.
Klik untuk pembesaran Salam Korang...
Semoga hari Jumaat nie menjadi hari yang paling indah untuk permulaan kita melangkah ke Bulan Ramadhan...Esok sabtu dan lusa lak Ahad..Isnin Insya Allah kita akan mengerjakan ibadah Puasa ..Harap semua dah bersedia untuk berpuasa jangan lak hari pertama Ramadhan terlupa nak bersahur dan terlupa hari tu korang seharusnya berpuasa..Tak de alasan untuk meninggalkan puasa bagi yang mampu..
Teringat suatu ketika dulu..Zaman kecil kecil..Berpuasa hanya untuk menyambut raya je..Seronok berpuasa tak terkira sebab nya akan dihidangkan dengan makanan yang sedap sedap..Dari kuih yang beraneka jenis hinggalah air yang berjenis jenis..Dari lauk yang bermacam jenis hinggalah karenah yang pelbagai ragam.."Adeq nak tu..Adeq nak nie...Adeq nak kuih tu..Adeq nak lauk tu".. Lucu bila teringat Puasa "
yang yang yok" ..Betullah kan..kalau orang yang tak berpuasa nie dia lak makan melebihkan orang yang berpuasa..Kepuraan berpuasa adalah satu lakonan yang berjaya..Alah , korang pun sama masa kecik kecik kan..bukan Wan je..Tiap masa pun nak mandi..Alasannya sebab panas nak sejukkan badan padahal sambil mandi meneguk air setempayan...Segar bugar je wajah lepas mandi tu...huhuhuhuhu..
Zaman kanak kanak kan..Kalau tak berpuasa tak boleh makan semeja dengan orang yang berpuasa..hanya boleh tegok dari jauh je..nak tak nak terpaksa lah puasa "
yang yang yok"..Owh ye..Kita orang sekeluarga kalau masa berbuka nie tak makan atas meja tapi duduk dilantai ..dari dulu sampailah skang..Mungkin meja yang besar tu tak cukup nak muatkan lauk yang banyak..ahhaha..Ataupun mama ada alasan yang tersendiri..lebih baik agak nya makan bersila..
Tipu lah Wan , kalau Wan kata Wan sentiasa ingat hari tu adalah hari untuk kita berpuasa..Dulu masa hari pertama Puasa sering kali minum dan makan tanpa disengajakan..Orang dulu dulu kata..Rezeki bulan Ramadhan..Tak sengaja nak makan dan minum..Rutin harian lepas balik kelas terus minum dan makan..Padahal tak de makanan pun kekadang terus je ke dapur bukak peti ais..Nak buat macam mana bila terlupa..Korang ade ke story mory paasl Ramadhan korang yang lepas??Share lah kalau berminat..ehehhe..

Jangan lupa niat berpuasa...Berpuasa kerna Allah
Daripada Abu Hurairah r.a.,
sabda Rasulullah s.a.w.
Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap akan redha Allah
maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu
------------------
[Hadith riwayat Al-Bukhari, #37;] .