.

Salam Korang...
Malam lak Wan update entri kali nie kan..Terdetik lak nak wat entri nie..Bukan nak berlagak dengan apa yang Wan kecapi ..Wan masih blaja lagi dalam hidup nie..banyak benda yang Wan perlu pelajari..Hidup nie bukan macam Adobe Photoshop boleh buang sesuka hati dan tambah sesuka hati kita..Law nak jadi comel touch up sikit gambar tu dah leh jadi comel..Rupa rupa nya kehidupan nie macam Adobe Illustrator..Dengan tangan kita nie..Kita yang corakkan kehidupan kita yang belum pernah sempurna nie...Law kita nak wat bulatan so kita kene lah guna Tool bulat untuk bulatan.Kita sendiri yang reka apa yang kita nak...Sebab tu lah orang pernah kata..Hidup nie kita sendiri yang corakkan..
Dah memang sikap manusia pun asyik menunding jari dan menjatuhkan sesama sendiri..Mesti ada yang akan jawab.."tak de lah..Aku tak macam tu"..Tapi dalam tak sedar korang, korang dah lakukan bende tu..Hidup nie pelbagai je rencah nye..penuh ragam pelbagai warna warni nya..Kadang kadang benda yang kita anggap biasa bagi kita tu ada sesetengah orang yang tak suka..sapa sedar benda nie???Wan sendiri pun tak taw apa yang orang tak suka pasal Wan..Tol tak??melainkan ada yang tegur kesilapan tu..
Manusia dah memang macam tu nak wat camne kan??Bagi Wan..Tak salah law nak tunjukkan apa yang kita dah hasilkan dengan tangan kita sendiri..Sapa sangka kita boleh buat sesuatu dengan hasil tangan kita sendiri...Dan siapa yang nak hakimi dan kutuk kita kan??.Tapi selalu nya orang akan kutuk lah kan..Nak bagi dorongan jauh sangat..Memang tak pun.
Wan pun bermula dari bawah dari nombor "0" dan huruf "A".Orang tak kan berjaya terus pun law tak mencuba dan belajar dari kesilapan..dari semasa ke semasa kita leh tingkatkan kemahiran kita..
"Ilmu bukan sekadar tambah tolak matematik dan bacaan A hingga Z yang membentuk perkataan..Tetapi Ilmu adalah segala gala nya yang wujud dalam kehidupan"

Apa yang telah kita lakukan pada hari kelmarin adalah apa yang kita genggam pada hari ini...Indahnya suatu kenangan itu walau pahit yang telah dilalui..
.











































