.

Isu nie Wan dapat dari Dojo Klasik...kredit wat Dojo atau Kaizen Shinobi..Wan pun tak taw nape isu macam nie bleh Timbul..Dasar Islam Hadhari dah tak de lagi dah kat Malaysia nie..Atau kite semua nie dah dijajah oleh kaum Yahudi???
Korang sendiri bace lah kat MalaysiaKini.Law tak nak baca..Ok Wan crite kat sini..Nape Wan marah sangat ngan Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (ISLAM).Bukan nak jadikan Isu..Tapi hak Wan sebagai warga Malaysia..Ada hak nak bersuara..Selama nie Wan diam je ngan keputusan yang macam nie..Tapi skang hilang lak kesabaran..
Korang baca lah nie..
Penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa
Melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012.
Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Skang Isu buang bayi akan berlambak...Maksiat kat mane mane...Korang leh tengok negara negara luar..Bala macam macam je..Mula mula rasa bersyukur sangat diam kat Malaysia sebab Isu Agama dipandang tinggi..Tapi skang..???Tepuk dada tanya selera..Sedangkan negara kita yang macam nie pun dah macam macam bala kecil jadi..Lepas nie bertambah teruk lah..
Law nak majukan negara pun carilah dengan cara halal..Isu rasuah lagi jadi hal..inikan pula isu tempat maksiat..
Wan memang tak sokong benda nie..Minta dijauhkan.
------------
Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,
"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )
"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)
Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?
Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..
------------.




































































