----------------100% disalin dari Blog uncle Amira Afiqah
Gambar dan nama pada printscreen dari Blog uncle Amira Afiqah telah dipadam bagi mengelakkan ke aiban berlaku..
"I used to brawl face to face with underage kids like me. it was reminiscing tho. but kids nowadays fight on the internet like a real thugs." twitter dari rakan saya, @hellioz666.
I could not agree more on this.
If it is not one of my favourite nieces, I will not spent half of my day today at the police station. But knowing she is an adorable niece and being an adorable uncle (ehem), I know I should be there for her.
The opportunity to drive to the new Ibupejabat Polis Kulaijaya is something that I shouldn't miss at all. Sebabnya, sejak ia dibuka pada Mei lalu, masih tak ada kesempatan untuk menjenguk rakan-rakan di sana terutama Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintenden Zulkefly Yahya.
Beliau sendiri berjanji akan memastikan kes ini akan diberi perhatian sewajarnya sebagaimana kes-kes lain iaitu mendapat penyelesaian. Itu komitment beliau. Terima kasih Supt Zul !
My adorable niece yang sangat jarang bukak facebook, Amira Afiqah pergi dengan her parents for their statement to be recorded by the Investigating Officer (IO).
Blog yang dimaksudkan secara jahat menggunakan identiti Amira Afiqah adalah di sini.
Individu yang menggunakan identiti Amira Afiqah dipercayai mencuri fotonya dari laman facebook. Lihat pada cara penulisan yang secara terang terang provokasi untuk mencetuskan kegusaran kepada Amira Afiqah. Motif sangat jelas.
Dan sehingga sekarang, Amira Afiqah masih trauma selepas membaca semua ugutan-ugutan jenayah. Dia masih lagi menangis ketakutan menyedari perbuatan individu ini.
And one thing that I still laughed eversince the news of an individual impersonating my niece reaches me last nite, was the comment by some of the underage children and some even from adults saying that - polis tak boleh buat apa apa sebab benda remeh temeh.
Individu yang menggunakan identiti Amira Afiqah dipercayai mencuri fotonya dari laman facebook. Lihat pada cara penulisan yang secara terang terang provokasi untuk mencetuskan kegusaran kepada Amira Afiqah. Motif sangat jelas.
Dan sehingga sekarang, Amira Afiqah masih trauma selepas membaca semua ugutan-ugutan jenayah. Dia masih lagi menangis ketakutan menyedari perbuatan individu ini.
And one thing that I still laughed eversince the news of an individual impersonating my niece reaches me last nite, was the comment by some of the underage children and some even from adults saying that - polis tak boleh buat apa apa sebab benda remeh temeh.
Tak apalah, mungkin mereka bercakap untuk menyejukkan hati yang resah dan gelisah.
Saya rasa, apa yang berlaku menimbulkan sedikit kegusaran kepada kita sebagai golongan dewasa.
Anak-anak kecil kita sudah pandai untuk menjadi thugs/gangster/samseng. Potensi yang mereka yang gambarkan melalui cara mereka memberi komen di blog menyamar itu sudah cukup merisaukan kita semua. Saya tak tahu jika ada yang tak bimbang, tapi saya pasti ada di kalangan kita yang bimbang.
Mungkin ramai akan berkata, dahlah biarlah bebudak kan. I will not blame the children in totality. But as i said, parenting. Ada yang menyalahkan internet yang membudayakan anak-anak mereka mudah maki hamun, ingin kelar muka, ingin bakar rumah dan banyak justifikasi yang defensif yang aku rasa sangat memualkan.
Biar saya tanya - siapa yang berikan mereka akses internet? Kedai runcit depan rumah sebab menang tikam? (i sound so old sebab cakap permainan tikam, yes I am old).
Ingin tahu betapa seriusnya masalah ini? Lihat komen di bawah ini oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Ia antara ratusan screen grab yang kami ambil selama berjam-jam semalam selepas mendapat tahu mengenai kewujudan blog ini. Ya, mudah untuk mendapatkan maklumat mereka.
Tak lama selepas itu, komen pelajar itu dipadamkan. Malangnya ia sudah dicapture terlebih dahulu.
Ini hanya sekelumit dari banyak lagi komen yang sangat membimbangkan dan ia datang dari kalangan remaja berusia awal belasan tahun.
Justifikasi bahawa ibu bapa tidak mengajar anak-anak mereka menjadi sebegitu rupa - is a lame excuse to avoid being responsible / accountable for their kids behaviour.
Hakikatnya, hari ini, ada kalangan ibu bapa lebih selesa untuk menyalahkan pihak lain apabila anak mereka menjadi rosak. Mereka lupa, di mana kawalan? Adakah cukup kawalan yang mereka gariskan dalam memastikan anak mereka tidak terjerumus kepada perkara perkara yang negatif?
Saya simpati sebenarnya melihatkan bagaimana anak-anak berusia 11 tahun, 12 tahun malah ada yang berusia 9 tahun dengan mudah menulis sial, fuck, mati kau, kelar muka kau dengan pisau dan bakar rumah kau.
Apatah lagi ada yang manis bertudung menutup aurat malangnya mungkin ibubapa mereka lupa untuk mengingatkan kepada anak-anak kecil mereka ini - menjaga aurat itu termasuk tidak mencaci orang lain. Tidakkah kita terfikir jika kita biarkan perkara ia berleluasa tanpa kawalan dan sedikit pengajaran, satu hari nanti, kefahaman bahawa tudung itu hanya satu hiasan buat wanita?
Saya sangat teruja untuk memaparkan komen komen berkenaan sebelum dipadamkan semalam, tetapi saya rasa mereka sudah belajar apa itu 'berfikir sebelum menulis.'
Apapun, ia adalah satu yang sangat gila. Sangat gila.
Satu lagi, adakah ibubapa anak anak yang datang memberi komen di blog ini dalam posting terdahulu terlupa untuk beritahu, jika kita bercakap dengan orang lebih tua daripada kita, budaya Melayu itu indah dan penuh dengan adab? Salah siapakah jika anak-anak kecil ini tidak beradab malah merasakan diri mereka tidak ada keperluan untuk menitipkan sedikit rasa hormat pada orang tua?
Hanya segelintir kecil yang masih tampak hormat dan ini tentunya hasil didikan yang baik dari ibubapa.
Apabila membaca komen komen kebanyakan mereka, saya bertanya diri saya: bagaimana agaknya anak anak kecil ini berinteraksi dengan ibubapa mereka di rumah? Adakah dengan memanggil nama sahaja? Hi Jamil. Hi Mastura, kalau ibubapa mereka bernama Jamil dan Mastura.
Saya minta maaf jika ada yang tersinggung tetapi berfikirlah secara terbuka, dan melihat bagaimana kita dididik dulu.Sama
Adakah ibubapa mereka akan menyalahkan internet jugak sehingga menyebabkan anak mereka menjadi begitu? Berapa jam anak anda duduk depan komputer melayari internet? Berapa jam anak anda bersama dengan anda berbual seperti sebuah keluarga yang siuman?
Jika anda menyalahkan pengaruh internet, ia bermakna tiada kawalan di pihak ibubapa dan membiarkan anak-anak belajar membesar dan erti dewasa melalui internet. Sebab itulah jadi apa yang kita lihat hari ini. Adakah kita lupa akan nasihat orang tua kita - yang baik dijadikan bimbingan, yang buruk dijadikan sempadan?
Salahkan diri sendiri sebab tiada censorship / control on your part.
Apapun, laporan polis sudah dibuat dan saya sentiasa yakin setiap laporan polis yang dibuat masyarakat akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa.
Kepada anda semua di luar sana, saya hanya mampu mengucapkan good luck manakala kepada individu yang bertindak mengwujudkan blog itu dan tinggal di ******, Johor Bahru, harap anda akan terus ketawa untuk hari ini. Nasihat untuk memadamkan blog sudah saya berikan sebelum ini tetapi anda berdegil. Good luck to you!
Dan nasihat saya kepada adik-adik di luar sana, janganlah bersikap seperti kita memiliki akhlak yang sangat rendah dalam meniti kedewasaan. Bagaimana kita ingin menjadi dewasa jika kita sendiri tak menunjukkan kita boleh dewasa dari tingkah laku kita?
Kepada ibubapa Haiziq Haiqal yang meninggalkan komen pada posting terdahulu, saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendidik Haiziq dengan adab dan sikap yang baik. Saya lihat hanya dia sahaja yang berhemah di kalangan rakan sebaya mereka di posting terdahulu.
Haziq seharusnya menjadi contoh kepada rakan sebaya lain.
Harapan saya, akan ada pengawalan yang lebih baik di kalangan ibubapa kepada lebih 1,500 anak-anak mereka yang meninggalkan komen sangat membimbangkan. Dan, jangan salahkan internet semata-mata. Punca masalah adalah dari kita sebagai ibubapa.
----------------100% disalin dari Blog uncle Amira Afiqah
Gambar dan nama pada printscreen dari Blog uncle Amira Afiqah telah dipadam bagi mengelakkan ke aiban berlaku..
entri sebelum ini..
Isu hangat : Amira Afiqah difitnah gara gara isu K-POP di sebuah Blog yang menyamar sebagai Amira.
Luahan hati keluarga Amira Afiqah mengenai fake blog yang mengutuk K-POP
Lain lain yang menarik
.
----------------100% disalin dari Blog uncle Amira Afiqah
Gambar dan nama pada printscreen dari Blog uncle Amira Afiqah telah dipadam bagi mengelakkan ke aiban berlaku..
entri sebelum ini..
Isu hangat : Amira Afiqah difitnah gara gara isu K-POP di sebuah Blog yang menyamar sebagai Amira.
Luahan hati keluarga Amira Afiqah mengenai fake blog yang mengutuk K-POP
Lain lain yang menarik
.






































