Monday, March 14, 2011

Kiriman Hadiah dari Kak Wansteddy dah sampai.

.

Salam korang...


Hari nie, hari hari Wan macam biasa je..Bangun pagi kemas rumah ..mandi makan dan lain lain..hehehe.Jam 12.45 berangkat dari rumah nak turun klaz..Klaz start jam 1 sampai jam 3 .Lepas klaz jam 3 Wan lepak jap dengan kengkawan kat kantin ..Dalam jam 3.20 petang baru Wan berangkat untuk balik ke rumah..Datang je kat simpang kampung dalam jam 3.45 petang,Simpang no dua Wan terserempak dengan Van Pos laju..Dalam hati memang dah terfikir dah mesti ada kiriman untuk Wan nie..sebab aritu Kak Wan dah kasi taw Kiriman hadiah dah dipos kan..Sila tengok entri nie Hadiah dalam perjalanan .Skang dah sampai dah..Tepat kat tangan Wan..Wan sendiri yang ambik hadiah tu dari abang pos laju..ehehhe..Seronoknya..


Nak tengok kandungan dalam hadiah tu??Jom serbu gambar Hadiah...



Selepas dibuka..


Yang kat bawah nie paling Wan suka...Kak Wan ade wat kad ucapan taniah..ehehhe..Comel comel..Wan simpan nie..



Law sesape tak ingat nie kontes ape..leh lah jenguk entri kontes Wan kat sini 'Make Up Ur Entry Contest_Wan Hazel Dolly,Hello Kitty dan Pink.'...Wan menang saguhati je..Terima kasih wat kak Wan..hadiah yang kak Wan beri tu Wan akan simpan dalam almari wat kenangan..Erm..Yang buku tu lak..Wan nak baca sebelum tido..ehehhee..Masih dalam perasaan yang seronok..



Ehehehe..Kak Wan..Next kontes mesti Wan nak join lagi...Korang terjah lah blog Kak Wan nie..jangan lupa Follow taw..mana lah taw ade kontes lain lain lagi..Tengok hadiah nie..menarik kan..Saguhati pun dapat hadiah menarik..

http://wansteddy.blogspot.com/

K lah korang...Tu je..

Papai..



.



Tutorial tajuk pada side Bar berlatar belakang/Background/Bergambar/icon/ dan kawaii

.




Salam Korang..

Kali nie Wan nak wat tutorial untuk side bar blog korang lak..Tutorial tajuk pada side Bar berlatar belakang/Background/Bergambar/icon/ dan kawaii..Tajuk pun Wan tak taw nak letak apa..Hentam je lah..ehehhe..Apa yang Wan maksudkan ialah macam kat gambar atas or bawah nie..ehehe.



Yang kat atas nie sebelum di ubah suai.Dan kat bawah nie dah di ubah suai..



So ada tak sesape yang berminat??Tutorial nie hanya untuk design/layout template je k..Classic template tak leh k.Template yang Wan gunakan pada WanhazelJunior ialah Minima Template...Wan tak pasti law template yang korang gunakan boleh atau tak..Backup template korang dulu k.

Jum Tutorial..

Mula mula korang wat dulu background untuk bahagian side korang tu..Guna adobe or apa apa medium editing..Law susah sangat nak edit..Korang ambek je gambar kat bawah nie..ekot size dia k..Wat macam kat bawah nie..kosong je..tak yah tulis apa apa..Untuk wat box macam kat bawah nie..Korang leh tengok tutorial nie "Tutorial Art Word (Kawaii cute Fonts)"..Korang tengok tutorial untuk design 2 k..tengok camne nak wat kotak tu je .Save dalam format .PNG.



Law dah selesai tu..Korang ambek kod HTML untuk Box yang korang wat tu...Tengok link nie untuk dapatkan link gambar.."Tutorial nak dapatkan kod gambar/photo"

Dah selsai dapatkan link gambar tu..Korang Edit HTML blog korang lak


Dashboard>Design/layout>Edit HTML
Tick expand widget


Lepas tu korang cari kod ..CTRL+F untuk memudahkan pencarian.


/* Header


Law korang dah jumpa..Korang copy kod bawah nie dan paste diatas kod yang korang cari tadi.

_________


/* Sidebar Content
----------------------------------------------- */
.sidebar {
color: #000000;
line-height:10px;
padding:8px;
margin-bottom:10px;
}
.sidebar h2 {
background:transparent;
background-image:url(LETAKKAN KOD BOX KORANG
);background-repeat:no-repeat; background-position:center center;
color:#ffffff;
padding:18px 0px 0px 46px;
font-weight:bold;
font-size:20px;
line-height:59px;
text-transform:none;
letter-spacing:1px;
text-align:left;
border:0px solid #070200;
}
.sidebar ul {
list-style:none;
margin:0 0 0;
padding:0 0 0;
}
.sidebar li {
background:url("") no-repeat 2px .08em;
margin:0;
padding:0 0 5px 10px;
margin-bottom:2px;
text-indent:3px;
line-height:10px;
}
.sidebar .widget, .main .widget {
border-bottom:0px dotted #faac04;
margin:0 0 0.5em;
padding:0 0 0.5em;
}
.main .Blog {
border-bottom-width: 0;
}
//Http://wanhazel.blogspot.com/



______________


LETAKKAN KOD BOX KORANG
Korang gantikan masuk kod HTML Box korang kat sini

18px 0px 0px 46px;
Korang ubah kod yang berwarna hijau tu je k..Ubah nombor nya..Try and error untuk kedudukan tulisan korang dalam Box tu..Lain lain korang leh godek sendiri.


Selepas tu klik preview..Law tak de error or sesuatu yang buruk terjadi..Korang save je...


So selamat mencuba.


.



Sunday, March 13, 2011

Penduduk Sabah diharap berjaga jaga..Doakan untuk sabah..

.



-----------------

D
i sepanjang pantai Putatan, Sabah. Semua siput yang muncul adalah reaksi haiwan terhadap bencana yang akan datang. Siput ini selalunya bersembunyi di bawah pasir. Reaksi siput ke permukaan adalah hal yang tak biasa dan tidak wajar! Ini seperti kejadian awal pekan di pantai California dibanjiri ikan tuna mati terdampar. Mari kita sama-sama berdoa untuk negeri Sabah.


-----------(copy 100% dari aliff cullen/facebook)

--------------------

Penduduk Labuan, Sabah dinasihati jauhi pantai

Sila jauhi mana-mana pesisiran pantai di Malaysia (Sabah, Terengganu) kerana kemungkinan tsunami boleh sampai ke Malaysia.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak di 38.3 darjah Utara dan 143.3 darjah Timur, 4,391 km dari Timur Laut Kudat, Sabah."Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," kata kenyataan itu yang menambah jabatan itu juga sedang memantau perkembangannya.
Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai berikutan laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.


-----------Bernama


Rakyat Malaysia pun harus berhati hati dan banyakkan berdoa untuk rakyat dan diri kita..macam macam dah jadi kat Asia nie...Inilah tanda-tanda akhir zaman untuk peringatan bagi mereka yang yakin akan hadirnya ia...bagi yang tak sedar lagi,insaf la...sementara pintu taubat masih terbuka..

Renungkan segala yang terjadi dimuka Bumi ini..

-Disaat kita mengejar kekayaan dan kejayaan dunia maka semakin hampirlah kematian kepada kita-


.



CNN laporkan isu penghinaan Berita harian mengenai Tsunami Jepun!



.



Macam lak isu kat Malaysia nie...Kadang kadang media cetak nie memang tak nak tapis tapis lagi isu..Skang Wan rasa malu lak..sebagai negara Islam ditimur..Jatuh reputasi kita..Lepas nie tak heran lah law ade pape jadi denagn persahabatan jepun dengan Malaysia..Dari segi ekonomi dan pelbagai pelbagai lagi..


Setahu Wan..pihak Berita Harian dah mohon maaf atas kejadian nie..Rakyat Malaysia leh lah maafkan..Tapi Masyarakat dunia camne???"Tepuk dada tanya selera"

Korang leh jenguk kat sini..http://ireport.cnn.com/docs/DOC-570978

Baru beberapa jam disiarkan berapa ramai dah rakyat dunia View

Hm..

Mentaliti Masyarakat dunia dah di suap dengan isu yang entah ape ape..Gurauan tahap gaban kot..



.



Asal cuti Sekolah je lembaplah Line streamyx (wifi)

.


Salam Korang...

Skang dah cuti sekolah kan..So selamat bercuti bagi bebudak sekolah.Wan tak cuti bab dah cuti aritu cuti midterm.Cuti cuti pun jangan lupa nak study k...Pelajaran tu penting..Dan waktu cuti nie gak ramailah yang yang akan makeover Blog kan..tul tak??Eh ade ke??ehehe



Hari Ahad dan cuti nie berlambaklah saudara mara Wan menjengah ke rumah dan memadatkan diri ke dalam bilik..Alahai..nak merehatkan diri pun susah.Dengan lappy adik beradik Wan ditambah lak dengan lappy saudara mara Wan..Bilik pun bertabur dah..Hais...Geram geram..Baring sana baring sini..



Dekat meja makan lak.ada dua orang lagi.Lembap nye line streamyx Wan kali nie..nak Blogwalking pun susah..aiyo...Lembap lembap..Tapi tak pe lah...Meramaikan lagi bilik dan rumah Wan..ehehehehe..


K lah korang...

So camne cuti sekolah bagi korang??seronok..

.



Tutorial Elakkan entri dicopy dan CTRL+C..Entri tidak boleh dihighlight.



.



Salam korang..

Kali nie Wan nak wat tutorial elakkan Entri korang dicopy disalin menggunakan CTRL+C..Dulu Wan ada wat Tutorial Disable right klik. Tapi cara nie boleh dihack dengan menekan serentak CTRL+C selepas artikel kita di highlight..Tutorial kali nie lak..Nak highlight text pun tak leh..So Tutorial nie mungkin yang terbaik bagi sesape yang nak melindungi artikel dia orang..Bagi Wan lak..Wan tak nak guna nie koz apa yang ada kat Blog wan..Semuanya untuk dikongsi..Korang Wan tak taw lah..eheheh..Law nak tengok contoh klik link nie..wanhazelJunior..korang try lah highlight text kat situ boleh tak..?Mesti tak leh

So law korang nak wat..

Jom Tutorial..


Bagi pengguna Design/layout Template.

Dashboard>Design/layout>Add GAdget>HTML


Selesai tu..Korang copy kod kat bawah nie..dan save diruangan HTML gadget tu..
_________________


<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- © Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/

function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}

//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script>



_______________
So tu je..


Selamat mencuba..


.



Tutorial Buang/remove Navbar pada Blog



.



Ok kali nie Wan nak wat tutorial Remove Navbar pada Blog lak..

Untuk pengguna design template

Dashboard>Design/Layout>Edit HTML
tick expand widget

Lepas tu korang cari kod nie CTRL+F untuk memudahkan pencarian..

/* Variable definitions
====================


Law korang dah jumpa..Korang Paste lak kod nie kat atas kod yang korang cari tu..

#navbar-iframe { display: none !important; }



Dan jadi macam kat gambar bawah nie k..



So selesai..

Selamat mencuba.

.



imbas kembali_kisah Puasa dan raya adeq...









"Mama, raya dah dekat"

adeq jerit jerit sambil melompat.


Sedangkan puasa baru je setengahari . Hari tu, adeq gembira sangat,pertama kali puasa katakan. Adeq ingat masa malam sebelum puasa, masa tu adeq betul betul fikir orang yang pakai songkok kat TV tu nak kasi taw esok raya,tapi upe nye puasa. Lucu plak,huhuhu, papa ajar adeq niat puasa, papa ajar baca niat puasa untuk sebulan


'sahaja aku berpuasa pada tahun ini dibulan Ramadhan kerna Allah Taala' .


Adeq tanya papa bleh ke niat camtu. Nanti lepas bulan Ramadhan bleh tak adeq niat doa makan untuk setahun tak yah lah adeq bace doa makan hari hari. Papa senyum je, mesti papa setuju kot.


"Mama,papa !!! adeq tak sabar nak raya, adeq nak baju baru".

Tapi mama cakap, law tak puasa tak bleh raya. Adeq mula lah susah hati. Hari pertama puasa, adeq tido je, mandi pun dua tiga kali, mama plak macam tahu tahu je adeq tertelan air. Nak kate mama ade magic, tak jugak, mama mesti intai adeq mandi kot, malu lah adeq.


Satu petang tu,mama ada kantoi kat adeq,mama rasa masakan mama.

"aha,mama tak puasa,aha,adeq nampak,aha, Tuhan marah".

Sambil adeq tunjuk tunjuk kat mama.

"eh, mama tak bleh puasa lah,sshh,diam diam"

mama tutup mulut adeq dengan jari mama. Masa tu adeq nak tanya, nape mama tak bleh puasa? . Tapi adeq ngantok sangat,sampai papa datang rumah pun adeq tak sedar.


Adeq heran, nape papa tak penat puasa, papa keje, tapi tak penat ke? Adeq tanye papa.

"papa, papa puasa mamam je ke?"

papa gelak je, lepas tu papa tanye adeq plak

"camne puasa mamam je deq manje?".

Adeq suke sangat papa panggil adeq , adeq manje.

"alah papa nie,buat buat tak taw plak, puasa mamam tu,puasa yang bleh minum air"

satu satu adeq sebut,tapi berulang ulang sebab papa tak faham. Susah nye cakap ngan papa.


"adeq,adeq cepat panggil papa, dah nak azan magrhib nie"

mama kat meja makan sambil hidang makanan sambil panggil adeq.

"yey,yey dah bleh mamam"

adeq terus ambik kuih warna merah jambu yang berlapis ngan warna putih, tengok warna je pun dah sedap. Belum sempat g kuih nak masuk mulut, mama dah tahan tangan adeq.

"Belum berbuka lagi sayang"

mama buat muka comel sambil geleng geleng kepale kat adeq. Comelnye mama.



Dung,dung,dung,dung

entah ape yang bunyi tu, adeq masih tak tahu bunyi ape tu(adeq akan kasi taw,law adeq dah taw nanti). Lepas tu terus azan. Papa baca doa berbuka,adeq dan mama pun ekot skali.

"nah mamam kurma nie"

mama kasi kat adeq,mama suapkan.

"tak nak lah mama"
" buka mulut tu cayang,mamam kurma ekot sunnah Rasul"

mama pun nganga mulut. Adeq mamam je, erm, manis nye. Sedap.


"papa,papa, kite nak ke mane nie? Tak solat kat umah je ke?"

adeq tanye papa sambil tarik tarik kain pelikat papa.

"kite nak g masjid sembahyang terawih"
"sembahyang tawareh?mama ape tu?"...
"a ah, sembahyang terawih, bulan Ramadhan umat islam digalakkan menunaikan sembahyang teraweh"
"ooo, gitu ye mama"


Mama goyang goyang badan adeq,

"adeq bangun nak, kite sahur"

kacau ah mama nie,adeq nak mimpi pun susah... Adeq marah marah mama dalam ati. Maaf ye mama. Pagi nie nak turun sekolah plak. Mama nie,ngantok lah adeq kat sekolah. Adeq sahur minum air je,mam nestum pun skit je,lepas tu terus tido balik.


Mama kejutkan adeq g.

"bangun... masa untuk ke sekolah"

kali nie,adeq betul betul susah nak bangun. Tapi adeq bangun gak,bab mama garang, tarik tarik kaki adeq.


Kat sekolah,semua kengkawan puasa. Kecualilah yang bukan beragama islam. Masa rehat,adeq jelez tengok kengkawan yang bukan beragama islam minum. Adeq minta sikit minuman dia orang. Sikit je Tuhan tak marah kot. Macam macam ragam je adeq tengok. Ada plak kawan adeq cakap, puasa telan air liur pun tak bleh...betul ke?


Ari nie cikgu kasi buku laporan..... Mesti mama dan papa suke.


Ring,ring,ring,

lonceng sekolah pun berbunyi, adeq lemah tak dapat nak lari cam biase. Nak ke kreta mama pun adeq ase jauh sangat. . . Masuk je kreta mama, wah,slesanye,sejuk. Adeq senyum senyum je kat mama.

"mama cikgu dah kasi buku laporan,adeq dapat no 2,adeq nak adiah peti sejuk yang banyak cekrem".
"nanti kasi kat papa k"

mama senyum je.


Adeq tunggu papa balik keje. Upe nye,papa yang belikan kuih muih untuk berbuka,ingatkan mama yang wat. Tak dapatlah adeq nak bangga nie.hmm.

"papa,adeq dapat no 2"

adeq lari terus kat papa.

"meh sini papa tengok, eh nape dalam semua mata pelajaran adeq nie, satu je C, yang len semua A?"
"Ape tu papa"

adeq tanye sambil garu kpale.

"nie,bahasa inggeris nie,nape C"
"owh,yang tu,semua mata pelajaran adeq ada dwi bahasa,yang bahasa inggeris tu je tak de dwi bahasa,tu lah adeq tak dapat nak jawab".


Papa terus risau. Adeq tak taw plak ape yang papa risaukan, mama plak gelak gelak kat adeq. Adeq tringin nak taw dwi bahasa tu ape. Papa dah terangkan kat adeq,adeq masih tak faham gak. Papa kate matapelajaran tu memang tak bleh ade dwi bahasa,bahasa inggeris,bahasa inggeris je tak de bahasa melayu. Adeq tetap tak faham.


Lip lap lip lap,

jap je masa berputar. Malam nie,adeq skali lagi tengok orang yang pakai songkok kat TV. Kali nie plak orang tu nak kasi taw esok raya. Yey yey esok raya. Papa dan mama dah wat persiapan nak balik raya.


Adeq,mama dan papa malam tu terus balik raya. Papa ngantok,mama tido dalam kreta, adeq plak tengok pemandangan sekeliling. Papa bawa laju.


Semua bertukar hitam.. Bila adeq buka mata,adeq dah kat tempat len dah. Semua sibuk tengok adik. Mane mama,mane papa..? Adeq dapat jerit dalam hati je. Mama... Papa... Mane mama,mane papa. Tetibe je airmata adeq mengalir. . . Hangatnye setitis air mata. Adeq harap sangat dapat sambut aidilfitri tahun 2010 nie dengan mama,papa,atuk,nenek,pak lang,mak lang semua keluarga adeq. Tapi nape mama dan papa tinggalkan adeq.


Maafkan adeq law adeq tak puasa sungguh sungguh. Maafkan adeq papa, sebab tak bleh dapat A dalam bahasa inggeris. Maafkan adeq sebab tanya banyak banyak kat papa. Mama,adeq nak tengok wajah comel mama pagi raya nie. Adeq nak cium tangan mama,cium pipi mama macam yang kat dalam TV. Adeq tak nak ang pau, adeq cuma nak papa dan mama. Mama,maafkanlah adeq sebab lepas tengok TV adeq tak reti nak tutup.


Baru adeq taw, mama dan papa sangat bernilai dalam hidup adeq.


*TAKBIR RAYA


Adeq dengar irama tu,sayup sayup masuk telinga adeq.

"adeq,bangun cepat"

nie suara mama ke, nape mama tak tarik kaki adeq...

"adeq bangun,dah raya dah"

suara papa plak kedengaran diselang dengan suara takbir. Adeq perlahan lahan buka mata. Rupanya,mama dan papa masih ada depan adeq, adeq senyum balik. Syukur sangat bila taw yang semua tu mimpi. Adeq terus peluk mama.

"dah,dah cepat mandi,nak g masjid tak? Atuk dah tunggu tu".


Balik je dari masjid lepas sembahyang raya. Adeq terus salam kat papa,adeq terus peluk mama... Selamat hari raya mama...papa,selamat hari raya.




Adeq dan keluarga nak ucapkan "selamat hari raya maaf zahir dan batin"


















.



Friday, March 11, 2011

Carilah Blogger idola kalau nak Blog gempak...

.


Salam korang...

Skang nie nak update entri pun dok berkerah otak nak fikir apa yang nak di update..Hahhaa...Nak wat tutorial pun dah tak de masa sebab sibuk dengan tugasan kolej dan tempahan..Tapi jangan risau bila Blogger dah ketagih dengan Blog apa apa crita pun leh jadi isu kan..Tol tak??erm..ade ke yang nak baca entri kita tu je lah persoalan skang nie..


Ramai gak blogger yang dah tak de hati nak tulis entri..sebab nye tak de orang nak komen entri..nape erk orang tak komen entri..???

kenapa orang tak nak komen Entri anda..??? camne nak watkan orang komen entri anda.


Dalam pada kita berblog nie mesti ada yang terlepas pandang..Penggunaan bahasa yang kasar..Dan bahasa yang entah apa apa..Wan taw..mesti ada yang kata "sukati aku lah nie Blog aku"..Law ada yang cakap macam tu bek tak yah wujudkan Blog..tulis je dalam buku diari korang..tak de orang nak komen or kasi pendapat kat korang..hehehe..gurau je..wat je lah pape kat blog korang tu..tepuk dada tanya selera


Owh ye..korang ada tak Blogger yang korang minat sangat???maksudnya korang suka baca entri dia orang dan jadikan dia orang sebagai semangat untuk korang berblog dan jadikan dia orang sebagai panduan dan contoh dan cetusan idea ..(brapa banyak dan dan nie eh).Mesti ada kan.




Law Wan..Wan ada sorang Blogger yang Wan jadikan idola..Bukan saja dari design vector malah cara beliau berkarya...Blogger nie ialah Kak Wan..http://wansteddy.blogspot.com/.Bagi Wan..Kak Wan nie berkarya dan memuntahkan idea dalam penulisan sangat sangat seronok dan mudah untuk ditelan tanpa dikunyah lumat..Senang untuk dihadam..Bahasa yang digunakan pun melambangkan Kak Wan nie seorang yang gemarkan sastera..Wan sempat berborak panjang dengan Kak Wan di laman sesawang mukabuku (faceBook) suatu masa dahulu..(masih ingat kah kamu Kak Wan.hehehe)..berkongsi cerita..meluahkan rasa..berkongsi pendapat..alangkah seronoknya seandainya semua Blogger sedemikian..Tak minta disuapkan namun berusaha sedaya upaya..


Dalam mencipta nama dalam dunia Blog nie..pelbagai rencam penduduk Blogger yang kita kenal..Ada yang sekejam kejam nya dan ada yang terlalu minta dimanja...Sehinggalah suatu masa kita sedar atau lebih matang..Rupanya kehidupan Blogger nie bukan sekadar menempa nama dipersada sesawang "dot com" tapi berkongsi apa yang terbuka dijiwa malah meluah rasa agar tiada kesepian kesendirian..


Teknik penceritaan yang menarik paling penting dalam penulisan Blog untunglah seandai ada yang tak pernah renggang dengan novel atau terlalu cintakan bahasa..kerna Bahasa lambang kita dan dari bahasa lah kita mampu menarik ramai pembaca atau mungkin membuatkan beberapa pebaca membelek belek lagi warkah yang lama.lantas menarik mereka menjadi Follower...Cuba kalian meneliti teknik penceritaan di teratak Kak Wan..Mungkin sedikit sebanyak membantu kalian.Atau cara kita masing masing berbeza..Sekadar pendapat..


Ok korang..setakat nie je lah yang Wan mampu karangkan.


Aku berbahasa masih bercermin diri



.




Thursday, March 10, 2011

Sesekali biarlah sedemikian

.



Sesekali biarlah aku berbahasa indah dari meluah titis mutiara merengek sendirian...Sering kali aku biarkan diri ku sendirian menghilang dari segala hiruk pikuk dunia..biarkan dunia bisu biarkan dunia buta..Owh Tuhan ku mohon kau berikan ku jalan untuk ku pergi dari sesi dunia yang gelap...namun siapa aku untuk mencipta segala drama kehidupan..


Sejajar aku berkhayal..mencari secubit ketenangan dari kemelutan yang aku alami saban hari..tapi siapa yang menduga???..Kalian ?? lansung tak ambil peduli??kasihan ??aku tak layak dilayan sedemikian..Cuma apa yang aku mahu..Sikap hormat...Tepati janji dan jangan terlampau memaksa..Minta pertolongan pun ada cara nya..Mengapa layan aku seperti hamba kalian..hampir berpuluh kali aku draft kan keratan entri ini...Berfikir sewajarnya kah aku mementingkan diri dan biar kalian tersenyum dan menganggap tiada apa pun yang terjadi pada ku..


Sikap manusia memang begitu.. bisik pula suara hati...Kalau begitu mengapa aku tak seperti kalian??


.



Tuesday, March 8, 2011

Tawar hati dengan kontes berunsur VOTING



.



Salam korang...

Tajuk pun dah macam nak menyindir je kan..hahaha..Tapi tak de niat pun nak jatuhkan sesape taw..nak menyindir ape tah lagi..Nak tutup periuk nasi orang jauh sangat..Tak de niat ape ape k..

Sebenarnya entri kali nie nak kasi taw je..Kali nie Wan dah tawar hati dengan kontes yang berunsur VOTING nie..Kontes macam nie macam menidakkan usaha blogger yang menyertai kontes tu je..Ingatkan nak ketengahkan ciri ciri atau kelebihan atau kretiviti seseorang tapi sistem VOTING nie tak diadili dengan bersungguh sungguh..Sapa ramai kawan kat facebook tu..Dia lah yang akan dapat VOTING yang tertinggi..Sedangkan apa yang dihidangkan atau dipertaruhkan dalam kontes tu tak bercirikan dan tak sehebat mana..Maaf taw..bukan nak menyindir..cuma benda nie cam tak sesuai je kan..

Skang nie Wan dah malas dah nak join kontes camnie dah.bende nie menguntungkan sebelah pihak je...So dengan ini Wan akan REMOVE icon Vote kat blog wan nie..










Wan tak nak dah nak menang atas VOTING nie...Tak de klaz ...ahahhaa...Kesian lak Wan kat member yang join kontes bersistem VOTING nie tapi macam tak dihargai je..Sebab tak de member yang kenal sedangkan mereka lah yang layak menang jika di adili dengan sewajar nya..

K lah korang..Tu je..

Kalau bukan kita sapa lagi kan...

Pesanan wat korang..Vote lah yang layak untuk menang k..Sowie ye..Wan wat entri nie bukan nak dapat belas kasihan pun...

Papai..


.