.
Assalammualaikum..
So kali nie kita nak belajar macam mana nak tembak gambar "candid" lak.."candid" nie bermaksud kita dapat rakamkan emosi dan keadaan pada masa tu..Bagi Wan gambar Candid nie lah yang paling bermakna dalam banyak banyak gambar..Pendapat Wan je lah..tak taw lah pendapat Photographer lain...Gambar kawen skang nie pun banyak yang "candid" kan..Formal ke tak formal ke "candid" tetap terbaik..So kalau nak ambek gambar "candid" nie pa yang kita perlu ialah..
1.Kamera / DSLR /DSLTMestilah ada benda nie kan..Kalau tak , macam mana nak tembak gambar kan..Betul tak??
2.Bawa kamera kemana mana sajaYang nie bergantung gak.Kalau korang suka ambik gambar orang lain korang leh lah bawak kamera korang ke mana mana saja korang pergi..nak beli sayur pun bawak je lah..Apa guna kamera kalau wat duk terperap je kat dalam rumah kan..Bagi Wan lak..Wan akan bawak kamera waktu ada program dengan member or dengan saudara mara je.Or waktu jenjalan ke tempat yang best best..Tak termasuk jenjalan beli sayur taw..hahaha.Tu pun terpulang lah nak bawak ke tak..Bergantung dengan keadaan..
3.Guna telephoto lens (lens yang boleh Zoom)Lens lak..Bila bercakap mengenai Lens mesti ramai yang tak de lens tele kan atau Zoom Lens yang panjang..So apa tindakan yang perlu..standard kit lens pun boleh kalau kita nak tembak gambar "candid" sapa kata tak boleh..Dah terbukti kan orang yang guna Handphone pun boleh snap gambar "candid" tak kan dengan lens 18-55mm atau 18-70mm tak leh nak ambik "candid" kot..tol tak??Yang nie kalau ada duit poket lebih boleh lah beraleh ke Telephoto Lens or Zoom Lens yang panjang.70-300mm atau pun 100-300mm dan banyak lagi zoom lens yang korang boleh guna..Kebaikan kalau ada lens Zoom nie korang dapat bersembunyi dari situasi yang korang nak "candid" tu..Makna nya korang hilang dari mereka semua.
4.Jangan guna FlashMatikan fungsi Flash korang..Sebabnya korang pun tahu kan..kalau pasang flash situasi yang korang nak "candid" tu akan rosak sebab orang akan tahu korang ambik gambar..Dan kalau orang dah tahu korang ambik gambar mula lah member member atau saudara mara korang berposing depan kamera..Kan ke dah tak "candid" lagi...rosak rosak..ahhaha.
5.Ambil gambar banyak banyak(tembak saja macam mesingun)Nie perkara yang wajib korang buat..Tak lah wajib sangat tapi hasil nya amat lah memberansangkan..Set kan kamera korang kepada continuous shooting mode kalau tak tahu macam mana , baca balik manual kamera anda.."Kenali kamera kenali manual kamera anda.. ".Bila ada banyak gambar yang korang tembak ..Korang boleh lah pilih mana satu gambar yang terbaik dari yang terbaik..tol tak??hehehe.Asyik asyik betul je..hahaha
6.set kan ISO Kamera andaISO nie pun kadang kadang penting jugak walaupun selalunya ketinggian ISO nie menggalakkan pertumbuhan Noise kat gambar korang tapi yang penting korang dapat rakam kan situasi tu kan daripada takde..ehehhe..Kalau Kamera mahal tak pe lah..Ada photographer cakap setkan ISO ke 400 dan banyak artikel yang Wan cari pun kasi taw setkan ISO ke 400..Wan pun tak pasti yang nie..Bagi Wan lak bergantung dengan keadaan kalau kat kawasan luar yang terang , ISO 100 pun dah ok tak yah tinggi tinggi ..Yang penting korang pandai ubah ubah setting kamera korang bergantung dengan keadaan..Set kan terus kemera korang kalau korang da sampai kat tempat tu.Kalau masih tak berapa pandai atau masih Noob macam Wan nie..Snap gambar dan ubah ubah setting.Try n error sampai dapat kualiti gambar yang terbaik.Cubalah bermain dengan exposure kemera korang " Exposure=Shutter Speed + Aperture + ISO" seperti yang dah kita belajar pada entri yang sebelum nie..

Sebenarnya banyak lagi cara nak dapatkan gambar "candid" nie tapi Wan hanya kongsikan beberapa teknik yang perlu je..Yang selebihnya Wan serahkan pada korang sendiri..Pastikan kedudukan korang untuk dapatkan gambar "candid" nie adalah pada kedudukan yang terbaik..
So selamat mencuba.
Ada orang kata Wan , dari pakar Adobe dah bertukar ke photography..hehehe.
Nak kata ape "Embak rilex jak lah"
Semuanya untuk dikongsi
.