Wednesday, December 7, 2011

Isu hangat : Amira Afiqah difitnah gara gara isu K-POP di sebuah Blog yang menyamar sebagai Amira.

.

Assalamualaikum...

Apalah nak jadi ngan dunia nie kan..Kadang kadang terfikir gak..Dunia Blog ada peraturan yang perlu kita tahu dan ambik tahu..Bukan main hentam je..Mula mula Wan rasa kesian sangat kat adik Amira Afiqah nie..Tak tahu lansung mengenai bencana nie tetapi ramai yang lontar kecamuk isi hati yang berbau hanyir tanpa berfikir setanak tanak otak..Rasanya kalau korang pun mesti rasa hairan tetiba je korang kena serang akibat dari perbuatan orang lain..Kawan makan kawan sekarang nie makin berlambak...



Maaf mengambil tanpa meminta kebenaran..Wan cuma nak bukakan mata ramai pihak..Kalau benda nie berterusan alamat nya Melayu akan hilang dimuka bumi..Kalau korang dapat lihat kat wall adik Amira Afiqah mungkin korang dapat lihat kata kata cacian dalam Wall adik Amira Afiqah , kesian tak..Ada yang serang terus terusan tanpa berfikir kita nie se Agama..Sebab tu orang kata dan ramai sangat yang kata..Wanita bertudung nie lebih hipokrit dari yang tak bertudung..Lelaki pun sapa..Sembahyang je lima waktu tapi topik kutuk kutuk dia lah nombor satu.Skang sapa nak salahkan sapa..Walaupun ramai yang tak macam tu.Ingat kerna "nila setitik rosak susu sebelanga".Lepas nie orang nak hentam Wan lak..Tak pe Wan wat nie pun nak buka kan mata ramai pihak je..Tak kisah lah kalau lepas nie orang nak hentam Wan..Orang kata.."terlajak perahu dapat diundur , Terlajak kata??"..


Skang baru korang nak ternganga kan..Pak cik Amira Afiqah nie nak saman korang semua..Kan dah susah sendiri..Kutuk lah lagi kutuk sangat sangat ..Pasal K-POP pun nak marah sangat..Padahal ramai lagi yang buat hal kat dunia Blog nie korang tak kutuk lak..Yang post gambar dengan pakwe dengan mak we..Padahal belum kawen lagi korang tak kutuk lak..Mana agama korang??yang betul tak nak tunjuk yang salah nak sangat ikut..Fitnah dunia ..fitnah dajjal..


Wan tumpang simpati dengan adik Amira Afiqah .Hope lepas nie perkara nie tak kan terjadi lagi kat dunia Blog nie..Korang semua adik adik abang abang kakak kakak bloger kena ingat dalam dunia teknologi , dalam dunia blog nie ada akta yang perlu korang ikut..Wan sebagai tenaga pengajar membina laman blog dah berbuih mulut kasi taw tapi tak diguna pakai kan..


L
agi satu yang suka aib aib kan orang nie lah yang patut disaman..Sapa yang sebarkan Blog fitnah adik Amira Afiqah walaupun bukan adik Amira Afiqah nie yang Wat..Yang sebarkan Profile Facebok adik Amira Afiqah sebab sengaja nak kengkawan dia kutuk adik Amira Afiqah..Korang tu yang patut kena saman..K-POP punya pasal pun nak jadi camtu.. Agama korang kena main buat dek je...Ingat sikit Agama korang...Ada batas dalam agama..Islam pegangan hidup..Post dekat Wall facebook macam kuat sangat agama tapi bab nak kutuk orang hilang semua Agama kan..


K lah korang .. Malas nak cakap panjang pasal nie..cepat cepat lah korang semua minta maaf kat adik Amira Afiqah nie..sebelum semua nya terlambat..Dosa sesama manusia hanya manusia je yang boleh maafkan..


Papai

Lain lain yang menarik

.



“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

.
Klik banner untuk terus ke blog penganjur
6 Dec - 31 Dec

Assalamualaikum...

Hai korang kali nie Wan nak join lak kontes nie..hadiah paling pergh memang pergh..nak Wat camne memang gempak giler lah hadiah nie..Dan juri yang mengadili kontes nie amcma biasa lah Encik random..So kalau ade rezeki Insya Allah boleh dapat salah satu hadiah dari sponsor yang berlambak lambak tu..

Kat bawah nie Wan sertakan cara nak join kontes nie k.


----------------100% disalin dari blog penganjur



SYARAT / PEMBERITAHUAN UMUM :
  1. Terbuka kepada followers blog Saya Suka Menaip ini. Tidak kira lelaki atau perempuan.
  2. Wajib mempunyai blog, bergelar blogger.
  3. Tak perlu tag kawan-kawan untuk join, cukup sekadar promote aje.
  4. Pemenang akan dipilih secara random.
    WAJIB patuhi semua syarat.
BAGAIMANA MENYERTAI ??

1. Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

2. Letak banner giveaway dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, korang pergi COPY BANNER TU KAT SINI.

3. Letak link sponsors dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, untuk copy link kat bawah, korang perlu select link-link kat bawah dan tekan Ctrl + C

4. WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page dorang tau!

5. Promote entry penyertaan korang habis-habisan, sebab ada hadiah untuk top referral.

6. Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian bawah entry ini.

7. LIKE fan page blog Saya Suka Menaip di sini - https://www.facebook.com/nisamenaip

8. Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas.




Giveaway berlangsung dari 6 DISEMBER hingga 31 DISEMBER





----------------100% disalin dari blog penganjur



Tutorial Photography : Fatwa Sesat dalam Photography

.


--------100% disalin dari Ejad Fotopoyo


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di sini aku nak kongsi beberapa fatwa sesat yg telah aku dengar drpd pelbagai golongan photographer.

  1. Jangan guna kitlens utk shoot macro, nanti lens boleh rosak. Kita mesti guna lens macro utk shoot macro
    • Hebat! Lens tu sgt intelligent sampai dia boleh tau kita tgh shoot apa. Gila kentang!


  2. Bila gambar gelap je, naikkan ISO - sifu Bulb
    • Usik la shutter speed & aperture dulu bang. Unless kalau mmg nak efek grain/noise, boleh lah.


  3. Gambar bunga pd dial kamera adalah utk digunakan bila kita masuk hutan - sifu Bulb
    • Gambar bunga tu digunakan kalau kita nak shoot macro atau close up la. Ape plak kena mengena dgn hutan?


  4. Jenama 3rd party (Tamron, Sigma, Tokina) tak bagus, cepat rosak. Gunakan brand yg original utk lens dan flash, baru tahan lama dan gambar lebih lawa - group jurufoto Facebook
    • Dlm group di facebook, group Jurufoto, ada 1 guy ni post, lens sigma dia rosak, dia tanya nak hantar repair kat mana since lens tu dah tamat warranty.
    • Then dgn confident nya ada la mamat lain reply;
      "Lain kali jgn beli 3rd party, cepat rosak. Beli brand yg original, baru la tahan lama"
    • Kalaulah 3rd party brand tu tak bagus dan cpt rosak, camne diorang boleh bertahan lama dlm industri?
    • Guna brand original, gambar lebih lawa? Ha ni sape ajar nih?
    • Setiap brand, coating lain-lain. Lawa tak lawa tu pulak subjektif pd yg melihat.
    • Andaikata aku upload 2 gambar yg sama, tp menggunakan lens yg berbeza, 1 original (Nikkor/Canon) dan 1 lg 3rd party, boleh ke dgn mata kasar anda tu, anda jwb gambar tu diambil guna lens apa? Boleh?
    • Just because anda ada bad experience dgn 3rd party brand pd 1 masa dulu, anda tak boleh buat kesimpulan mcm tu.


  5. 14MP compact camera lebih power drpd 10MP DSLR - sifu Bulb
    • Lebih power camne tu? Ce cite ce cite
    • Megapixel utk kamera compact tak boleh di compare dgn DSLR, kerana masing-masing mempunyai saiz sensor yg berbeza.
    • Sepertimana DSLR 12MP APS-C dgn DSLR 12MP Full Frame, walaupun sama-sama 12MP, tp disebabkan full frame mempunyai saiz sensor yg lebih besar, so lebih detail, tak sama dgn APS-C.


  6. Makin tinggi megapixel, gambar makin sharp
    • Fatwa ni antara yg terfeymes. Ramai berpendapat semakin tinggi MP, gambar semakin sharp.
    • MP (megapixel) hanya berperanan dlm menentukan saiz gambar.
    • Semakin tnggi MP, semakin besar saiz/resolution gambar tersebut, TAPI semakin besar tak bermakna ia semakin sharp.
    • MP yg tinggi berguna jika anda nak crop gambar tu tanpa nmpk pecah/pixellated, serta printing yg lebih besar.
    • Sharp atau tak, depends pn lens yg digunakan - focal length, bukaan aperture, serta setting dlm kamera utk sharpness.
    • Kalau guna kamera 800MP sekalipun, lps tu guna lens 50mm F1.8 pd aperture f/1.8, soft jugak gambar tu.


  7. Pro ramai guna Nikon. Canon tak bagus, sbb dia baru masuk industri kamera
    • Brand war adalah debat yg takkan setel sampai kiamat.
    • Statement yg datang drpd fanboy Nikon. Dia kata dah guna Nikon 10 tahun, sejak zmn filem lagi.
    • Then dia kata ramai pro guna Nikon sbb Canon ni baru je menceburi industri kamera.
    • SERIOUSLY?? Canon baru dlm industri kamera???
    • Ye ke pro byk guna Nikon? Semua brand sama-sama fight la. Statistik mana yg tunjuk pro byk guna Nikon, meh kasi tunjuk kat aku.


  8. Lens prime 35mm F2.8 ketinggalan zaman, tak bagus. Skrg org gunakan kitlens 18-55 - sifu Bulb
    • 35mm F2.8 tak bagus? Hoih, tu antara wide lens terhebat masa zaman full-frame analog, dgn hasil yg sgt sharp dan distortion yg sgt minimal.
    • Lps tu, bila kita nak compare something, biar ada genre. Bagus/tak bagus dari segi apa, bukan main belasah je ckp bagus/tak bagus.
    • Contoh - Lens 300mm F2.8 bagus utk sport, tp tak bagus utk shoot indoor wedding


  9. Shutter speed memainkan peranan dlm penghasilan bokeh
    • Apa plak kena mengena dgn shutter speed nih?
    • Bokeh ialah hasil drpd DOF yg sempit, yg mana disebabkan oleh aperture.
      http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/bokeh.html


  10. Kalau lens tu takde VR/IS, gambar confirm blur sbb gegar
    • Kalau mcm tu, org-org lama yg guna lens without VR/IS tu semua gambar gegar la?
    • VR/IS tu mechanism utk MENGURANGKAN risiko gegaran, bkn MENGHILANGKAN.
      http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/mari-belajar-fotografi-11-shake.html


  11. Kamera akan cpt rosak kalau selalu tukar lens
    • Kalau fatwa ni betul, dah lama dah kamera aku jahanam.
    • Kalau kita ni jenis yg gelojoh, jgn kata tukar lens, masa tukar bateri atau memori kad tu pn boleh menyebabkan kamera rosak.


  12. Org yg gantung DSLR kat leher tu nmpk cool!
    • Premis 1: Wujud kaum Hawa yg suka tgk photographer.
    • Premis 2: Kaum Adam sukakan kaum Hawa.
    • Kesimpulan: Maka wujudlah kaum Adam yg beli DSLR semata-mata utk menampakkan diri mereka tu photographer supaya disukai oleh kaum Hawa.

      PS - aku selalu gak gantung DSLR, takde gurl approach pun :(


  13. "Gambar saya tak lawa sbb original, tak edit"
    • Biasa jwpn ni diberi oleh budak baru yg tak reti edit dan gambar tak lawa.
    • Bila org kritik/komen skit, ha tu lah jwpnnya.
    • Persoalannya, kalau edit, confirm lawa ke gambar tu?
      http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/editing-satu-kewajipan.html


  14. Kalau guna DSLR, gambar confirm cun!
    • Means in contrary, kalau guna kamera selain DSLR, gambar confirm tak cun la?
    • SKILL + KNOWLEDGE la bang. Sendiri mau ingat.


  15. Penggunaan filter dpt menghalang penumbuhan fungus
    • Filter - efek (CPL, ND, Color Filter), melindungi elemen hadapan lens
    • Fungus - tumbuh disebabkan kelembapan yg tinggi
    • So, mcm mana plak penumbuhan fungus yg disebabkan oleh kelembapan tu boleh dihalang dgn memakai filter yg tujuannya takde kena mengena langsung dgn kelembapan?


  16. Bokeh itu BULB - sifu bulb
    • Aku - "Bokeh tu ape eh?"
    • Sifu bulb - "Bokeh? Oh, ni bokeh" (sambil menunjukkan setting shutter speed BULB pd kamera beliau)
    • Aku - "Erk? Ye ke? Mcm langsung takde kaitan je"
    • Sifu Bulb - "Betul la bokeh tu bulb. Aku tak tau la fakulti kau ajar guna term apa, tp fakulti aku guna bulb"


  17. Kamera akan cepat rosak kalau selalu guna format RAW

    • Ni pun takleh blah gak. Meh aku story skit mcm mana penghasilan gambar itu berlaku, dari saat anda menekan shutter sampailah gambar tu disimpan dlm memori kad. Jika aku salah, tolong betulkan.
    • Setiap kali gambar diambil, originally formatnya adalah RAW (tanpa sebarang pemprosesan)
    • Kemudian, kamera akan check setting kita, sama ada kita pilih RAW atau JPEG
    • Jika kita pilih format RAW, maka gambar RAW itu tak akan diproses apa-apa, terus disimpan dlm m.kad
    • Jika kita pilih format JPEG, gambar RAW kita td akan dimasak mengikut 'ramuan' megapixel, sharpness, contrast, saturation etc etc, then disimpan dlm format JPEG di dlm m.kad
    • So technically, setiap snap, jadi ke tak jadi, OE ke UE, blur ke sharp, adalah RAW.
    • Dan dari RAW lah ia jadi JPEG. Bahan mentah (RAW) mesti wujud dulu, barulah ada makanannya (JPEG).
    • Kalaulah fatwa ni betul, means mmg kamera kita confirm akan rosaklah!


  18. Gambar Canon lebih sharp drpd Nikon (salah 1 drpd cabang Brand War)

    Awak, awak guna Canon & prime 50mm, lepas tu compare sharpness dgn Nikon & kitlens 1855, hilang akal ke apa?

    Plus, berapa sharp ko nak? Sampai luka mata tgk gambar ke?

    Dah teracun dgn Canon punya 'sharpness', dia pun jumpshiplah ke canon.
    Lepas tu bising gambar tak sharp mcm member, sbb guna kitlens je.

    Lain kali kalau nak compare, sama-sama la body APS-C/FX, guna lens yg sama, baru fight.

    Kalau korang masih nak fight mana bagus antara Nikon ke Canon ke kamera enset ke ape ke, lantak koranglah.

    Kami photographer yg bertauliah ni kerja kami senang je - we let our pictures do the talking.


  19. Lens 70-200 F2.8 lebih sharp drpd kitlens 18-55


    Ok, first of all, its a stupid comparison.

    Kitlens ialah antara lens termurah dan termudah yg kita dpt masa beli DSLR.
    While lens 70-200 F2.8 pulak adalah portrait/wildlife/sport lens yg berharga at least RM4000 (3rd party) dan RM6000 ke atas (original manufacturer).

    Range pulak tak sama: 1855 covers landscape and mid-range zoom, 70-200 pulak cover telephoto zoom.

    So, kedua-dua lens ni mmg tak boleh nak dicompare, sbb range, kegunaan, harga, semua tak sama langsung.

    2nd, komen ni berlaku pd gambar landscape. Bukan niat nak mengutuk mereka yg ada lens 70-200, tapi kalau korang rasa betul-betul hebat sgt dgn lens yg besar bagak tu, mai kita outing landscape, aku bwk kitlens, kau bwk 70-200, ok?

    Duh, kalau ye pun nak kutuk kitlens, compare la dgn lens yg sama range, mcm Tamron 17-50mm F2.8 ke, Sigma 18-50mm F2.8 ke. Ada pergi compare senapang gajah dgn pistol air.

    Tambahan: majority gambar aku diambil guna kitlens. Kalau korang rasa kitlens tak sharp, tu bkn salah kitlens, tu salah diri sendiri yg masih belum mahir dlm asas photography. Jgn asyik nak salahkan tools je. Practice makes perfect.


  20. Mode BULB boleh merosakkan lens

    A'ah, especially jika lens tu tiada VR/IS, dan itu wide lens, ia akan cpt rosak jika mode Bulb digunakan.

    WAKLUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

    Dey, bulb tu shutter speed dlm body kamera. Apehal boleh kasi lens rosak lak?
    If sensor rosak tu mcm logik la sikit, sbb jika mode Bulb tu lama sgt, sensor boleh jadi terlalu panas, tapi kemungkinan ini sgt jarang berlaku.


  21. Guna ISO tinggi boleh buat kamera rosak

    Ish, semua benda boleh buat kamera rosak. Jgn main kamera lah!


  22. "Gambar mana leh rotate, tu pun kira edit jugak. Lomo mana leh edit"

    Apakah yg cuba nak disampaikan sebenarnya nih? Hahahaha!
    - SosTiram: Bob


  23. Penggunaan macro filter seperti Raynox boleh merosakkan autofocus kamera
    * added on 7.16am 23 Aug 2011


    Ha'ah, boleh rosak. Bukan autofocus je, flash aperture memori kad semua rosak sekali.
    Duhhh! Common sense la adik abang kakak sekalian.
    Habis tu kalau macro filter dipasang pada body SLR filem yg manual focus, manual focus pun akan rosak jugak la?


  24. Sensor rosak bila guna reverse lens - dipetik dari group Saye Fotografer Baru Belajor!
    * added on 8.42am 09 Sept 2011


    Aih aku hangin betul la dgn budak bajet sifu ni. Kejadah pe sensor rosak? Kau mount reverse lens tu sampai langgar sensor ke? Duhhhhh!


  25. Kalau nak shoot gambar panning, kelajuan subjek mesti sekurang-kurangnya 100 km/h. Kalau tak, nanti gambar blur.
    * added on 7.31pm 01 Nov 2011


    Ajaran ni diberi oleh seorang budak-bajet-sifu dlm event MotoGP baru-baru ni. Dia pakai Nikon D700 + 70-200mm F2.8 + monopod. Terus-terang la aku cakap - BODOH. Ingat pakai D700 tu hebat la? Kalau tak tau tu diam-diam sudah la, takyah la nak bajet hebat.

    Kalau asas shutter speed kau tu kukuh, even orang tgh berjalan pun kita boleh panning. Ada paham?


Kenapa diwujudkan topik fatwa sesat ni?
Sebab aku tak sanggup melihat budak-budak yg baru join photography ditipu hidup-hidup oleh rakan taulan yg mereka anggap sbg SIFU tapi bg maklumat yg salah.

Ada yg panas & terasa? Siapa yg terasa, inilah masanya utk anda membetulkan semula ajaran yg dah silap tu.

So jika anda ingin berguru, memanglah kita pun tak sure segala maklumat yg diberikan tu betul, tapi jika ada benda yg boleh fikir common sense, please, fikir sikit. Jgn telan je bulat-bulat.

Sifu ke master ke, mereka still manusia, aku pun manusia yg tak akan lepas drpd membuat kesilapan. Tapi jgn lah ikut je cakap tu bulat-bulat. Kita hidup di zaman yg serba canggih, internet boleh di access melalui handphone. So rajinkan diri meng-google, buat homework sikit, ok? Guna common sense tu betul-betul.

Dan pesanan bg anda yg merupakan trainer atau tenaga pengajar dlm bidang ni, termasuk aku sendiri, tak semua benda kita tahu. Andai ada someone tanya aku psl underwater atau wildlife photography, mmg aku zero dlm genre ni.

But instead of memberikan jwpn yg ntah hape-hape, aku ckp je yg aku tak tau, sila tanya pd mereka yg lebih arif.

So kalau tak tau, ckp je tak tau. Takyah malu. Baik malu tak tau drpd malu sbb kantoi bg ajaran sesat.

Sekiranya anda merupakan seorang photographer yg prihatn, sebarkan artikel ni supaya tiada lg mereka yg bakal disesatkan oleh seafood/siput yg tak bertauliah.

Jika anda pun pernah dgr apa-apa fatwa yg meragukan atau menyesatkan, sudi-sudilah share kat sini ye.

Yg poyo & tak berapa sesat,
Ejad Fotopoyo

--------100% disalin dari Ejad Fotopoyo


-Teddy pun comel kalau nak belajar Photography
-Tutorial Photography : Brand DSLR yang mana paling baik untuk dibeli
-Jenis jenis Lens (photography) , Kenali Lens DSLR
-Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity
-Tutorial Photography : Shutter Speed
-Tutorial photography : apa itu "Aperture"
-Tutorial Photography : macam mana nak ambik/snap gambar "Candid"
-Tutorial Photography : Belajar "bokeh" atau blur blur
-Tutorial Photography : Belajar dan kenali "Rule of Third"
-Tutorial Photogrpahy : Ketahui cara ambil gambar sukan
-Tutorial Photography : Kenali Tripod_kepentingan dan jenis
-Tutorial Photography : Cara ambek gambar Sunset
-Tutorial Photography : Light Painting / Light Graffiti / Lukisan malam
-Tutorial Photography : ambil gambar waktu malam
-Tutorial Photography : Singakatan yang sering digunakan
-Tutorial Photography : Editing gambar dalam Photography boleh ke??


So ada tak yang terasa dan ada tak yang pernah jumpa dengan Otai yang salah dan ada tak yang bajet Otai..Renung renungkanlah..


Lain lain yang menarik

.



Tuesday, December 6, 2011

Applikasi baru memudahkan korang VOTE untuk Wan.Senang lah korang nak join kontes Template Wan

.

A
ssalamualaikum...


Bosan tak dengan entri Wan nie..Tiap kali je nak suruh korang VOTE untuk Wan..Dulu memang susah sikit nak Vote..Skang nie Dah senang sikit..

Bagi sesapa yang belum VOTE untuk Wan tu..Hope Sangat korang VOTE untuk Wan..PErlu tak Wan merayu??hehehe..

So dengan harapan korang sudi mengundi untuk Wan..Cara cara seperti dibawah..Korang log in facebook korang dan klik link kat bawah nie..

Tak Nak Merokok Facebook


Lepas tu korang LIKE page tersebut dan korang klik pada bahagian Pertandingan fotografi seperti gambar dibawah..



Lepas tu korang akan dapat page yang macam kat bawah nie lak.Sebab korang perlu bersetuju dengan aplikasi yang disediakan .Korang klik lak pada button Log in.



Dan lepas tu korang klik lak pada button Allow..macam gambar kat bawah nie..



Selepas tu korang akan dapat page macam kat bawah nie lak..Korang klik lah pada View Entries



Dan lepas tu korang akan nampak lak page macam kat bawah nie bila korang scroll sikit ke bawah..Dan dekat situ korang tulis lah nama Wan..Wan hazel taw..Pastikan korang tick pada carian nama dan lepas tu korang cari..Macam kat dalam gambar bawah nie..



Lepas tu korang akan jumpa lah gambar Wan..Dan korang tekanlah VOTE k..ehehhe



TErima kasih bagi yang sudi VOTE..Bagi yang dah VOTE tu..UCapan terima kasih dan DOa Wan semoga dimurahkan rezeki...Bagi yang belum tu..Sudi sudilah VOTE untuk Wan..Sampai 10/12/2011 nie je..Sebelum nie memang susah tapi kali dah senang..Hope tak keberatan nak VOTE..terima kasih..


Lain lain yang menarik

.



Tutorial Follow Churp Churp kengkawan

.



Assalamualaikum...


Camne hari nie ok tak??cerah tak??Korang dha cek ACC Churp Churp korang??dah cek income Churp Churp korang..Eh eh..Kali nie Wan nak cerita pasal income Churp Churp..tapi nak kongsi macam mana nak Follow kengkawan Churp Churp korang..Applikasi nie baru sahaja di naik tarafkan..Korang log in ACC Churp Churp korang nanti korang akan nampak perubahan pada page Churp Churp nie..Makin gempak lah dan makin best..Mungkin beberapa hari lagi Churp Churp nie akan jadi macam Twitter lak..Sebab rasa nya bloh Share dan Post Stories..Agak nya macam mana lah tu kan..So sama sama lah kita nanti kan perubahan Churp Churp nie hope makin menyenangkan dan best.Sambil kita dapat income dari Churp Churp sambil tu kita berseronok dengan applikasi yang dia orang sediakan..

Link
Jadi , lepas nie apa kata korang follow member yang korang kenal yang dah ada ACC Churp Churp nie..Cara nya senang je..Korang mesti Log in dulu Churp Churp korang tu..Sign in lah kan..Bila dah Sign in korang biarkan je tu..Kalau korang nak tengok Profile korang..Korang klik je kat bahagian profile..Macam kat bawah nie.Dan korang akan lihat lah Profile korang..ruangan tu masih dalam kemas kini agak nya..Nampak tak Follower dan orang yang korang Follow masih kosong kan...



Tak pe jangan risau..Wan ajar korang cara nak Follow Acc Churp Churp member korang yang lain nie..Korang dah Sign in tadi kan..Lepas nie korang cari lah mana mana iklan Churp Churp yang kawan korang share kat blog ke..Kat facebook ke kat twitter ke..asalkan ade je iklan Churp Churp tu..Contoh nya iklan yang Wan share nie..Korang perlu klik taw untuk menyenangkan pencarian korang..



Ok..Korang dah klik pada Link tu?? nanti korang akan dapat lah tengok page iklan tu..Dan apa yang korang perlu buat ialah Korang buang dan tambah kod dekat link yang kat atas tu..

Kod yang perlu ditambah

Profile/

Kod yang perlu dibuang ialah kod iklan tu..Contoh macam kat bawah nie k.


Nampak tak??/Wan gantikan kod Share yang kat belakang tu dengan kod tadi Profile/ dan lepas tu korang klik enter..Pastikan korang cepat cepat Wat nie k..ehehhe

Nanti korang akan dapat lah tengok profile kengkawan korang ..Dan klik lah pada follow..

Sesapa yang belum ada or tahu mengenai Churp Churp lagi korang leh tengok Tutorial kat bawah nie k.

-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik
-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog
-Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR
-Menabung dengan Churp Churp_satu hari RM0.20 pun dah cukup
-Satu Klik berlambak tabs ADS keluar
-Kenapa Income tak naik naik??


Wan lak dah follow Churp Churp Nornadiah's.Tengok gambar kat bawah tu tak caya??hehehe..adik adik dalam Budak budak Blogger nei.Wan rembat je link dia tadi..Random ambik..ehehhe..Nak ke Blog Dia..Klik nie k..Taniah jadi orang pertama yang Wan Follow..hehehe.

http://miss-nadya.blogspot.com/


Tak taw lah camne nanti..Hope applikasi nie Menarik..Kasi link Profile Churp Churp korang Insya -Allah Wan akan follow nanti k.


Churp Churp taniah sekali lagi...Dan terima kasih kerana pihak anda sudi memberi peluang kepada kami untuk menjana pendapatan dari Blog..

LinkLain lain yang menarik

.



Tutorial Letak Fan page facebook untuk welcome box di blog

.




----------------100% disalin dari Lyssa Secret.
Diubah bagi kesesuaian blog.



Hai kawan - Kawan (buat nada comel) huhu ..


Okeyy , tadi ada someone request and tanya Lyssa macam mana nak buat orang like fanpage kita sebelum enter ke blog kita ? Kalau korang tak paham apa yang Lyssa dok merepekkan ni .. Lyssa bagi contoh lah dekat korangg ek .. Macam nih :




Pahee ker ? huhu (cakap kelate) .. Okey , kalao pahee , meh sini Lyssa ajarkan ;)

1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2. Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :

<body expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>


atau pun kod yang ini :

<body>


3. Korang dah jumpa ke ? Kalau dah , Copy pulak kod yang ini :


<!-- KakiNetwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->
<script type='text/javascript'>KNFBFansPRO="Lyssa_Secret"</script>
<link href='http://kakinetwork.com/sources/fbfans-pro/kakiblogger.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='http://yourjavascript.com/0143115100/jquery.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'/>
<script src='http://yourjavascript.com/5400531110/likeboxfbfan-pro.js' type='text/javascript'/>
<script language='javascript'>
$(document).ready(function() {
$('body').KNFBFansPRO( {
url: "http://www.facebook.com/pages/Lyssa_Secret/120778981320573",
tunggu: 15,
wait: 1440,
tutup: false
} );
});
</script>
<div id='fbtpdiv'/>
<!-- KakiNetwork.Com Likebox Pro FBFan Code End -->




*Then , korang pastekan di bawah kod yang korang carikan tadii tu :)

*Warna hijau tuh , Tukarkan dengan nama korang , dengan link fanpage korang erkk ?


4. Lepas tuh , cer preview .. Kalau menjadi , SAVE terus lah eheh ?

=SELAMAT MENCUBA= huhu ..


p/s : kadang - kadang dia akan keluar taw , kadang-kadang takk . Nasib korang ler . hehehh :)


----------------100% disalin dari Lyssa Secret.
Diubah bagi kesesuaian blog.


Lain lain yang menarik

.






Monday, December 5, 2011

Kerna aku jua manusia

.


Assalamualaikum..


Huh...aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku, siapakah aku yang dihakimi sebegitu rupa. Jarang sekali aku berasa seperti ini, mungkin akibat terlalu terkilan. Mungkin terlalu menurut kata hati.

Pesan ibu

Jangan fikir yang lain selain pembelajaran.

Aku semat dalam dalam kata ibu, namun tetap tidak berhasil. Ah,anugerah aku barangkalinya,aku terlalu keras kepala.

Kali ini aku sering menyoal sistem penghakiman manusia dengan manusia. Ada silapnya pada penghakiman, dari mata kasar kita yang menglihat pasti adil bagi kita. Sebaliknya tidak bagi yang diadili. Aku berbicara kerna aku sering menilai, sering berbahas dengan suasana luar lingkup dimensi panca indra ku.

Aku begitu,kerna aku sering dihakimi, aku titipkan kata kata sahabatku, azrulnaim



Lain lain yang menarik

.