak perlu tahu sebenarnya Wan cuma nak wat perbezaan iklan..Per clik ialah korang akan dapat RM0.20-0.40 dari setiap klik dari orang..Kalau sepuluh orang klik so korang akan dapat RM1.00..Mudah kan..Sehari korang hanya perlu menabung dengan Churp Churp nie dan target RM0.20 sehari pun dah cukup.Janagn klik diri sendiri k..


Per Deal lak...Contoh iklan per deal. Korang klik dan tengok apa kandungan dalam page tu..Nampak tak ruangan tu ada ruangan untuk korang membeli??Iklan nie adalah iklan per deal maksud iklan per deal nie ialah..Setiap kali orang membeli dari page link Churp Churp yang korang share tu korang kan dapat RM1.31 macam yang dalam gambar kat atas tu..Bergantung jugak dengan iklan tu..Kadang kadang ada iklan per deal korang leh dapat RM2.00 , RM 4.oo dan sebagai nya..Suatu masa dulu ada iklan per deal leh dapat RM10.00. Maksud keseluruhan nya ialah korang dapat komisyen dari iklan tu..So ada orang nak beli baru lah korang dapat income..


Hope korang semua dah faham..Senang je kan melabur dalam blog nie..Tak perlu modal bagai..Korang hanya perlu daftar Churp Churp dan share iklan je..



-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik
-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog
-Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR
-Menabung dengan Churp Churp_satu hari RM0.20 pun dah cukup
-Satu Klik berlambak tabs ADS keluar
-Kenapa Income tak naik naik??
-Tutorial Follow Churp Churp kengkawan
-Tutorial Post Stories dalam profile korang kat Churp Churp
-Grapevine Tambahkan income Churp Churp
-Macam mana nak Sign Up Grapevine??
-Adakah Churp Churp dan Nuffnang benar benar memberi income?

.



2012 SPECIAL GIVEAWAY

.

Tamat 31 January 2012
Klik banner untuk terus ke blog pengajur

A
ssalamualaikum...


Hai korang...Kali nie Wan nak join GA dari Teha lak..Korang semua join lah bab GA nie leh menang makanan yang sedap sedap..ehehe..Syarat syarat macam kat bawah nie.


1) Buat 1 entry tentang giveaway ini yang bertajuk 2012 Special Giveaway.
2) Tepekkan banner giveaway ini dalam entry anda dan link kan sekali ke entry ini.
3) Bagi yang mempunyai akaun facebook sila add facebook Teha Dessert. WAJIB tau! =)
4) WAJIB share giveaway ini di laman sosial anda (facebook, twitter, tumbler, etc)
5) Nak follow? Silakan.. Tak nak follow? Takde masalah.. It is not compulsory =)
6) Tag minimum seorang kawan untuk join giveaway ini.
7) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen. (notice me jika anda tiada akaun facebook)
8) Tarikh tamat giveaway adalah pada 31 January 2012


Wan dah korang jangan lupa join k..Wan nak ajak semua blogger join...GA best bab makanan yang best..Nyam Nyam.


Papai
Lain lain yang korang mesti tahu



.


.



Sunday, January 15, 2012

MEMBEBEL - Jeles Letew Takde DSLR

.
100% disalin dari : Ejad Fotopoyo


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang semua penah nmpk gambar ni kan? Aku penah post gambar ni kat entri ni last month:
Truth Hurts.

Smlm aku tersinggah kat entri yg lebih kurang sama kat blog Obe, dia post gambar ni jugak last February dan skrg ni dah cecah 231 comments (bapak banyak siyal). Link - Serius Fakta - Fakta yg amat sesuai

Since aku tgh bosan, aku pun go thru la entri tu dan baca beberapa comments kat situ.
Dan aku ternampak la beberapa komen dari beberapa insan yg ckp pakai otak yg terletak di kepala lutut seperti berikut:








Masing-masing bajet bagus, komen tak pakai otak. Cakap main ikut sedap mulut + taip ikut sedap jari jek.

Isu ni aku dah bangkitkan dlm artikel MEMBEBEL - Kita Dulu Pun Macam Tu Jugak
So aku ingat nak highlight kan balik point-point yg aku dah ketengahkan dlm artikel aku tu:


1. Photoshoot dgn DSLR mahal-mahal pun edit pakai Photoshop, apecer?

Wey, kau tau tak dlm DSLR dan High End Compact Camera ada format RAW selain JPEG? RAW nak di convert jadik JPEG tu wajib di edit la. Kau ingat golongan professional tak edit langsung ke?

So kau rasa kau boleh dpt gambar yg mantap without editing? Take my camera, pergi handle 1 wedding/engagement job dan hasilkan album TANPA edit gambar-gambar tu. Ada bran?

Pastu sukati diorang ah, gambar diorang. Bukan diorang curik gambar kau utk di-edit pun.
Plus apa guna ada software editing kalau tak pakai?


2. Pakai AUTO mode je, watpe?

Again, sukati la, dah kamera diorang ada mode AUTO, pakai je la.Plus kalau dah diorang baru jek beli kamera tu, belum reti nak pakai Manual mode, biaq p la diorang nak pakai landcape mode ke, gambar org lari ke apa ke.
Korang sakit jari ke tiap kali diorang pakai mode AUTO?


3. Nak beza photographer dgn noob senang je - noob pakai kitlens

So you are judging them based on gears and equipments? Oh anda sungguh meleis. Kang kalau diorg bwk keluar lens 70-200 F2.8 kau nak cakap apa plak?


4. Tanya apa itu aperture shutter semua tak tau. Reti show off je. Pfffttt.

Kau ingat semua org yg beli DSLR tu wajib belajar habis segala isi kandungan isi perut jantung otak kamera diorang tu? Maybe diorang beli just nak capture better photos, utk family, travel, just for fun etc etc.

Bole tak nnt sumtimes kalau kita jumpa, aku nak tanya habis psl specification laptop atau phone kau - memory berapa, processor berapa GHz, capacity phonebook berapa besar etc etc?
Dan kalau kau tak pandai jwb, aku nak cakap kau noob + show off. Boleh?

Kalau diorang mmg nak belajar tu bagus la, tapi kalau tanak pun lantak diorang la. Bukan menyusahkan kau pun.

Eh lg satu, nnt jumpa kau, aku sendiri nak tanya kau apa itu ISO, aperture dan shutter speed. Agak-agak boleh jwb? Kalau tak tau, then just STFU & GTH, oke?


5. Suka sangat show off tayang camera tu sana sini

Mana kau tau diorang showing off? Ada cop mohor "Show off" tertampal kat dahi diorang ke? If yes, then aku pun nk ckp ada cop mohor "Jeles letew takde DSLR" kat dahi korang.

Again, kamera diorang, bukan kamera kau. Sukati diorang la. Beli kamera mahal-mahal pastu nnt simpan kat rumah je, watpe? Nanti kena bahan jugak. Oh so meleis. Kau mesti butthurt sbb tak mampu beli DSLR kan?


6. Budak sekolah pakai Mark IV

Mungkin dia tu dari Kelab/Persatuan Fotografi sekolah, so mungkin DSLR tu sekolah punya, atau parents dia punya. The point is - bukan kau, diulangi BUKAN KAU yg belikan. Bukan pakai duit kau pun. Bukan pinjam dari kau pun. Gasak la dia nak pakai DSLR model apa pun.

Pakai entry level DSLR kena label sbg noob.. pakai pro DSLR kena label sbg show off. You guys are really butthurt sbb takde DSLR aren't ya?

Overall, aku tak paham kenapa dgn sikap ke-menyampah-an yg melanda pd mereka yg bwk DSLR sana sini ni pastu pakai AUTO mode ni. Setiap org belajar dari bwh. Kalau diorg simpan je kamera tu kat rumah, camne diorang nak belajar?

Korang sendiri pun, beli iPAD/Blackberry/iPhone mahal-mahal, takkan nk simpan dlm rumah je kan?

Lenkali ckp tu biar bijak sikit. Ni cakap main ikut sedap oren je.

Last but not least - korang yg komen kat atas tu, jeles lettewww takde DSLR.

100% disalin dari : Ejad Fotopoyo



Papai
Lain lain yang korang mesti tahu



.



Nuffnang VS Churp Churp mana lebih menguntungkan = Churpnang

.

Assalamualaikum..

Hai korang...Sihat hari nie??Hope sihat lah bagi semua korang yang baca entri Wan nie..Yang baca entri nie mesti nak tahu sangat kan apa yang lebih menguntungkan korang dalam berblog nie. Ada jugak yang tak nak ambil tahu..mungkin tak nak membebankan blog or berblog untuk suka suka je or memnag tak nak income pasif nie or masih tak percaya dengan benda nie..

-Adakah Churp Churp dan Nuffnang benar benar memberi income?


Kali nie Wan wat perbandingan antara Churp Churp dan Nuffnang..Ads lain Wan tak nak cerita sebab Wan tak pernah guna dan tak nak ambil tahu jugak...Wan tetap setia dengan pihak Nuffnang nie..Satu syarikat pengiklanan yang best..Churp Churp anak syarikat Nuffnang..Tapi berlainan cara.


Antara Churp Churp dan Nuffnang mana lebih cepat dapat income?

Bagi Wan kedua dua nie cepat nak dapat income .. Tapi kena usaha sikit..Contoh nya kalau Nuffnang korang seharusnya selalu jawab survey , hantar pertanyaan dan meletakkan iklan iklan Nuffnang di tempat yang sepatutnya. Dari itu korang akan dapat iklan , dan kemungkinan korang akan dapat Buffered erning..Dari Buffered earning nie lah income korang akan naik dengan cepat..

Manakala bagi churp Churp lak..Apa yang korang perlu buat untuk cepat dapat income..Korang kena selalu share link..share link dan share link..Tu je..contoh nya macam Wan nie..Wan share link nie...Faham maksu Wan..kalau tak faham sila klik kanan an open in new tab k

Keep your ride safe


Tapi mana yang lebih cepat dapat income??

Jujur Wan kasi taw..Churp Churp adalah medium yang cepat dapat income..Dan paling senang nak dapat income..Paling mudah jika nak dibandingkan dengan Nuffnang..Tapi semua nya bergantung dengan usaha sendiri..Faham tak??kalau daftar je tapi tak de usaha nak dapatkan income tu so tak dapat lah income tu..Rezeki kita kena cari dan kita kene usaha..

Ok cepat cepat lah daftar churp churp..


-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik
-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog
-Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR
-Menabung dengan Churp Churp_satu hari RM0.20 pun dah cukup
-Satu Klik berlambak tabs ADS keluar
-Kenapa Income tak naik naik??
-Tutorial Follow Churp Churp kengkawan
-Tutorial Post Stories dalam profile korang kat Churp Churp
-Grapevine Tambahkan income Churp Churp
-Macam mana nak Sign Up Grapevine??
-Adakah Churp Churp dan Nuffnang benar benar memberi income?



-Jom kenali Churp Churp dan Nuffnang..Macam mana leh dapat income??
-Buffered Earnings bukan berdasarkan Traffic ke Blog semata mata
-Info NUFNNANG untuk NEW BLOGGER
-Perhatian kepada semua NUFFnangers
-Tips nak dapatkan BE earning(nuffnang)
-Special tips tingkatkan traffic Blog
-Info Buffered Earning


.




Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh


Syarat-syarat :

1. Sila buat satu entri mengenai giveaway ini dan tampal banner kat atas dalam entri uols. (Nak copy paste pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)
2. Jangan lupa link kan sekali banner di atas ke belog Nemomimosh.
3. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang yang diorang dah di tag.
4. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen kat entri ini dan sila isi maklumat yang diperlukan :
URL Link : ________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)

Hadiah :


Tagging : Nesa , Dawia , CCI






Saturday, January 14, 2012

Perbezaan classic template & blogger templates.

.



-----------------100% disalin dari http://nabiyha-lovalife.blogspot.com/2012/01/perbezaan-classic-template-blogger.html


Biyha tengok ramai lagi yang tak faham apa tu classic template & blogger template. Saya nak huraikan sikit kelebihan dan perbezaan setiap template.

Classic template juga dikenali sebagai blogskins, boleh cari layout blogskins di sini. Blogger template pula lebih dikenali sebagai template designer. Contoh; denim, minima and simple template.

Ada beza antara classic & blogger template pada dashboard. Kalau classic template dia akan tulis template untuk edit, blogger template pula dia tulis design.


Beza pada editing pula. Blogger template menggunakan page elements untuk mengedit segala sidebar, header dan code style css. Pro kepada blogger template sebab senang nak masukkan gambar atau edit biodata tanpa mengusik coding asal template tersebut dengan hanya menekan 'add a gadget'.


Blogger ada bahagian coding keseluruhan template dekat Edit HTML. Kat situlah korang edit comment box, blockquote dan sebagainya. Pro blogger template juga boleh download full template. Dengan ini kalau template korang rosak dia dah ada salinan template tersebut. Macam fotokopi >.

Berbeza dengan classic template a.k.a Blogskins. Kalau korang edit sedikit tapi coding dia salah, ia akan menjejaskan seluruh template dan takd download full template. Sebelum pape coding tersesat baik korang save dalam notepad dulu.

Mengedit blogskins lebih senang berbanding blogger template. Kalau nak 'add a gadget', korang perlu cari kedudukan code dia. Tetapi perlu hafal coding biar biasakan diri dengan blogskins ni. Coding gambar, link dan sabagainya.



Blogskins boleh edit ikut suka hati kalau dah pandai. Boleh buat coding sendiri biar korang tahu siapa yang copy siapa. Saya memang suka blogskins dan loading blogskins lebih ringan berbanding blogger template walaupun korang banyak letak gadget dalam blog.

Blogskins juga boleh buat navigation tanpa reload page macam saya punya. Tekan profile, categories semua pun dia tak loading page kan. Itu yang seronoknya. Tak perlu tunggu lama-lama nak masuk sesuatu page.

P/s: Kalau nak guna blogskins baik belajar dulu coding dia sebelum poning kepalamu. Ahaaa, good luck :)


-----------------100% disalin dari http://nabiyha-lovalife.blogspot.com/2012/01/perbezaan-classic-template-blogger.html


Papai
Lain lain yang korang mesti tahu



.