Friday, November 11, 2011

Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR

.



Assalammualaikum...

Terlompat lompat je jemari Wan masa menaip nie. Bagai menang hadiah berjuta juta dari Churp Churp..Sebelum Wan mulakan entri Wan mengenai Churp Churp nie , Wan nak kasi taw bahawa entri nie hanya untuk yang berminat saja..Kalau rasa macam tak percaya dan rasa tak berbaloi. korang boleh ke entri yang lain k . Wan tak paksa korang baca dan Wan tak paksa korang sertai Churp Churp nie..Apa yang Wan nak ialah berkongsi apa yang Wan dapat dari Churp Churp nie..Rezeki macam nie tak kan nak makan sorang sorang kan..Apa salah nya berkongsi salah satu sumber pendapatan Wan dalam dunia Blog nie kan.


Bagi yang dah tahu Churp Churp nie , kalau nak teruskan pembacaan dipersilakan dan kalau tak nak boleh lah membaca entri yang lain..Bagi yang masih belum tahu lagi..Korang dipersilakan mendaftar Churp Churp..Tak tahu cara nak daftar ???Jangan risau korang boleh tengok Tutorial yang Wan sediakan nie..

-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik


Dan mesti ada yang tertanya tanya ...Macam mana nak dapat income dari Churp Churp dan ada jugak yang tanya Wan "Daftar Churp Churp nie perlu bayar ke?" .


Kalau korang nak tahu Churp Churp nie tak perlu modal dan tak perlu yuran apatah lagi nak bayar dengan mereka ..Apa yang perlu ialah daftar macam daftar Facebook je..Korang boleh tengok Tutorial Daftar tu k..Dan kalau korang nak tahu jugak , cara nak dapat pendapat Churp Churp nie amatlah mudah..Apa tidak nya korang hanya perlu berkongsi iklan dengan rakan rakan facebook , email , Twitter ,Blog atau di forum forum korang ..Tapi ingat Perkongsian iklan nie pun ada batas nya..Jangan SPAM kat tempat orang taw.Dan jangan terhegeh hegeh nak klik iklan sendiri sampai beribu kali..Pasti dan amat pasti kalau korang klik iklan sendiri beribu kali dan SPAM tempat orang , Korang sampai tua pun tak kan dapat Income yang berbaloi baloi.Wan ada sediakan Tutorial Share iklan Churp Churp nie..Kalau ada masa jenguklah k.


-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog


Owh ye terlupa lak Wan dengan tajuk Entri nie..Kenapa Wan letak tajuk "Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR" ..Mesti ramai yang tengah pasang mentol kat kepala tu kan..Ok ok Wan kasi taw nie..Sebabnya pendapat dari Churp Churp nie boleh bagi Wan koleksi terbaru untuk DSLR..Tunggu cukup dulu..Tak pun tunggu tahun depan sampai cukup cukup angkat DSLR terbaru untuk tahun hadapan..hehehe.

So korang tunggu apa lagi cepat cepat lah daftar..Mesti korang pun ada benda yang korang inginkan ...Betul tak??So sambil ber internet sambil kita mencari pendapat..


P/s: dah macam jutawan internet lak Wan kan..ehehhe.

Sekadar berkongsi


Yang kat bawah nie hanya untuk yang berminat je..



Papai

.





Wednesday, November 9, 2011

2 Exam dah 2 lagi akan datang..Taniah buat graduasi Icats

.



Assalammualaikum...


A
lhamdulillah , Dua paper Wan dah selesai.Tinggal dua lagi..Hope Dua paper selepas nie bertambah mudah..hehehe..Malam nie kalau sempat nak Blogwalking. Blogwalking mana yang sempat je..


Korang yang nak Final Exam tu Wan doakan yang terbaik untuk korang taw..STPM dan SPM ..Semoga korang dipermudahkan menjawab peperiksaan nanti..Amin..Semoga semua berjaya bagi yang berusaha.


Dan taniah kepada graduasi Icats yang baru saja konvo petang tadi..Taniah taniah...Wan bila lah lagi kan..ehhehe..


Papai

Yang kat bawah nie hanya untuk yang berminat je..




.



Monday, November 7, 2011

Senja bersama sony Alpha..Esok nak Exam

.


Senja bersama pepatung
Sony Alpha and Minolta 100-300
ISO 100|F4.5|1/800


A
ssalammualaikum...

Huh...Esok exam jam 9.00am..Risau lak takut tak sempat nak ulang kaji pagi esok..Erm set jam 3.00am..Bangun and bukak buku..Blaja blaja..Jangan nak on Blog je..Malam nie Wan tak leh nak Blogwalking k.


Petang tadi nak hilangkan tension blaja Wan pergi lah kebun and tembak gambar sunset..Gambar kat atas tu gambar yang Wan ambik..Sila komen taw..Ada pape yang tak ok tak kat gambar tu???


K lah korang..Doakan Wan dilapangkan dada untuk jawab peperiksaan esok dan hari hari seterusnya...


Papai


Klik jika sudi

Semoga segala yang dikongsi bermanfaat



-Invite your friends and get rewarded for sharing new promos and trends you love the most!

-Do you think you have what it takes to be the strongest?

-Zoom in for a car service and zoom away with an iPad 2!

-Imagine 2000-pound, 8-foot-tall steel robots battling it out in a boxing ring!

-Wanna go on holiday with your buddies?

-Don't bind your emotions, let it free!

-Invent your OWN game!





.



Sunday, November 6, 2011

Tutorial Photography : Belajar "bokeh" atau blur blur



.

F4.6|ISO 100|1/400|70mm

Assalammualaikum...


Meow meow..Bukan Wan nak cerita pasal meow meow Wan tu..Tapi dah alang alang nie nak perkenalkan lah meow meow Wan nie..Nama Monyeng masih single.Lelaki..ada ke meow meow korang yang nak..Hahaha.


Ok lupakan pasal meow meow tu..Seperti tajuk diatas ..Apa kata kita berkenalan dengan "Bokeh" dulu.."Bokeh" berasal dari bahasa jepun iaitu "boke" yang jika di direct translatekan bermaksud "fuzzy" dan "fuzzy" lak bermaksud "kabur" atau "blur"..Hah...dah faham kan ??So apa yang korang perlu untuk dapatkan "bokeh" nie..Mestilah kamera korang kan..Dan pastikan kamera korang tu mesti yang boleh zoom in and zoom out..Prime lens pun boleh kalau nak wat "bokeh" nie..Bergantung jugak pada kebolehan lens tu masing masing (aperture).


"Bokeh" jugak boleh dihasilkan dengan menggunakan lens yang boleh open aperture besar .tak taw aperture rujuk balik entri nie.apa itu "Aperture" .Contoh aperture yang digunakan 1.8 atau 2.8 .Makin kecil nilai aperture makin besar lah bukaan aperture .kalau korang ada lens yang boleh capai tahap tu semestinya "bokeh" korang akan dapat tahap bokeh yang paling ganas dipasaran.hahaha..bergantung dengan kemahiran jugak.Jangan lah lepas nie korang terus nak ugut mama or papa korang suruh belikan lens baru..Or korang pecah tabung korang tu.Tak pasal pasal mama or papa korang komen kat entri Wan nie lak..Suruh delete artikel nie..Jahanam lah Wan pasnie..


Kalau tak de lens tu nak wat camne???


Jangan risau standard kit lens pun boleh buat "Bokeh" nie..nak kata apa kan..Standard kit lens nie semua dia boleh wat lah..Jangan pandang rendah dengan standard kit lens..Dan kalau tak de duit tu tak yah nak terhegeh hegeh beli lens baru.Alasan standard kit lens low standard.Padahal standard kit lens pun ok jugak..Melainkan kalau korang memang dah tak boleh nak tahan untuk beli lens baru dan ada duit lebih..So beli je lah.Kalau memang betul betul minat dalam dunia Photography diharuskan membeli kalau tak minat tak payah beli.


Bagi Wan lak tak perlu lah Aperture sampai 1.8 nak dapatkan "bokeh".Aperture 4.6 pun dah ok..cuma "bokeh" tu tak lah menyebabkan peminat "bokeh" terliur..Hanya sekadar ok je..Tapi ok lah kan daripada tak de..Korang leh tengok macam gambar meow meow kat atas tu F4.6|ISO 100|1/400|70mm




Caranya senang je..Korang zoom kan habis habis lens korang tu..Zoom sampai habis dan pastikan objek korang tu zoom sehampir yang boleh..Kalau dah tak boleh nak pusing Zoom lens korang tu guna lah taktik yang kedua iaitu Zoom dengan kaki..Maksudnya Zoom gerak kedepan lah..melangkah kedepan.. berjalan..Aiyo tu pun tak taw ke??Bawak kamera sehampir hampir dengan objek.Dan lepas tu fokus lah objek korang..Dan snap lah..Guna mode Manual untuk dapatkan "bokeh" yang lebih lazat sikit lah..Belajar guna manual taw , penting kalau nak tembak gambar malam.Dan tempat yang gelap.."kenali kamera anda kenali manual kamera anda".Auto pun boleh tapi gambar tak pergh sangat lah..


Yang kat bawah nie Wan tunjukkan Bokeh hasil dari lens Minolta Wan...


Sony Alpha A350
Minolta - AF 100-300 xi F4.5-5.6
1/400|ISO 1600|f4.5

.



Saturday, November 5, 2011

Salam AidilAdha...

.


Assalammualaikum...


Esok raya esok raya...ehehhe..So camne hari korang hari nie???Apa korang buat??bakar lemang??Buat kuih??Tido??jogging??makan??hehehe..Wan hari nie Bakar lemang and sate..Nyam nyam..Lepas tu balik kampung..



Esok raya , isnin semua cuti kan???Wan tak taw nak update apa hari nie..Cuma nak wish Selamat Hari Raya AidilAdha..Sambil Wan wat entri nie..Wan tengok Majalah Tiga mengenai DSLR..Photography..Seronok gak tengok..ehhehe..Korang ngah wat pe lak tu??


Eh ..K lah korang...setakat nie je untuk hari nie..

Papai

Salam AidilAdha..


.



Tutorial Photography : macam mana nak ambik/snap gambar "Candid"

.


Assalammualaikum..

So kali nie kita nak belajar macam mana nak tembak gambar "candid" lak.."candid" nie bermaksud kita dapat rakamkan emosi dan keadaan pada masa tu..Bagi Wan gambar Candid nie lah yang paling bermakna dalam banyak banyak gambar..Pendapat Wan je lah..tak taw lah pendapat Photographer lain...Gambar kawen skang nie pun banyak yang "candid" kan..Formal ke tak formal ke "candid" tetap terbaik..So kalau nak ambek gambar "candid" nie pa yang kita perlu ialah..


1.Kamera / DSLR /DSLT

Mestilah ada benda nie kan..Kalau tak , macam mana nak tembak gambar kan..Betul tak??


2.Bawa kamera kemana mana saja

Yang nie bergantung gak.Kalau korang suka ambik gambar orang lain korang leh lah bawak kamera korang ke mana mana saja korang pergi..nak beli sayur pun bawak je lah..Apa guna kamera kalau wat duk terperap je kat dalam rumah kan..Bagi Wan lak..Wan akan bawak kamera waktu ada program dengan member or dengan saudara mara je.Or waktu jenjalan ke tempat yang best best..Tak termasuk jenjalan beli sayur taw..hahaha.Tu pun terpulang lah nak bawak ke tak..Bergantung dengan keadaan..


3.Guna telephoto lens (lens yang boleh Zoom)

Lens lak..Bila bercakap mengenai Lens mesti ramai yang tak de lens tele kan atau Zoom Lens yang panjang..So apa tindakan yang perlu..standard kit lens pun boleh kalau kita nak tembak gambar "candid" sapa kata tak boleh..Dah terbukti kan orang yang guna Handphone pun boleh snap gambar "candid" tak kan dengan lens 18-55mm atau 18-70mm tak leh nak ambik "candid" kot..tol tak??Yang nie kalau ada duit poket lebih boleh lah beraleh ke Telephoto Lens or Zoom Lens yang panjang.70-300mm atau pun 100-300mm dan banyak lagi zoom lens yang korang boleh guna..Kebaikan kalau ada lens Zoom nie korang dapat bersembunyi dari situasi yang korang nak "candid" tu..Makna nya korang hilang dari mereka semua.


4.Jangan guna Flash

Matikan fungsi Flash korang..Sebabnya korang pun tahu kan..kalau pasang flash situasi yang korang nak "candid" tu akan rosak sebab orang akan tahu korang ambik gambar..Dan kalau orang dah tahu korang ambik gambar mula lah member member atau saudara mara korang berposing depan kamera..Kan ke dah tak "candid" lagi...rosak rosak..ahhaha.


5.Ambil gambar banyak banyak(tembak saja macam mesingun)

Nie perkara yang wajib korang buat..Tak lah wajib sangat tapi hasil nya amat lah memberansangkan..Set kan kamera korang kepada continuous shooting mode kalau tak tahu macam mana , baca balik manual kamera anda.."Kenali kamera kenali manual kamera anda.. ".Bila ada banyak gambar yang korang tembak ..Korang boleh lah pilih mana satu gambar yang terbaik dari yang terbaik..tol tak??hehehe.Asyik asyik betul je..hahaha


6.set kan ISO Kamera anda

ISO nie pun kadang kadang penting jugak walaupun selalunya ketinggian ISO nie menggalakkan pertumbuhan Noise kat gambar korang tapi yang penting korang dapat rakam kan situasi tu kan daripada takde..ehehhe..Kalau Kamera mahal tak pe lah..Ada photographer cakap setkan ISO ke 400 dan banyak artikel yang Wan cari pun kasi taw setkan ISO ke 400..Wan pun tak pasti yang nie..Bagi Wan lak bergantung dengan keadaan kalau kat kawasan luar yang terang , ISO 100 pun dah ok tak yah tinggi tinggi ..Yang penting korang pandai ubah ubah setting kamera korang bergantung dengan keadaan..Set kan terus kemera korang kalau korang da sampai kat tempat tu.Kalau masih tak berapa pandai atau masih Noob macam Wan nie..Snap gambar dan ubah ubah setting.Try n error sampai dapat kualiti gambar yang terbaik.Cubalah bermain dengan exposure kemera korang " Exposure=Shutter Speed + Aperture + ISO" seperti yang dah kita belajar pada entri yang sebelum nie..




Sebenarnya banyak lagi cara nak dapatkan gambar "candid" nie tapi Wan hanya kongsikan beberapa teknik yang perlu je..Yang selebihnya Wan serahkan pada korang sendiri..Pastikan kedudukan korang untuk dapatkan gambar "candid" nie adalah pada kedudukan yang terbaik..


So selamat mencuba.

Ada orang kata Wan , dari pakar Adobe dah bertukar ke photography..hehehe.
Nak kata ape "Embak rilex jak lah"

Semuanya untuk dikongsi

.