Friday, November 4, 2011

Tutorial Photography : Brand DSLR yang mana paling baik untuk dibeli

Entri di ilhamkan dari : http://tarmizishukri.com/fotografi/brand-dslr-mana-yang-paling-bagus


Assalammualaikum...


Mesti dah ramai taw kan..Kalau ditanya Brand mana yang paling bagus untuk DSLR antara "Sony,Nikon or Canon" , mesti korang akan dapat jawapan "Nikon" tak pun "Canon"..Kalau ditanya pada orang yang salah lak mesti dia orang akan memihak pada satu satu brand yang dia guna.Padahal dia orang belum try test lagi Brand yang lain..Mana ada kamera didunia nie diciptakan untuk jadi yang paling buruk..Betul tak??sedangkan kamera handphone Nokia N95 Wan pun boleh hasilkan gambar yang berkualiti..Bukan berdasarkan Kualiti apa ia nya semua bergantung dengan kemahiran si pengguna yang mengambil gambar..Betul tak??


S
o kali nie Wan nak beritahu kekuatan Brand DSLR tu masing masing..Setiap DSLR ada kekuatan dia sendiri..Canon , DSLR yang paling banyak Lens dan aksesori so Pro Photographer kebanyakan guna Canon.Erm...Bukan semua Lens yang kita nak guna kan..Tak kan sebab banyak Lens dan aksesori kita patut beli Canon??fikir sendiri lah kan..


Manakala bagi Nikon lak..Perincian terhadap Lens Nikon amat amat lah tinggi sebab Nikon mengutamakan Lens.Kenapa???Ada tak korang dengar Nikon buat TV,Printer, dan macam macam lagi??Berbanding Canon dan Sony..Dan daripada sumber yang boleh dipercayai (http://tarmizishukri.com) Sensor Nikon dibuat oleh Sony..

"Untuk pengetahuan korang jugak, sensor Nikon dibuat oleh Sony. Bila sensor dah sama, kualiti pun hampir-hampir sama. So janganlah berlagak sangat dengan orang yang pakai Sony ye..hehe.."

Sony lak..Brand yang dah macam macam yang dia orang buat..Dan tak mustahil nanti DSLR sony akan jadi satu kebanggaan dalam bidang photographer..Kelebihan Sony lak ialah ia dicipta dan diberikan roh "build it stabilizer" So Lens yang murah pun korang leh padat kat DSLR nie ..Lens yang tak de Stabilizer..Dan kalau korang nak tahu Minolta adalah Sony..Sony telah mengambil alih Minolta pada thaun 2006 dan diberi penjenamaan semula kepada "Sony Alpha"..Minolta adalah satu lagenda dalam bidang Photography pada suatu masa dulu..


S
o Korang pilih lah mana satu yang korang nak guna...Wan sendiri guna Sony Alpha A350 dan A230.Korang buat lebih banyak kaji selidik kalau nak beli DSLR nie..Jangan tanya dengan orang yang bengap kalau nak beli DSLR mana yang baik..Semua nya terbaik..Kalau setakat nak guna DSLR untuk suka suka dan hanya nak guna MODE AUTO yang disediakan oleh DSLR baik korang beli je Digital camera yang harga rm300 keatas..Sama je dan mungkin lebih baik dari korang guna DSLR nie..tak de Bokeh tak pe..Janji korang tak bazirkan duit nak beli DSLR nie..Banyak Noise pun tak pe ..Noise is art...Kalau korang bersedia nak belajar lebih banyak lagi mengenai DSLR dicadangkan belilah DSLR sebijik..


Kesimpulannya ...Tak de brand yang paling bagus dalam photography semuanya terbaik..Apa yang penting kemahiran seseorang tu..

"Its not the Camera but the man behind it
That make the Shot Superbbbzzz"


Papai..


Kenali kamera anda dan kenali manual kamera anda..
Next to go "sony alpha A77"


.




Thursday, November 3, 2011

Tutorial photography : apa itu "Aperture"

Sumber : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/01/photography-aperture.html

Hari tu kita dah belajar serba sedikit pasal shutter speed kan. So hari ni kita belajar pula pasal Aperture. Apa kebendanya aperture ni. Dalam istilah saintifiknya.
Aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak la cahaya boleh masuk. Kalau bukaan kecil. Sikit lah cahaya boleh masuk. Prinsip ni sama konsep dengan mata kita.
Aperture ni kalau kita tengok pada kamera, selalunya dia di labelkan dalam format "f-stops". Contohnya macam ni f/1.8, f/2.8, f/4, f/22.... dan banyak lagi lah. Cuba korang check range aperture kat lens korang. Mesti ada tulis.

jom tengok pula rupa bentuk aperture dan macam mana dia berfungsi...


Rupa Bentuk Aperture

Haa, ni la rupa bentuk dalam lens dan yang macam bunga tu la aperture.


Photobucket
Macam ni la rupanya bila aperture terbuka dan tertutup.

Di bawah ni adalah contoh yang amat jelas. Bila bukaan aperture luas ( f/1.4 ). Maka cahaya dapat masuk lebih banyak dan bila cahaya masuk terlalu banyak, kawasan fokus akan menjadi terhad. Tapi bila bukaan aperture kecil ( f/16 ), cahaya yang masuk akan kurang dan lensa boleh memfokus dengan lebih baik. Korang faham tak?

(gambar dari: shortcourses)

contoh lain
  1. f/4: Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk. Maka kawasan fokus akan terhad. kawasan yang berada di belakang objek akan menjadi kabur ( Bokeh )
  2. f/8: Bukaan aperture sederhana. Cahaya masuk tidak terlalu banyak. Maka objek dapat difokus dengan lebih baik. Tapi bahagian belakang masih lagi kabur/blur ( Bokeh )
  3. f/22: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat masuk sedikit. So, objek dan belakang objek dapat di fokuskan dengan lebih baik.
Contoh gambar


Kesesuaian Aperture

Kalau dalam dunia fotografi, selalunya nombor aperture yang besar ( contoh: f/22 ) digunakan untuk menangkap gambar pemandangan atau apa2 jenis gambar yang memerlukan detail yang lebih. Contohnya macam gambar kat bawah ni.
(gambar dari koleksi national geographic)

Kalau nombor aperture yang kecil pula ( contoh: f/1.8 ), ia sangat sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait, wedding dan macro. Sebab dioa dapat mengasingkan gambar background dengan objek. So object akan nampak lebih menonjol. Contohnya macam gambar bawah ni
(gambar dari koleksi national geographic)

Rasanya tu je lah kot yang boleh di kongsikan. Nak kongsi lebih2, ilmu sendiri pon belum cukup banyak lagi. haha. Harap article ni sedikit sebanyak dapat la memberi input kat korang yang baru berjinak2 dengan DSLR ni ye. So, korang boleh la try explore2 fungsi aperture yang ada kat kamera korang tu ye.


.
Link



Tutorial Photography : Shutter Speed

Sumber : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/01/photography-shutter-speed.html

Salam semua, korang sihat tak? Sekarang ni ramai betul orang demam. Aku pon sekarang ni hampir2 nak demam. Silap2 esok demam la ni. Aduihhh. Hari ni aku nak ceritakan sedikit perkara asas pasal DSLR. Aku tengok sekarang, DSLR ni dah jadi macam 1 trend. Tapi malangnya ramai tak reti nak gunakan dengan sepenuhnya. Semua snap guna auto je. Rugi la macam tu kan, beli mahal2 tapi guna auto je. Tak menarik la. Baik pakai digital kamera je. Lagi bagus. Gambar pon cantik. So hari ni aku nak terangkan serba sedikit salah 1 "fungsi" yang terdapat pada DSLR.

Apa yang aku akan terangkan ialah SHUTTER SPEED. Apa benda shutter speed ni...

SHUTTER SPEED ni kalau bahasa mudahnya ialah "Kelajuan shutter/blade ditutup apabila sesuatu gambar tu ditangkap. Ini akan menentukan berapa lama gambar/image terdedah kepada cahaya. Kalau korang menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed). Gambar korang akan jadi lebih 'sharp' tapi kalau korang menggunakan shutter speed yang perlahan (slow shutter speed) gambar korang akan kelihatan lebih blur.

Ini antara diagram yang aku rasa kalau tengok, mesti korang boleh faham

Nampak kan digram tu. Penerangan yang sangat jelas. Shutter speed ni dikira dalam unit 'second'. Jika korang buat shutter speed yang perlahan. Penggunaan tripod sangat lah penting, kalau tak gambar mesti bergegar. Cuba korang tengok pula gambar kat bawah ni. Gambari ni menerangkan apa yang akan berlaku jika korang menggunakan fast shutter speed dan juga slow shutter speed.

shutter speed laju (1/1000) > shutter speed sederhana (1/60) > shutter speed perlahan (8 sec)

Tu la dia contoh penggunaan shutter speed. Dapirada yang laju sampai lah yang perlahan. Tapi macam mana nak setting pulak shutter speed ni?

Cara Setting

Ada 2 setting yang sesuai untuk digunakan iaitu:

(Manual Setting)

(Shutter Speed Priority)

Tapi korang boleh juga nak gunakan mode 'P' (Program) jika tak nak gunakan mode2 kat atas ni. Untuk memudahkan korang. Guna je 'shutter speed priority'. Sebab shutter speed je korang perlu adjust. Yang lain akan di adjust secara automatik.

Gambar macam mana yang korang boleh hasilkan

(shutter speed laju)





( Shutter speed perlahan )



contoh light trail

contoh light trail (untuk tutorial klik sini)

(semua gambar di atas adalah dari google)

Hebatkan contoh2 gambar tu. Macam2 jenis gambar boleh kita dapat dengan menggunakan shutter speed ni.

Jadi itu lah serba sedikit mengenai shutter speed ni. Seperkara lagi. Jika gambar korang gelap ketika menggunakan 'shutter speed laju' cuba gunakan flash. Gambar akan jadi terang. Ok lah, rasanya sampai sini je penerangan ringkas aku mengenai shutter speed. Harap kepada mereka yang baru pertama kali menggunakan DSLR. Boleh la main dengan shutter speed ni. Macam2 gambar boleh buat.

Nantikan pula post2 lain mengenai photography ni seperti iso, apature dan setting2 yang lain. Jika korang rasa ada fakta2 yang tersilap atau terkurang. Boleh la kongsi2kan kat ruang komen ni ye. Kita sama2 belajar. Baru best, ada interaksi 2 hala. Kita sama2 kongsi ilmu.



.



Wednesday, November 2, 2011

Kami SARAWAK , adakah kami masih tinggal atas POKOK??

.
Assalammualaikum...


M
egah megah kenyalang megah...Megah megah terbang di awan...Kekadang tersentuh rasa hati bila Laungan Satu Malaysia hanya sekadar meniti dibibir.Padahal hampir berbuih buih warga pendidik dan warga politik melaungkan seruan Satu Malaysia agar kita seluruh warga Malaysia menyahut seruan kerajaan.


Isu ke-negerian bukan satu isu yang boleh diporak peranda dan dibahan bahan untuk mendapat publishiti murahan..Yep, aku warga Sarawak dan aku punya ramai kawan sabah dan jugak semenanjung tapi adakah kalian semua mengetahui yang aku berasal dari Sarawak kawan kawan Maya ku ??Adakah kalian semua mengamalkan Satu Malaysia??Jujur kami katakan kami Warga Sarawak dan Sabah telah mengamalkan Satu malaysia sebelum ia diperkenalkan..Sabah Sarawak seperti satu negeri..Satu negara..Satu Malaysia..Adakah kalian warga Semenanjung sebegitu??Adakah kalian mengetahui kami di Sarawak mempunyai pelbagai Kaum , latar belakang , agama , bangsa dan Bahasa..Satu Negeri yang besar namun tetap bersatu tanpa mengenal warna kulit dan tutur bahasa. Adakah kalian ketahui kami hampir menjadi sebuah Negara??Sejarah sejarah..


Ini bukan isu ke-negerian tapi ini isu hak..Adakah kalian warga semenanjung mengetahui apabila memasuki Sarawak kalian perlukan pasport malah warga Sabah turut memerlukan pasport jika hendak memasuki Sarawak..Adakah Kalian lupa Sejarah semasa perjanjian Sarawak untuk menjadi sebahagian dari Malaysia???Adakah Kalian tidak berpuas hati dengan Hak hak kami sebagai warga Sarawak??Kenapa merungut??


Hati sapa tak berdarah seandai kami warga Sarawak dan Sabah sering dipertikaikan kewargaan??Kenapa kami sering disisihkan..Kenapa kami sering dinyatakan dengan "Warga Malaysia Sabah dan Sarawak" adakah ini menunjukkan kami Sabah dan Sarawak bukan dalam malaysia.??Adakah kami bukan warga Malaysia???


Tepuk dada tanya selera tanya sejarah tanya hati..Adakah kita Satu Malaysia atau sekadar laungan yang meniti dibibir??


Aku si pemartabat bahasa..namun tak kan hilang Loghat Sarawak ku.."kamek sayang kitak orang semua sebab ya kamek mok semua bersatu"


Kalau kamu kalian warga semenanjung ditanya

"korang sarawak masih tinggal atas pokok ke?"
"kalian semua masih pakai cawat ke?"
"Kalian semua pergi sini (semenanjung) pakai perahu ke?"

Adakah kalian masih terdiam atau terus melolong??kami tahu pembangunan ditempat kami tidak semaju tempat kalian..Kami tahu kami hanya sebuah negeri besar yang sering disisihkan tapi pernahkan kalian dengar kami warga Sarawak dan Sabah merungut bila harga harga barang naik??adakah kami Warga Sarawak dan Sabah selalu merungut??adakah kami selalu menolak perancangan kerajan??adakah kami BODOH atau Kami Warga Satu Malaysia???




Sekadar berkongsi pendapat tak terniat hendak mengaibkan atau menjatuhkan sesama Malaysia..Kami tahu bukan semua yang buta hati..Dan kami tahu hanya segelintir yang menolak sistem Satu Malaysia...


Kita tetap Sahabat kan..

Jika ada sebarang ketidakpuasan sila komen dengan bahasa yang baik baik..

Nak kata ape "Embak Rilex jak lah"


.



Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity


Sumber : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/02/photography-iso.html


Salam semua. Hari ni aku nak sambung balik pelajaran kira pasal perkara2 asas yang korang perlu tahu bila menggunakan DSLR.

Hari ni aku nak bercerita pulak mengenai ISO. Kalau korang perhatikan dekat kamera DSLR korang tu, mesti korang akan nampak tulisan ISO kan. So, apa bendanya ISO tu ? ISO9001 tu ke? Bukan2! tu iso lain. Dalam term photography,
ISO atau ASA ( American Standard Assosiation ) adalah satu cara pengiraan untuk kelajuan film (kodak) dan juga tahap sensitiviti /kepekaan pada cahaya.
Jom sambung baca lagi...


Kalau kita flash back waktu zaman2 penggunaan kodak. Kalau korang perasan. Setiap kotak kodak tu ada tulis nombor2 macam 200, 400, 800 dan beberapa lagi. Nombor2 tu semua adalah nombor ISO. Kepekaan film tersebut terhadap cahaya. Tapi sekarang dah tak pakai kodak, Jadi yang detect kepekaan cahaya tu adalah Sensor.

Macam Mana Nak Guna ISO ?
(gambar dari sini)

Cuba korang tengok situasi kat atas, aku akan cuba terangkan macam mana korang boleh menggunakan iso ni dalam kehidupan seharian. hahah!
  1. More Light - tengok pada kawasan more light, kawasan tersebut sangat terang sebab pancaran matahari direct. So korang tak perlu menggunakan iso yang tinggi. ISO 100 dah cukup memadai
  2. Less Light - Lihat kawasan belakang pokok tu. Cahaya tak banyak kan sebab terlindung dari matahari. Pada kawasan tu, gambar akan menjadi gelap sikit. So, ISO 400 dah memadai. Tapi kalau masih gelap, boleh tinggikan sedikit ISO.
  3. Lower ISO - Itu antara kawasan yang ideal untuk shoot gambar portrait. Sebab apa? Sebab cahaya yang datang pada kawasan tu dah cukup cun. So tak perlu nak pakai ISO tinggi sangat. ISO 200 dah cukup best.
So korang pahamkan cara penggunaan ISO ni. Tak susah mana pon. Kesimpulannya macam ni guide line untuk gunakan ISO:
  • ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
  • ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
  • ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
  • ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
  • ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Noise

Noise ni bukan bunyi ok. Tapi grain ataupun butir2an kasar pada gambar. Korang perlu ingat setiap kali korang menggunakan ISO yang tinggi, noise akan semakin bertambah. Jadi untuk mengelakkan gambar dari banyak noise. Gunakan ISO yang tidak terlalu tinggi. Kalau gelap guna lah flash

Cuba korang tengok contoh gambar kat bawah, nascaya korang akan paham apa bendanya noise tu. hahah!


Rasanya itu jela yang dapat disampaikan hari ni. Harap korang boleh la faham apa itu ISO. Setakat in aku dah terangkan 3 perkara asas yang utama untuk penggun2 DSLR. Kalau ada tersilap fakta sila la tegur ye. Aku ni bukan la perfect sangat pon. hihi.


.




Jenis jenis Lens (photography) , Kenali Lens DSLR

Sumber: http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/10/photography-jenis-jenis-lens-dslr.html

Salam semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni, berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan photography.Kita belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.

Rasanya kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...



KIT LENS

Kit lens (lensa standard) ini adalah lens yang selalunya akan disertakan sewaktu kita membeli DSLR. Selalunya lens ini dalam range (18-55mm) (18-70mm) (18-135mm) dan (18-200mm). Kualitinya tidak lah sehebat mana. Tetapi tak bermakna ianya tidak bagus kerana lens ini sesuai untuk digunakan dalam semua situasi tak kiralah aktiviti indoor ataupun outdoor. Jika korang just gunakan DSLR hanya sekadar suka2 maka kit lens ni dah cukup sempurna untuk korang menangkap gambar. Tak perlu nak beli lens mahal2

Kegunaan : Semua jenis situasi ( wedding, portrait, landscape, permandangan , street, dokumentari )
Range harga: Bermula dari RM800 dan ke atas

Contoh Gambar:


ULTRA WIDE ANGLE

Ultra wide angle selalunya digunakan untuk menangkap gambar dengan perspektif atau sudut yang lebih luas. Lens ini sangat sesuai untuk menangkap gambar pemandangan, architecture ( bangunan ) dan juga interior. Wide angle ni juga selalu digunakan dalam wedding photography kerana boleh mengkap perspektif yang lebih menarik dan imej yang lebih menonjol.

Kegunaan: Wedding photography, lanscape, architecture, interior, group photo.
Price Range: Bermula dari RM1500 dan ke atas

Contoh gambar:


FISH EYE LENS

Lens ni range dia lebih kurang dengan lens wide angle. Tapi yang membezakan lens ini ialah ianya dapat menghasilkan imej yang melengkung dan perspektif pemandangan belakang yang luas. Lens ini sesuai untuk creative shot kerana imejnya yang sangat unik.

Kegunaan: wedding photography, creative portrait, bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak
Price Range: Bermula dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:


PRIME LENS

Prime lens atau nama timangannya ialah fix lens. Kenapa fix? Kerana lens ini hanya mempunyai range yang tetap. Contohnya macam Canon 28mm f 1.8 . Lens ni tak boleh nak di zoom in atau pon zoom out. Walaupun rangenya fix, tetapi lens ini sangat sesuai digunakan untuk portrait shot. Lens ini juga sesuai digunakan jika korang inginkan efek bokeh ( blur ) yang hebat sebabnya lens ini mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga f 1.2.

Kegunaan: Portrait, Makanan, product.
Price range: Bermula dari RM290 dan keatas

Contoh gambar:


TELEPHOTO LENS

Telephoto ni selalunya digunakan untuk menangkap gambar objek yang jauh. Lens telephoto ni selalunya bermula dari range 135 sehingga 1000mm. Lens ni sangatlah besar dan berat kalau nk dibawa berjalan2. Sebab itu sekiranya korang ingin menggunakan lens telephoto ni seelok eloknya digunakan bersama monopod ataupun tripod. Lens ni juga sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait kerana mampu meng-compress background supaya gambar objek lebih menonjol.

Kegunaan: Sukan, Haiwan, wedding, portrait.
Price Range: dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:
Photographer yang menggunakan lens telephoto


MACRO LENS

Macro lens ini merupakan lens yang boleh digunakan untuk menangkap gambar dalam jarak dekat ataupun close up. Mesti korang pernah nampakkan gambar2 serangga yang ditangkap pada jarak dekat. Lens ni la yang diorang gunakan. Korang memang tak boleh gunakan lens lain kalau nak tangkap gambar pada jarak dekat sebab lens takkan boleh fokus. Jika korang nak cari lens macro yang bagus, carilah lens yang boleh menghasilkan 1:1 reproduction ratio sebab lens ini mampu memfokus dengan lebih dekat lagi.

Kegunaan: Serangga, tumbuhan
Price Range: Dari Rm1200 dan ke atas (lens yang kualiti macronya bagus)

Contoh gambar:

Jadi itulah dia 6 jenis lens yang selalu photographer2 amature dan professional guna kat luar sana. Setiap jenis lens ni ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi ada beberapa lagi jenis lens yang aku tak ulas sebab tak ramai yang pakai lens2 ni. Contohnya Tilt Shift Lens dan Lens Baby. Kalau korang nak tau pasal lens2 yang lain rajin2 la buat reseach ye. Jadi sebelum korang nak beli lens kamera tu, pilih la dengan sebaik mungkin mengikut apa yang korang nak tangkap. Takkan nak tangkap gambar pemandangan pon nak pakai macro lens kan. Tak berapa nak sesuai la pulak. haha. Nanti membazir je duit. Dah la harga lens ni beribu2.


.




Monday, October 31, 2011

Final EXAM bermula....

.



Assalammualaikum....

Ceh...Esok dah start masuk ke medan Final Exam Wan sempat lagi nak Post entri nie...hari nie dah selesai siapkan semua apa yang perlu..Dan sempat jugak tolong member siapkan projek dia orang..Syukur sangat dapat kerahkan sedikit bantuan kat dia orang..Bukan nak tunjuk Wan nie hebat sangat PLC tapi tolong menolong tu kan sesuatu yang indah.Kita tak tahu bila hari kita plak kan..betul tak?


Tak lama lagi Raya Haji kan..


Selamat menyambut Hari Raya Korban...Harap ada sesuatu yang Wan leh Korbankan nanti...


Papai

Doakan Final Wan
.



Saturday, October 29, 2011

Tukar template dah..Classic template ke Layout/design..


Assalammualaikum...


Seharian Wan ubah koding CSS Classic template ke Layout...Terus terang Wan kasi taw..Nak ubah koding lebih susah dari buat koding yang baru..Sedikit rasa sayang terbit dalam hati dengan pemergian Classic template yang Wan dah guna dari dulu...Dari kolum side kiri dan sekarang ruangan side ke kanan...Dah bertukar setiuasi dah..Hope korang suka dengan ruang tamu yang Wan dah ubah tempat dalam teratak nie..Warna pun dah Wan ubah..Selok belok koding pun Wan dah ubah..Payah sedikit nak mengendalikan Koding basic CSS nie..Mungkin dah terbiasa dengan rumit rumit Koding CSS yang High-level programming language..Banyak hukum hukum koding yang berbeza beza...Padahal bahasa tetap sama nak baca.Ada koding memang tak masuk dengan Template/Design yang Wan guna sekarang..Susun atur Koding mesti teratur berbanding Classis Template.Banyak lagi yang Wan nak plug in kan dalam Template baru nie..



Dengan Harapan Koding Template sekarang lebih ringan dari yang sebelum..Apa pendapat korang???Template Wan semakin simple tak???Tengok je Gadget dalam page element Wan tu sikit je tapi hasil kan banyak gadget dalam Blog kan.Wan padatkan kod dalam satu satu HTML gadget tu...Dan Wan rasa semua nie leh ringankan Blog..Hope berjaya kekalkan atau tambah SEO sebab pembacaan spider internet membacadari sebelah kiri atas sampai dengan bagian kanan bawah.Oeleh sebab tu jugak lah Wan tukar kedudukan ruang tamu Wan.Supaya setiap artikel lebih cepat terindeks.Kali nie Wan nak pentingkan SEO blog.


K lah korang...Tu je setakat nie..kalau korang ade apa apa cadangan sila komen diruang entri..banyak lagi yang Wan nak ubah kat blog nie..


P/S:Cool tak template baru Wan??


Papai

.