Hai korang..hari nie tak taw lak nak post pasal apa..So saja nak kongsi karya Ligt painting Wan..Hari tu Wan pernah gak post entri untuk photo Wan tu..Dan hari nie lak Wan dikejutkan apabila karya Wan terpapar di dada WALL OF FAME 2.12.2011_DSLR MALAYSIA 1 HARI 1 FOTO
Pertama kali terpamir dalam tu memang lah seronok kan..hehehe..Seronok sangat Light Painting tu adalah hasil kali ketiga Wan..Rasa macam tak percaya lak..Tak sia sia lah Wat semua tu..Disamping leh hilangkan tension leh jugak rasa kepuasan membingkai sesuatu keadaan tu..Seronok..Kalau orang tanya pa yang seronok sangat ambik gambar..Dan Wan akan jawab.Kepuasan membingkai sesuatu tu..Mungkin ada yang suka bergambar..
"Percubaan pn dah tahap skill pro. Act xramai photographer rajin explorasi dgn bakat art dorg. Sbb tu kdg2 blh tgk standart amatur fotografer lagi superb dr dorg yg dah lama berkecimpung dlm dunia ni. Dorg Siap dah ada nama n brand sndri. Tp malas nk study extra skill, hasil foto masih ditakuk lama. Salute dgn usaha wan. Teruskn minat, manatau leh buat freelance advertising pasni ;D"
Foto enhancement adalah satu proses dimana sesuatu foto itu dicantikkan lagi dari foto asalnya. Proses ini biasanya dibuat menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya kerap ditanya, adakah foto yang saya rakam ‘dimasukkan’ terlebih dahulu di dalam Photoshop. Jawapan saya – Ya, semua foto yang saya rakam akan saya lakukan enhancement terlebih dahulu menggunakan Adobe Photoshop sebelum sesuatu foto itu ditunjukkan kepada orang lain.
Bagi saya, gambar foto yang tidak dilakukan enhancement adalah gambar foto yang belum siap. Ia boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang telah siap dibina, tetapi tidak dihias. Proses photo enhancement ini bukannya baru. Jurufoto sejak zaman penggunaan kamera analog (kamera menggunakan filem) melakukan enhancement kepada foto yang mereka rakam. Bezanya, pada ketika itu, proses enhancement ini dilakukan di dalam bilik gelap (darkroom) secara manual.
Biasanya, saya akan melakukan enhancement dari segi - cropping, level, color balance, burning dan dodging. Saya bukan pakar dalam penggunaan Photoshop. Tetapi, saya rasa, pengetahuan saya cukup sekadar untuk melakukan enhancement yang asas dan penting. Sememangnya menjadi satu keperluan untuk semua jurufoto untuk mempunyai sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai penggunaan Adobe Photoshop.
Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas, saya tunjukkan contoh foto yang saya rakam dan jenis enhancement yang telah saya lakukan. Foto di bawah ini adalah foto original tanpa dilakukan apa-apa enhancement. Ianya kelihatan biasa sahaja. Tetapi, ciri-ciri penting pada foto mestilah cukup baik seperti subjek yang menarik, komposisi yang baik dan dedahan cahaya yang tidak terlalu teruk.
Seterusnya, saya melakukan cropping pada foto ini, iaitu menjadikannya ke dalam bentuk square format. Ini dilakukan agar subjek utama kelihatan lebih menyerlah di dalam gambar serta menjadikan keseluruhan foto lebih menarik. Saya juga menukarkan foto ini menjadi foto hitam putih agar mata kita lebih tertumpu kepada bentuk dan komposisi subjek, tanpa gangguan dari sebarang warna. Setelah itu, saya mengawal kecerahan foto (level) agar ianya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Secara tidak langsung, proses ini juga mempengaruhi kawalan kontras pada gambar. Saya melakukan beberapa lagi kawalan terperinci terhadap kecerahan gambar dengan melakukan dodging dan burning. Anda boleh melihat di bahagian mana saya melakukan dodging dan burning ini seperti di dalam gambar di bawah
Proses dodging dan burning ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan memakan sedikit masa. Apa pun yang anda lakukan, jangan lakukan enhancement yang keterlaluan. Kalau boleh, pastikan foto yang dihasilkan masih kelihatan asli tanpa kesan ubahsuai yang berlebihan. Apapun, penilaian terhadap kecantikan sesuatu foto itu tetap menjadi sesuatu yang subjektif. Di bawah ini adalah gambar foto yang telah siap dilakukan enhancement.
Hai korang Kali nie Wan nak wat kontes menangi template dari Wan sendiri..Wan akan pasang sendiri kat Blog korang..Template yang Wan tawarkan adalah seperti dibawah nie..Kedudukan Shoutbox di atas header ..Disamping leh kurangkan load Blog.. Keselesaan pengunjung pun turut diutamakan.(Bukan Blogskin)...Tajuk Blog korang boleh beritahu kemudian dan Gambar untuk header pun korang boleh beritahu kemudian.Warna pun korang leh ubah..Sebab tu lah Template kat bawah nie macam tu..Sebab belum tahu lagi siapa kah gerangan empunya template tu nanti..
Contest nie akan di adili seratus peratus oleh encik Random..Wan tak nak berat sebelah..Kalau korang ada rezeki Insya Allah akan menang..Hanya seorang sahaja pemenang
Syarat syarat lak mungkin agak menyusahkan ... Kalau tak de yang join contest nie makna nya percubaan untuk menarik korang tidak berjaya..So contest ni berakher macam tu je lah..Contest tetap berjalan walau peserta kurang..Korang hanya perlu facebook sahaja..Tak perlu follow Blog Wan k.
Syarat syarat
Mula mula korang hendaklah VOTE Wan kat sini..Pertandingan Photography "Tak nak merokok"..
Kalau Facebook korang tak leh masuk application tu..Korang leh cek kat HOME klik kat tepi home tu>Security>secure browsing> korang disabledkan k..
Terima kasih...
Selepas tu korang ambik banner kontes nie dan tampal pada entri korang dengan tajuk "contest menangi Template dari Wan Hazel (03 Dec - 10 Dec 2011)".Pastikan korang link kan ke contest nie..Kalau nak tagged kengkawan pun boleh.
Kemudian hantar link korang ke ruangan komen.. Bukan SPAM link k.seperti entri dalam entri dibawah..
P/S: bagi sesapa yang dah vote Wan tu..Kasi taw kat ruangan komen dan Wan akan cek nanti..Bagi sesapa yang belum VOTE..harap korang VOTE sebelum sertai contest nie..Kelayakan akan terbatal sekiranya tidak memenuhi syarat.
Terangi hari anda dengan Pepsi Sony Alpha a350|standard kitlens ISO 100|f/5.0|30"
Assalamualaikum..
Hai korang..Tadi Wan buat satu lagi light painting..Tapi kali nie version lain lak..Yang hari tu Wan wat arabic light painting (Allah)..Korang leh tengok tutorial kat entri nie taw..Tutorial light painting..Kalau korang nak buat pun leh rujuk kat entri tu..ehehhe..
Gambar tu Wan wat kat studio yang diperbuat dari kertas tebal yang berwarna hitam..studi kecil yang dibuat sendri dan boleh dibawa di mana mana..hehehe..Macam kat gambar bawah tu..Wan guna lampu biru untuk hasilkan api yang menjadi corak air tu.Lampu tu Wan wat sendri....Dan cawan kosong , cawan percuma susu teh tarik tu..ehehhe..Korang nak wat pun boleh jugak..Dawai hijau tu untuk tahan tin pepsi supaya jadi macma dalam gambar kat bawah tu.Dan Dawai hijau tu lak Wan tahan gina Lens minolta 100-300mm Wan..ahahha..Tak de benda yang berat guna lens je lah kan..
Kalau korang ada pandangan dan kritikan harap korang sudi sumbangkan untuk Wan perbaiki kelemahan yang ada..
Entri kali nie sedikit berbaur kemarahan , sedih , dan tak percaya..Kekadang terfikir jugak betul ke apa orang kata "what goes around will come back around" entah..Macam tipu je..Atau habis madu sepah dibuang...Rasa nya tu yang terbaik..
Entri Wan bukan nak mengharap balasan setelah apa yang Wan berikan , setelah apa yang Wan kongsikan , segala tutorial , segala Software...Dan Wan memang tak popular dalam facebook dan dunia blog nie nak meraih simpati dari korang semua kan...
Sebenar nya Wan nak korang VOTE gambar yang Wan pertaruhkan dalam pertandingan fotografi "tak nak merokok"...Kalau korang ada masa ringan ringankan lah jari korang untuk VOTE gambar Wan..Korang leh rujuk entri kat bawah nie macam mana nak VOTE tu k.
Dan mungkin ada yang akan terus CLOSE blog Wan nie ... Terima kasih
Wan sangat sangat harapkan korang leh VOTE..Bagi sesapa yang dah VOTE..hanya Tuhan yang akan balas kebaika korang...Wan doakan kehiduoan korang dimurahkan rezeki..Amin..
----
Kalau korang ada masa..Boleh tak tolong VOTE untuk Wan kat link bawah nie..Sampai 10/12/2012 je lagi..Perlukan sangat Voting dari korang..Tanpa korang sapa lah Wan..Korang tolong Wan..Wan Insya Allah akan tolong korang..
Kali nie Wan nak terbitkan lak entri kenapa income korang tak naik naik.Salah satu sebab nya korang terlalu gelojoh nak income nie..Sampaikan ada yang sanggup klik Iklan sendiri..Tak kira lah Churp Churp ke , Says ke ,Nuffnang ke atau yang sama waktu dengan nya..Wan dah selalu pesan dan selalu sangat kasi taw korang..Kalau korang klik iklan sendiri IP adddress korang ,pihak pengiklan tu akan kesan..Sia sia saja korang tekan 10 kali 40 kali.Ingatkan nak income lebih kan padahal apa yang korang wat tu sia sia je..Ingat IP address korang dikesan..
Sampai ada yang tanya..lepas klik iklan tu terus CLOSE ke??Kenapa korang klik kalau korang close..Orang klik nie sebab nak tengok iklan tu..Nak tahu apa yang dalam iklan tu..Bukan sekadar nak klik klik je..Rimas jugak Wan bila ditanya dengan beribu ribu macam persoalan mengenai Churp Churp nie...Padahal dalam Churp Churp tu dah ditetapkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh..Nak dapat income lebih ada cara nya..Sebab tu cikgu ajar kita baca..So baca apa rule yang ada dalam Churp Churp atau tempat korang dapat iklan korang tu.
Jangan paksa orang dan jangan Wat tindakan yang memburukkan prestasi blog atau profile korang terhadap pihak pengiklan tu..Contoh macam dalam entri bawah nie..Wan memang tak suka kalau orang wat macam nie..Ingat orang boleh je komplen kat pihak pengiklan tu kalau dia orang marah sangat..So sapa yang rugi korang gak..Nanti tiba tiba je lah korang dapat notis bertulis korang dianggap SPAM tempat orang...Waktu tu Wan dapat kata padan muka je lah..
Wan pun hairan kenapa lah korang nie sampai sanggup nak buat Group kat Facebook nie..Aiyo..nanti tak pasal pasal korang kena BANNED oleh pihak pengiklan..Baru padan muka..Sekadar berpesan je..Lepas nie jangan invited Wan kat group or page tu k...Wan tak nak terlibat.
Dah penat membebel nie apa kata Wan kongsi sedikit cara Wan dapat income..Cara nya senang..ikut peraturan yang dah ditetapkan..Tak paksa orang klik iklan kita..Dan tak de istilah "U klik i klik".Dan tak SPAM pada inbox orang..Korang ada Facebook kan Twitter..Kenapa tak share je kat Facebook atau Twitter korang..Manalah taw ade yang tertarik nak tengok iklan tu..Macam yang Wan wat nie pun boleh..Korang boleh klik kat bawah nie..Kalau korang suka korang akan suka..kalau tak mesti korang tak suka..Tengok dulu baru tahu..kat bawah nie Iklan taw..
Ada tak yang tertarik nak klik??Kalau tak de tu maknanye iklan Wan tak menarik untuk dilihat..Kalau ade Alhamdullillah..So tanpa menipu kita leh dapat income..Yang penting niat betul ..Iklan kat atas tu satu klik 40sen.Kalau tak pun korang leh tengok contoh macam kat entri nie..Wan dapat income beberapa puluhsen dari entri tu je.
Senang je kan..Kalau betul cara dan betul niat mesti kita akan dapat income dengan senang.Biar lambat asal selamat dan sikit sikit lama lama jadi bukit.Betul tak??
Matlamat tak pernah menghalalkan cara ... Renungkan dan fikirkan sejenak
Kali nie Wan nak ulas sikit mengenai Iklan yang berlambak lambak keluar kalau kita terklik satu button yang salah nie..Bukan satu tab je terbuka tapi berpuluh puluh..kalau boleh nak letak semua iklan yang dia ada..Padahal benda nie menyusahkan pengguna..Tidak bagi Wan tapi mungkin bagi yang lain..Lebih lebih lagi kalau yang guna line internet yang slow..Dan laptop yang tak seberapa..Mesti dah kena sumpah seranah korang..Dan mungkin income yang korang dapat tu jadi macam sia sia..Memang lah income cepat naik tapi fikir jugak sama da income tu jadi halal or haram dengan cara kita yang salah tu..Kalau kena seorang je tak pe..kalau dah beribu ribu orang klik tak ke menderita hidup kita..Lepas tu makan lagi income yang kita dapat dari cara yang salah tu..Tak kisahlah kat button tu korang tulis..Jangan klik..Manusia mesti nak cuba nye.Kalau yang ok ok lah penerimaan nye..Kalau yang tak??
Maaf lah Wan bukan nak bertekak pasal benda yang kecil nie..Ataupun Wan nak berlagak pandai agama..Cuma Wan nak berpesan pesan je..Suadara sesama saudara haruslah saling ingat mengingati..kalau bukan Wan sapa lagi??Kalau bukan Wan nak tegur sampai bila bila pun korang yang guna cara nie menderita kena sumpah seranah..Syukur lah kalau orang tu ok..Kalau yang tak ok tu...??Tanggunglah akibat sendiri..faham faham lah dunia sekarang nie..Akher zaman katakan..
Kalau korang masih tak tahu ape bende yang Wan merepek tu..Korang leh tekan button kat bawah nie..Ingat nie hanya sekadar contoh je..kalau yang dah tahu tu tak yah lah tekan..Bagi yang nak tahu je k...Hanya sebagai contoh je..
Ok dah tahu..Nasib tiga link je taw..kalau banyak sampai sepuluh link apa perasaan korang??nak menyumpah tak??mesti menyumpah kan...Berblog pun ada cara..Cari rezeki pun ada cara..Gunalah cara yang betul..Bukan cara yang salah..Cara Wan nie betul tak??Kira halallah kan kalau korang klik dan income ada masuk..Terima kasih
Alang berleter nie Wan pun nak pesan nie..Lagi satu jangan paksa orang nak klik iklan kita tu..tak yah paksa pun..tak kan lah korang nak paksa..Ade pun yang nak klik..Entah iklhas ke tak..Cakap je dah klik padahal tak..So sapa yang rugi korang jugak..Iklan nie pun korang jangan lah klik sendiri sampai berpuluh kali klik..Ingat IP address korang tu tetap sama..Pihak iklan tu dapat kesan.Sebab tu lah income korang tak naik naik..Income tak naik naik , mengadu kat Wan..Padahal tak baca tema dan syarat..Jangan SPAM jugak..
"what you can do and what you cant do"
Bagi Wan rezeki tu ada dimana mana..Cuma kita yang perlu usaha..Nak capai sesuatu tu perlu lah dengan cara yang betul..Ingat apa yang harus , wajib , haram dan halal..Semua nya kita tetapkan sendiri..Nak rezeki yang berkat kena lah dengan cara yang betul.
Semoga apa yang Wan sampaikan nie dijadikan sebagai pengajaran dan ambillah sedikit masa berfikir..Adakah korang berblog semata mata nak kejar kekayaan , kepopuluran dunia hingga lupa akan tanggung jawab sebagai Khalifah dimuka bumi..
ok papai..
owh ye
Kalau korang ada masa..Boleh tak tolong VOTE untuk Wan kat link bawah nie..Sampai 10/12/2012 je lagi..Perlukan sangat Voting dari korang..Tanpa korang sapa lah Wan..Korang tolong Wan..Wan Insya Allah akan tolong korang..
Kali nie Wan kongsi Istilah atau singkatan singkatan yang photographer otai selalu guna kalau nak kritik gambar atau bila berbicara pasal photography nie..SEharusnya kroang tahu apa istilah istilah nie..Bookmark je page nie senang korang nak rujuk..ahahha..
So jom kita kenali satu persatu singkatan yang digunakan..(hanya yang Wan tahu)
EO=ever exposure OE=Under Exposure ( GLOW = glowing BG=Background, HL=Horizon Line RO3 or ROT = rules of third RO9 = rules of nine MHO = My Humble Opinion IMHO = In My Humble Opinion EB = Eye Bull (subjek diletak ditengah) CC = Compact Camera EV = Exposure bias value FL = focal length NR = Noise reduction POI = point of interest HI = human interest POF= Point of Focus VR = vibraton reduction AEB= Auto Exposure Bracketing DOF=Depth Of Field
Singkatan yang sering orang guna termasuk Wan DOTA Lai..hehehe
DOTA = Defense of the Ancients
So tu lah sedikit sebanyak info yang Wan leh kongsikan ..Lepas nie jangan banyak tanya bila ada orang guna singkatan tu..Rujuk je kat Google or kat sini..Kalau ada penambahan silalah kasi taw..
Kali nie Wan nak kongsi sedikit tips atau langkah langkah nak ambil gambar waktu malam..Walaupun Wan tak berapa pro tapi Wan tetap nak kongsikan kat korang.Setiap orang ada cara tersendiri dan nie lak adalah cara Wan.
Macam biasa lah penggunaan Mode Manual(M) tetap langkah pertama yang Wan cadangkan kat korang.Sama jugak macam mana nak ambik gambar light painting.
Setting sama je..ISO pastikan 100 - 400 untuk elakkan Noise boleh lebih jika perlu.Shutter speed kurang dari 1"- 3'' (bergantung) apperture bukak luas luas..untuk kasi lebih cahaya masuk.Nak dapatkan gambar yang sharp lak aperture kena f/8.0 - f/13 .Yang paling penting Tripod..Nie untuk ambik gambar tak bergerak taw..Landscape waktu malam.Lens pun mainkan peranan jugak..tapi tak begitu penting..Wide lens ok sebab leh beri lebih cahaya masuk.
Kadang kalau nak tembak gambar bergerak masa malam lak korang kene tinggikan ISO ke 800 sebab kena kurangkan masa Shutter speed korang..Exposure korang kena kontrol..Tahu nisbah exposure yang sesuai so korang akan berjaya..Boleh cuba dengan setting asas. ISO 100, f/9.0, . Snap dan lihat. Under?? Lambatkan lagi shutter. Over?? Lajukan siket shutter.Try n error nanti bolehlah korang faham cara yang sesuai...Exposure= ISO+Shutter Speed+Aperture..Atupun korang perlu external light atau lampu denyar.Atupun apa2 cahaya je.
Apepun korang perlu tahu..ISO tinggi akan dapat noise lebih. Shutter slow akan dapat blur lebih (yang bergerak) dan Aperture besar pulak akan dapat DOF =Depth Of Field nipis (tapi kalau ambik subjek jauh..takde kesannya).
Gambar malam mungkin akan nampak NOISE..Kalau exposure korang salah.tapi jangan risau..NOISE juga art.
Kalau ada tersalah info harap dibetulkan..Mungkin cara kita berbeza namun hasil tetap nak yang terbaik..
Kali nie Wan join kontes nie..Beberapa hari lagi nak tamat nie..So dengan segeranya Wan join , Tanpa melengahkan masa..Kontes nie pun Wan dapat taw dari adik adik dalam BBB.
Jom tengok gambar yang Wan pertaruhakn.Nie gambar yang Wan ambik masa tengah jemur patung tu..Dah kotor so Wan cuci dan jemur..Dan terus tembak gambar patung tu..Dah nama pun kontes photography kan..So Wan pertaruhkan gambar yang Wan tembak nie..Exif untuk gambar disediakan dibawah gambar..Cara penilaian untuk kontes nie Wan pun tak tahu..Untuk memeriahkan kontes nie Wan join lah..hehehe.
It was good time, we spent our days together Sony Alpha a350 ISO 100|f/4.5|1/2000
Korang wat pe tadi??tengah cek income Nuffnang??cek income Churp Churp?? ads ads lain?? amacam ada income naik tak??mesti banyak kan..Sehari leh dapat dalam RM2, RM3 or RM10 or RM100 ..pergh memang hebatkan korang..Kalau nak dibandingkan dengan blog cikai cikai Wan yang tak glamer dan bukan retis nie mana lah nak dapat lawan blog yang traffic 10k keatas dalam sehari.
Berblog nie bukan hanya sekadar luahkan isi hati bukan sekadar berkongsi tapi seharusnya kita gunakan ruangan blog untuk hasilkan pendapatan pasif..Boleh lah buat belanja poket kan..Cukup bulan or cukup tahun boleh lah berbelanja..Contohnya kumpul income sampai bulan Ramadhan nanti..10 or 5 hari sebelum masuk bulan Ramadhan leh lah cashout income , dalam masa 30 hari cek datang kat rumah so income tu leh lah wat belanja sakan untuk sambutan Syawal.Tul tak??Nie untuk pengguna Nuffnang.Samalah jugak dengan pengguna Churp Churp..Wan lak Churp Churp Wan makin hampir nak capai target..Tahun hadapan nak beli DSLR satu lagi..hehehe.Insya Allah..
Hari nie Wan selalu tengok blog blog yang hanya pentingkan luaran ..Maksud Wan penampilan namun apa yang terkandung kosong dengan gaya bahasa yang lintang pukang.Dengan penggunaan bahasa yang singkat dengan gadget yang melebih lebih dengan Gambar yang entah ape ape..Tapi tak pe Wan dulu masa mula mula berblog pun macam tu jugak..ehehe.Sampai hari nie kot...Dulu tak de orang nak tegur so hari nie masa nie Wan bersedia tegur korang..Perbuatan korang terhadap blog korang tu kadang kadang menyusahkan diri dan membosankan bagi sesetengah blogger..Namun korang jangan risau sebab semua ada pandangan masing masing.
Apa yang penting berblog jangan aibkan orang k..Tu yang penting..Mungkin niat korang baik nak berkongsi keburukan seseorang tu tapi niat yang korang cuba sampaikan tu adalah niat yang tak baik sebab meng aibkan orang..Sebaik baiknya sembunyikan lah keburukan sesama saudara.Belajar dulu hukum harus haram dan wajib sebelum menilai seseorang dan menghakimi seseorang..Ingat kita bukan Tuhan nak menghukum seseorang tu.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Sahih Muslim No.4646)
K lah korang...Hargai blog korang..Guna lah Blog sebaik mungkin untuk jana pendapatan korang tu..