Tuesday, December 6, 2011

Applikasi baru memudahkan korang VOTE untuk Wan.Senang lah korang nak join kontes Template Wan

.

A
ssalamualaikum...


Bosan tak dengan entri Wan nie..Tiap kali je nak suruh korang VOTE untuk Wan..Dulu memang susah sikit nak Vote..Skang nie Dah senang sikit..

Bagi sesapa yang belum VOTE untuk Wan tu..Hope Sangat korang VOTE untuk Wan..PErlu tak Wan merayu??hehehe..

So dengan harapan korang sudi mengundi untuk Wan..Cara cara seperti dibawah..Korang log in facebook korang dan klik link kat bawah nie..

Tak Nak Merokok Facebook


Lepas tu korang LIKE page tersebut dan korang klik pada bahagian Pertandingan fotografi seperti gambar dibawah..



Lepas tu korang akan dapat page yang macam kat bawah nie lak.Sebab korang perlu bersetuju dengan aplikasi yang disediakan .Korang klik lak pada button Log in.



Dan lepas tu korang klik lak pada button Allow..macam gambar kat bawah nie..



Selepas tu korang akan dapat page macam kat bawah nie lak..Korang klik lah pada View Entries



Dan lepas tu korang akan nampak lak page macam kat bawah nie bila korang scroll sikit ke bawah..Dan dekat situ korang tulis lah nama Wan..Wan hazel taw..Pastikan korang tick pada carian nama dan lepas tu korang cari..Macam kat dalam gambar bawah nie..



Lepas tu korang akan jumpa lah gambar Wan..Dan korang tekanlah VOTE k..ehehhe



TErima kasih bagi yang sudi VOTE..Bagi yang dah VOTE tu..UCapan terima kasih dan DOa Wan semoga dimurahkan rezeki...Bagi yang belum tu..Sudi sudilah VOTE untuk Wan..Sampai 10/12/2011 nie je..Sebelum nie memang susah tapi kali dah senang..Hope tak keberatan nak VOTE..terima kasih..


Lain lain yang menarik

.



Tutorial Follow Churp Churp kengkawan

.



Assalamualaikum...


Camne hari nie ok tak??cerah tak??Korang dha cek ACC Churp Churp korang??dah cek income Churp Churp korang..Eh eh..Kali nie Wan nak cerita pasal income Churp Churp..tapi nak kongsi macam mana nak Follow kengkawan Churp Churp korang..Applikasi nie baru sahaja di naik tarafkan..Korang log in ACC Churp Churp korang nanti korang akan nampak perubahan pada page Churp Churp nie..Makin gempak lah dan makin best..Mungkin beberapa hari lagi Churp Churp nie akan jadi macam Twitter lak..Sebab rasa nya bloh Share dan Post Stories..Agak nya macam mana lah tu kan..So sama sama lah kita nanti kan perubahan Churp Churp nie hope makin menyenangkan dan best.Sambil kita dapat income dari Churp Churp sambil tu kita berseronok dengan applikasi yang dia orang sediakan..

Link
Jadi , lepas nie apa kata korang follow member yang korang kenal yang dah ada ACC Churp Churp nie..Cara nya senang je..Korang mesti Log in dulu Churp Churp korang tu..Sign in lah kan..Bila dah Sign in korang biarkan je tu..Kalau korang nak tengok Profile korang..Korang klik je kat bahagian profile..Macam kat bawah nie.Dan korang akan lihat lah Profile korang..ruangan tu masih dalam kemas kini agak nya..Nampak tak Follower dan orang yang korang Follow masih kosong kan...



Tak pe jangan risau..Wan ajar korang cara nak Follow Acc Churp Churp member korang yang lain nie..Korang dah Sign in tadi kan..Lepas nie korang cari lah mana mana iklan Churp Churp yang kawan korang share kat blog ke..Kat facebook ke kat twitter ke..asalkan ade je iklan Churp Churp tu..Contoh nya iklan yang Wan share nie..Korang perlu klik taw untuk menyenangkan pencarian korang..



Ok..Korang dah klik pada Link tu?? nanti korang akan dapat lah tengok page iklan tu..Dan apa yang korang perlu buat ialah Korang buang dan tambah kod dekat link yang kat atas tu..

Kod yang perlu ditambah

Profile/

Kod yang perlu dibuang ialah kod iklan tu..Contoh macam kat bawah nie k.


Nampak tak??/Wan gantikan kod Share yang kat belakang tu dengan kod tadi Profile/ dan lepas tu korang klik enter..Pastikan korang cepat cepat Wat nie k..ehehhe

Nanti korang akan dapat lah tengok profile kengkawan korang ..Dan klik lah pada follow..

Sesapa yang belum ada or tahu mengenai Churp Churp lagi korang leh tengok Tutorial kat bawah nie k.

-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik
-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog
-Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR
-Menabung dengan Churp Churp_satu hari RM0.20 pun dah cukup
-Satu Klik berlambak tabs ADS keluar
-Kenapa Income tak naik naik??


Wan lak dah follow Churp Churp Nornadiah's.Tengok gambar kat bawah tu tak caya??hehehe..adik adik dalam Budak budak Blogger nei.Wan rembat je link dia tadi..Random ambik..ehehhe..Nak ke Blog Dia..Klik nie k..Taniah jadi orang pertama yang Wan Follow..hehehe.

http://miss-nadya.blogspot.com/


Tak taw lah camne nanti..Hope applikasi nie Menarik..Kasi link Profile Churp Churp korang Insya -Allah Wan akan follow nanti k.


Churp Churp taniah sekali lagi...Dan terima kasih kerana pihak anda sudi memberi peluang kepada kami untuk menjana pendapatan dari Blog..

LinkLain lain yang menarik

.



Tutorial Letak Fan page facebook untuk welcome box di blog

.




----------------100% disalin dari Lyssa Secret.
Diubah bagi kesesuaian blog.



Hai kawan - Kawan (buat nada comel) huhu ..


Okeyy , tadi ada someone request and tanya Lyssa macam mana nak buat orang like fanpage kita sebelum enter ke blog kita ? Kalau korang tak paham apa yang Lyssa dok merepekkan ni .. Lyssa bagi contoh lah dekat korangg ek .. Macam nih :




Pahee ker ? huhu (cakap kelate) .. Okey , kalao pahee , meh sini Lyssa ajarkan ;)

1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2. Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :

<body expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>


atau pun kod yang ini :

<body>


3. Korang dah jumpa ke ? Kalau dah , Copy pulak kod yang ini :


<!-- KakiNetwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->
<script type='text/javascript'>KNFBFansPRO="Lyssa_Secret"</script>
<link href='http://kakinetwork.com/sources/fbfans-pro/kakiblogger.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='http://yourjavascript.com/0143115100/jquery.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'/>
<script src='http://yourjavascript.com/5400531110/likeboxfbfan-pro.js' type='text/javascript'/>
<script language='javascript'>
$(document).ready(function() {
$('body').KNFBFansPRO( {
url: "http://www.facebook.com/pages/Lyssa_Secret/120778981320573",
tunggu: 15,
wait: 1440,
tutup: false
} );
});
</script>
<div id='fbtpdiv'/>
<!-- KakiNetwork.Com Likebox Pro FBFan Code End -->




*Then , korang pastekan di bawah kod yang korang carikan tadii tu :)

*Warna hijau tuh , Tukarkan dengan nama korang , dengan link fanpage korang erkk ?


4. Lepas tuh , cer preview .. Kalau menjadi , SAVE terus lah eheh ?

=SELAMAT MENCUBA= huhu ..


p/s : kadang - kadang dia akan keluar taw , kadang-kadang takk . Nasib korang ler . hehehh :)


----------------100% disalin dari Lyssa Secret.
Diubah bagi kesesuaian blog.


Lain lain yang menarik

.






Monday, December 5, 2011

Kerna aku jua manusia

.


Assalamualaikum..


Huh...aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku, siapakah aku yang dihakimi sebegitu rupa. Jarang sekali aku berasa seperti ini, mungkin akibat terlalu terkilan. Mungkin terlalu menurut kata hati.

Pesan ibu

Jangan fikir yang lain selain pembelajaran.

Aku semat dalam dalam kata ibu, namun tetap tidak berhasil. Ah,anugerah aku barangkalinya,aku terlalu keras kepala.

Kali ini aku sering menyoal sistem penghakiman manusia dengan manusia. Ada silapnya pada penghakiman, dari mata kasar kita yang menglihat pasti adil bagi kita. Sebaliknya tidak bagi yang diadili. Aku berbicara kerna aku sering menilai, sering berbahas dengan suasana luar lingkup dimensi panca indra ku.

Aku begitu,kerna aku sering dihakimi, aku titipkan kata kata sahabatku, azrulnaim



Lain lain yang menarik

.



Sunday, December 4, 2011

Karya ku di dada WALL OF FAME 2.12.2011_DSLR MALAYSIA 1 HARI 1 FOTO

.

Gambar dari Admin DSLR MALAYSIA 1 HARI 1 FOTO

Assalamulaikum...

Hai korang..hari nie tak taw lak nak post pasal apa..So saja nak kongsi karya Ligt painting Wan..Hari tu Wan pernah gak post entri untuk photo Wan tu..Dan hari nie lak Wan dikejutkan apabila karya Wan terpapar di dada WALL OF FAME 2.12.2011_DSLR MALAYSIA 1 HARI 1 FOTO

Entri photo Light Painting Wan.
-Photo untuk 1 December _ Pepsi Light painting


Pertama kali terpamir dalam tu memang lah seronok kan..hehehe..Seronok sangat Light Painting tu adalah hasil kali ketiga Wan..Rasa macam tak percaya lak..Tak sia sia lah Wat semua tu..Disamping leh hilangkan tension leh jugak rasa kepuasan membingkai sesuatu keadaan tu..Seronok..Kalau orang tanya pa yang seronok sangat ambik gambar..Dan Wan akan jawab.Kepuasan membingkai sesuatu tu..Mungkin ada yang suka bergambar..

Tertarik pada bait kata Kak Wansteddy..

"Percubaan pn dah tahap skill pro. Act xramai photographer rajin explorasi dgn bakat art dorg. Sbb tu kdg2 blh tgk standart amatur fotografer lagi superb dr dorg yg dah lama berkecimpung dlm dunia ni. Dorg Siap dah ada nama n brand sndri. Tp malas nk study extra skill, hasil foto masih ditakuk lama. Salute dgn usaha wan. Teruskn minat, manatau leh buat freelance advertising pasni ;D"


Amin...Amin ya Rabal alamin..

K lah korang..

Papai..

Jangan lupa join kontes Wan kat atas tu k..

Lain lain yang menarik

.



Tutorial Photography : Editing gambar dalam Photography boleh ke??

.


100% disalin dari
http://www.fototeacher.com/blog/artikel-kreativiti/photo-enhancement/

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COMLink

Foto enhancement adalah satu proses dimana sesuatu foto itu dicantikkan lagi dari foto asalnya. Proses ini biasanya dibuat menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya kerap ditanya, adakah foto yang saya rakam ‘dimasukkan’ terlebih dahulu di dalam Photoshop. Jawapan saya – Ya, semua foto yang saya rakam akan saya lakukan enhancement terlebih dahulu menggunakan Adobe Photoshop sebelum sesuatu foto itu ditunjukkan kepada orang lain.

Bagi saya, gambar foto yang tidak dilakukan enhancement adalah gambar foto yang belum siap. Ia boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang telah siap dibina, tetapi tidak dihias. Proses photo enhancement ini bukannya baru. Jurufoto sejak zaman penggunaan kamera analog (kamera menggunakan filem) melakukan enhancement kepada foto yang mereka rakam. Bezanya, pada ketika itu, proses enhancement ini dilakukan di dalam bilik gelap (darkroom) secara manual.

Biasanya, saya akan melakukan enhancement dari segi - cropping, level, color balance, burning dan dodging. Saya bukan pakar dalam penggunaan Photoshop. Tetapi, saya rasa, pengetahuan saya cukup sekadar untuk melakukan enhancement yang asas dan penting. Sememangnya menjadi satu keperluan untuk semua jurufoto untuk mempunyai sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai penggunaan Adobe Photoshop.

Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas, saya tunjukkan contoh foto yang saya rakam dan jenis enhancement yang telah saya lakukan. Foto di bawah ini adalah foto original tanpa dilakukan apa-apa enhancement. Ianya kelihatan biasa sahaja. Tetapi, ciri-ciri penting pada foto mestilah cukup baik seperti subjek yang menarik, komposisi yang baik dan dedahan cahaya yang tidak terlalu teruk.


Seterusnya, saya melakukan cropping pada foto ini, iaitu menjadikannya ke dalam bentuk square format. Ini dilakukan agar subjek utama kelihatan lebih menyerlah di dalam gambar serta menjadikan keseluruhan foto lebih menarik. Saya juga menukarkan foto ini menjadi foto hitam putih agar mata kita lebih tertumpu kepada bentuk dan komposisi subjek, tanpa gangguan dari sebarang warna. Setelah itu, saya mengawal kecerahan foto (level) agar ianya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Secara tidak langsung, proses ini juga mempengaruhi kawalan kontras pada gambar. Saya melakukan beberapa lagi kawalan terperinci terhadap kecerahan gambar dengan melakukan dodging dan burning. Anda boleh melihat di bahagian mana saya melakukan dodging dan burning ini seperti di dalam gambar di bawah

Proses dodging dan burning ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan memakan sedikit masa. Apa pun yang anda lakukan, jangan lakukan enhancement yang keterlaluan. Kalau boleh, pastikan foto yang dihasilkan masih kelihatan asli tanpa kesan ubahsuai yang berlebihan. Apapun, penilaian terhadap kecantikan sesuatu foto itu tetap menjadi sesuatu yang subjektif. Di bawah ini adalah gambar foto yang telah siap dilakukan enhancement.


100% disalin dari
http://www.fototeacher.com/blog/artikel-kreativiti/photo-enhancement/

.


Semoga semua persoalan korang terjawab..



Lain lain yang menarik


.






Saturday, December 3, 2011

contest menangi Template dari Wan Hazel (03 Dec - 10 Dec 2011)

.

Assalamualaikum...

Hai korang Kali nie Wan nak wat kontes menangi template dari Wan sendiri..Wan akan pasang sendiri kat Blog korang..Template yang Wan tawarkan adalah seperti dibawah nie..Kedudukan Shoutbox di atas header ..Disamping leh kurangkan load Blog.. Keselesaan pengunjung pun turut diutamakan.(Bukan Blogskin)...Tajuk Blog korang boleh beritahu kemudian dan Gambar untuk header pun korang boleh beritahu kemudian.Warna pun korang leh ubah..Sebab tu lah Template kat bawah nie macam tu..Sebab belum tahu lagi siapa kah gerangan empunya template tu nanti..




Contest nie akan di adili seratus peratus oleh encik Random..Wan tak nak berat sebelah..Kalau korang ada rezeki Insya Allah akan menang..Hanya seorang sahaja pemenang


Syarat syarat lak mungkin agak menyusahkan ... Kalau tak de yang join contest nie makna nya percubaan untuk menarik korang tidak berjaya..So contest ni berakher macam tu je lah..Contest tetap berjalan walau peserta kurang..Korang hanya perlu facebook sahaja..Tak perlu follow Blog Wan k.


Syarat syarat

Mula mula korang hendaklah VOTE Wan kat sini..Pertandingan Photography "Tak nak merokok"..

http://www.facebook.com/TAK.NAK.MEROKOK (klik kanan open in new tab)

Klik like > Pertandingan fotografi>allow application>View entries>tick pada carian nama>cari nama Wan Hazel>cari>VOTE

Nak tahu dengan lebih lanjut cara VOTE leh lah klik kat entri Wan nie

http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/applikasi-baru-memudahkan-korang-vote.html
(klik kanan open in new tab)

Kalau Facebook korang tak leh masuk application tu..Korang leh cek kat HOME klik kat tepi home tu>Security>secure browsing> korang disabledkan k..

Terima kasih...


Selepas tu korang ambik banner kontes nie dan tampal pada entri korang dengan tajuk "contest menangi Template dari Wan Hazel (03 Dec - 10 Dec 2011)".Pastikan korang link kan ke contest nie..Kalau nak tagged kengkawan pun boleh.


Kemudian hantar link korang ke ruangan komen..
Bukan SPAM link k.seperti entri dalam entri dibawah..

http://wanhazel.blogspot.com/2011/11/blog-diremove-gara-gara-link-dalam.html


Dan selamat maju jaya..


Terima kasih..


P/S: bagi sesapa yang dah vote Wan tu..Kasi taw kat ruangan komen dan Wan akan cek nanti..Bagi sesapa yang belum VOTE..harap korang VOTE sebelum sertai contest nie..Kelayakan akan terbatal sekiranya tidak memenuhi syarat.



Lain lain yang menarik

.