
Salam korang
Impian…mesti korang pernah dengar kan..”kejarlah impian itu”.. tapi bagi Wan..semua tu tak penting..Sebab Wan tak de impian or mungkin sebab filosofi hidup Wan “Keep the faith and nothing else matter”. Nape Wan tak de impian??? Bagi Wan..Nape nak kejar impian tu sedangkan ape yang kite ade sekarang nie berciciran.. Mungkin ade di antara kita nie nak rumah besar, nak kereta besar… betulkan.. hinggakan semua yang ada sekarang nie terabai.. mungkin tak semua.. fikirkan renungkan
Dulu Wan bercita cita sangat nak melanjutkan pelajaran dalam bidang graphic design.. tapi semua yang Wan nak , semuanya tak menjadi.. mungkin bukan rezeki and jalan hidup Wan bukan dilakar untuk kesitu.. So skarang Wan berusaha dengan apa yang Wan miliki. Apa yang Wan ada skarang seboleh boleh nya Wan kongsi untuk semua.. Bukan kah berkongsi itu lebih mulia..kenapa plak nak matikan fungsi CTRL+C = copy pada blog??
Andai nak Berjaya di dunia carilah ilmu,andai nak berjaya di akhirat carilah ilmu dan andai nak berjaya di dunia dan di akhirat maka carilah ilmu…
Pernah suatu ketika, Wan bertanya tanpa putus putus dengan berberapa orang BLOGGER. Bagaimana nak letak NUFFNANG dalam keadaan float kat bahagian kiri or kanan page.. Namun seorang pun tak pernah menjawab persoalan Wan.. Entahlah apalah sangat ilmu itu untuk disimpan hingga mati hinggakan tidak mahu dikongsi dengan manusia seperti Wan yang miskin ilmu ini...
“kenang budi or hutang budi”??? Wan pun tak taw…law hutang budi .. budi tu kena bayar ke?? Law kenang budi lak?? Bagi Wan bende tu tak penting pun.. Sampai sekarang Wan tak pernah nak minta apa apa balasan pun dari apa yang dah Wan lakukan. Tak hilang pun ilmu di dada . melainkan lah tu sumber pendapatan so kita selayak layak nya faham bukan..
2009, Wan pernah mem-wayer-ing sebuah rumah dengan 30 soket dan suis pakej dengan pasang meter skali. Dan gaji yang Wan dapat hanya RM40.00.. berbaloi??? hm,Atau tu ujian untuk orang yang tak berkelayakkan macam Wan mungkin gak nasib bagi manusia yang duduk dibawah.. menghampakan harapan seorang manusia apakah dosa nya??? Dengan gaji RM40.00 tu lah Wan menyambung semester Wan. Dengan pinjaman satu RM3200.00 tolak yuran RM2200.00. korang bayangkanlah keadaan Wan pada masa tu.
sekadar untuk peringatan..yang bawah tetap dibawah bukan...Yang beada diatas fikiran mereka takkan sama dengan fikiran orang yang berada dibawah
.




























