Sunday, November 13, 2011

Dah buat Video untuk pasangan anda_Coffee Mate

.


Assalammualaikum...

Eceh cepat je kan tangan nak klik tajuk entri macam nie..Ada pasangan ke??Dah kawen ke??ke tengah melayan Cintan cintun korang??eehhe.

Wan pagi tadi sambil belajar Mikro P..Wan online dan try lah satu application buat Video untuk pasangan anda nie..Macam menarik je kan..Try dan try lah..Berapa kali percubaan baru Wan dapat tamatkan Video tu..Mungkin masalah internet yang Wan guna..Kejap dapat kejap tak dapat so terpaksa lah mula dari mula lagi.Tak pe asalkan seronok dan tak peningkan kepala boleh jugak hilangkan tension belajar..


Kalau korang nak bagi video kat pasangan korang korang try lah nie.Mudah ada 6 langkah je.Tak salah kalau nak cuba..Klik link bawah nie..


Video untuk pasangan anda


Mula mula korang akan terus ke direct link yang Wan bagi tu..Dan tunggu lah seketika k.

Link
Lepas tu korang akan dapat page macam kat bawah nie lak.Maknanya korang dah masuk halaman utama Coffee Mate



S
o korang klik lah mula kat situ.Dan korang akan dapat page macam kat bawah nie..Korang pilih lah brapa sudu Coffee Mate yang korang nak..Ada je arahan kat situ..Dan korang pun kena pilih nama manja untuk pasangan korang tu..eceh..ehehe




Lepas tu korang akan dapat page macam kat bawah nie lak..Korang kena masukkan gambar korang ,Gambar pasangan korang dan akher sekali gambar korang dan pasangan korang..Macam yang Wan wat kat bawah nie lah.


Link
Bila dah selesaikan masukkan semua gambar ..Korang klik sambung lak..Dan nanti akan dapat lak macam page kat bawah nie..


Korang perlu isi Nota cinta korang tu..Ekot je macam arahan tu..Dan lepas tu klik lagi sambung.Lepas selesai tu..Korang akan di previewkan dengan Video yang korang wat tadi..


Bila korang rasa dah puas hati dengan lagu dan gambar korang tu..Korang klik lagi sambung dan lepas tu korang akan dapat page macam kat bawah nie..Korang isi lah detail email pasangan korang dan email korang..



Dan lepas tu klik sah dan hantar..So selesai..Nanti pasangan anda akan dapat lah email macam kat bawah nie..Pastikan pasangan korang tu bukak email lah.ehehhe




So selamat mencipta Video untuk pasangan korang..ehehhe..


Lain lain yang menarik untuk dikongsi

.



Anugerah Blog & Blogger paling Popular





Assalammualaikum...


Hari nie Wan nak join kontes dari Fizz Mikz lak..Kalau korang nak join boleh klik kat banner atas tu..Nanti korang akan terus ke blog penganjur.Dan syarat syarat kontes seperti dibawah..


Ok, Skang Wan akan mulakan wat entri kontes nie.Walaupun Wan tahu Blog Wan tak layak untuk kontes sebegini..Kalau nak cerita mengenai Blog Wan nie mungkin panjang sangat dari naik bangun sebagai seorang blogger..Walaupun baru beberapa tahun dalam dunia blog nie..Mula berblog sejak 2008..Bermula sebagai blog peribadi yang menitik beratkan pada penggunaan bahasa tapi sekarang nie Blog Wan berubah dari blog peribadi kepada Blog Tutorial + Blog Peribadi..

Banyak Tutorial yang Wan kongsikan dari Tutorial Blog/Template/Blogskin,Tutorial Adobe Photoshop,Tutorial Adobe Illustrator,Tutorial Xara 3D,Tutorial Nuffnang , Tutorial Churp Churp dan akher sekali Tutorial Photography.Hari demi hari Wan akan cuba menambah setiap Tutorial Wan..Seronok bila Tutorial yang Wan sediakan diguna pakai dan dikongsi oleh segelintir blogger...


Mungkin ada yang tertanya tanya mengapa dan kenapa Tajuk blog Wan adalah MEmorialISme..Bagi Wan maksud untuk tajuk tu , adalah suatu perlakuan yang memahatkan sebuah kenangan dan menjadi sebuah bingkai masa.Begitulah sebab blog Wan diwujudkan.Berkongsi setiap perkara.Dan dijadikan sebagai sebuah diari untuk suatu masa nanti..Insya Allah.


Design Blog lak 100% dari tangan dan idea Wan sendiri..Keputusan kontes nie Wan tak tahu lah berdasarkan apa..kalau berdasarkan Voting mesti blog Wan tak kan dapat anugerah punya..Nanti kan jadi berat sebelah..So terpulang kepada penganjur..Yang penting dah join..eehhehe.


Ok tu je..Bagi sesapa nak join..cepat cepat lah join..ehehhe..


Peace

.



Friday, November 11, 2011

Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR

.



Assalammualaikum...

Terlompat lompat je jemari Wan masa menaip nie. Bagai menang hadiah berjuta juta dari Churp Churp..Sebelum Wan mulakan entri Wan mengenai Churp Churp nie , Wan nak kasi taw bahawa entri nie hanya untuk yang berminat saja..Kalau rasa macam tak percaya dan rasa tak berbaloi. korang boleh ke entri yang lain k . Wan tak paksa korang baca dan Wan tak paksa korang sertai Churp Churp nie..Apa yang Wan nak ialah berkongsi apa yang Wan dapat dari Churp Churp nie..Rezeki macam nie tak kan nak makan sorang sorang kan..Apa salah nya berkongsi salah satu sumber pendapatan Wan dalam dunia Blog nie kan.


Bagi yang dah tahu Churp Churp nie , kalau nak teruskan pembacaan dipersilakan dan kalau tak nak boleh lah membaca entri yang lain..Bagi yang masih belum tahu lagi..Korang dipersilakan mendaftar Churp Churp..Tak tahu cara nak daftar ???Jangan risau korang boleh tengok Tutorial yang Wan sediakan nie..

-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik


Dan mesti ada yang tertanya tanya ...Macam mana nak dapat income dari Churp Churp dan ada jugak yang tanya Wan "Daftar Churp Churp nie perlu bayar ke?" .


Kalau korang nak tahu Churp Churp nie tak perlu modal dan tak perlu yuran apatah lagi nak bayar dengan mereka ..Apa yang perlu ialah daftar macam daftar Facebook je..Korang boleh tengok Tutorial Daftar tu k..Dan kalau korang nak tahu jugak , cara nak dapat pendapat Churp Churp nie amatlah mudah..Apa tidak nya korang hanya perlu berkongsi iklan dengan rakan rakan facebook , email , Twitter ,Blog atau di forum forum korang ..Tapi ingat Perkongsian iklan nie pun ada batas nya..Jangan SPAM kat tempat orang taw.Dan jangan terhegeh hegeh nak klik iklan sendiri sampai beribu kali..Pasti dan amat pasti kalau korang klik iklan sendiri beribu kali dan SPAM tempat orang , Korang sampai tua pun tak kan dapat Income yang berbaloi baloi.Wan ada sediakan Tutorial Share iklan Churp Churp nie..Kalau ada masa jenguklah k.


-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog


Owh ye terlupa lak Wan dengan tajuk Entri nie..Kenapa Wan letak tajuk "Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR" ..Mesti ramai yang tengah pasang mentol kat kepala tu kan..Ok ok Wan kasi taw nie..Sebabnya pendapat dari Churp Churp nie boleh bagi Wan koleksi terbaru untuk DSLR..Tunggu cukup dulu..Tak pun tunggu tahun depan sampai cukup cukup angkat DSLR terbaru untuk tahun hadapan..hehehe.

So korang tunggu apa lagi cepat cepat lah daftar..Mesti korang pun ada benda yang korang inginkan ...Betul tak??So sambil ber internet sambil kita mencari pendapat..


P/s: dah macam jutawan internet lak Wan kan..ehehhe.

Sekadar berkongsi


Yang kat bawah nie hanya untuk yang berminat je..



Papai

.





Wednesday, November 9, 2011

2 Exam dah 2 lagi akan datang..Taniah buat graduasi Icats

.



Assalammualaikum...


A
lhamdulillah , Dua paper Wan dah selesai.Tinggal dua lagi..Hope Dua paper selepas nie bertambah mudah..hehehe..Malam nie kalau sempat nak Blogwalking. Blogwalking mana yang sempat je..


Korang yang nak Final Exam tu Wan doakan yang terbaik untuk korang taw..STPM dan SPM ..Semoga korang dipermudahkan menjawab peperiksaan nanti..Amin..Semoga semua berjaya bagi yang berusaha.


Dan taniah kepada graduasi Icats yang baru saja konvo petang tadi..Taniah taniah...Wan bila lah lagi kan..ehhehe..


Papai

Yang kat bawah nie hanya untuk yang berminat je..




.



Monday, November 7, 2011

Senja bersama sony Alpha..Esok nak Exam

.


Senja bersama pepatung
Sony Alpha and Minolta 100-300
ISO 100|F4.5|1/800


A
ssalammualaikum...

Huh...Esok exam jam 9.00am..Risau lak takut tak sempat nak ulang kaji pagi esok..Erm set jam 3.00am..Bangun and bukak buku..Blaja blaja..Jangan nak on Blog je..Malam nie Wan tak leh nak Blogwalking k.


Petang tadi nak hilangkan tension blaja Wan pergi lah kebun and tembak gambar sunset..Gambar kat atas tu gambar yang Wan ambik..Sila komen taw..Ada pape yang tak ok tak kat gambar tu???


K lah korang..Doakan Wan dilapangkan dada untuk jawab peperiksaan esok dan hari hari seterusnya...


Papai


Klik jika sudi

Semoga segala yang dikongsi bermanfaat



-Invite your friends and get rewarded for sharing new promos and trends you love the most!

-Do you think you have what it takes to be the strongest?

-Zoom in for a car service and zoom away with an iPad 2!

-Imagine 2000-pound, 8-foot-tall steel robots battling it out in a boxing ring!

-Wanna go on holiday with your buddies?

-Don't bind your emotions, let it free!

-Invent your OWN game!





.