Tuesday, April 20, 2010

Mentor 4 (Ila Damia dan Adi Johar) anak kelahiran Sarawak



Setinggi ucapan taniah buat kedua dua adik beradik anak kelahiran Sarawak ,,,

buat yang terbaik dimedan Mentor... semoga membanggakan Sarawak,,, dari URS ke Mentor..

ucapan tulus dari Wan hazel(MBG republik) gud luck kitak duak kat sia k...kamek doakan kejayaan kitak duak..and Vote 4 u..peace









klik photo dibawah untuk ke Fan club (facebook)


adi




ila






warga Sarawak khasnya dan warga Malaysia am nya..mari kita sama sama menyokong bakat kedua beradik ini..




semoga berjaya




.



Facebook



Facebook medium pergaduhan.



Kenape aku benci facebook dan ruangan sosial yang lain. Mungkin dalam tak sedar korang pekare yang tak terlintas dalam fikiran korang boleh berlaku dalam sekelip mate. Yep, aku tak kate yang facebook nie dipenuhi dengan ombak ombak kejahatan, tapi skang mungkin korang prasan ramai yang bergaduh dalam facebook and nape ramai yang suke update status entah ape ape. Nak ke toilet pun nak cakap ke? Atau aku bleh katekan kat sini sebagai tempat meluah perasaan, and tanpe sedar korang, korang dah jatuhkan maruah seseorang. "Who we 2 judge a person".


Patut ke facebook dipersoalkan???

Atau diharamkan???

SMS untuk facebook adakah itu pelaburan yang berbaloi...??

Tepuk dade tanye slere...




.



(Intitusti Pengajian Tinggi) IPT


Kenape orang slalu kate "sharing is caring" kenape bagi aku "sharing is daring" and "daring is loving". Hm, susah aku nak explain. Orang kate semue manusia berbeza. Korang yang kenal aku tu mesti dah taw kan, aku tak cakap banyak pasal personal life aku diteratak aku nie.


Tapi tak salah kalau aku nak berkongsi. Teringat aku akan kate kate, "jadilah kita kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita". Aku sering berdolak dalik mengenai tanggapan sahabat yang sebenar.


K
enape dalam tak sedar korang, ada orang akan tanye "ikan sekilo" kat korang. Mungkin korang tak sedar yang korang nie 'SELLFISH' (sombong). Aku pun macam tu, dalam tak sedar.


Betul ke law nak berjaye tak perlu belajar. Mungkin perkare nie disenangi oleh golongan yang tidak berpendidikan tinggi dan dibenci oleh bekas atau bakal graduan kerana menidakkan fungsi universiti.





Ramai kenalanku terkejut bila mendapati aku lebih cenderung ke dunia buku dan grafik dari bidang yang aku ceburi kejuruteraan elektrik (kuasa). Mereka semakin hilang arah melihat aku seakan membelot dengan perjuanganku. Aku cinta akan ilmu.


P
eringatan paling tulusku kepada kamu yang sedang melangkah dan menuju ke menara gading, belajarlah sehingga tamat, usah berhenti dipertengahan, persampahkan muka muka mentor yang kamu tampalkan mukanya didinding kerna agungkan tindakan mereka keluar dari Intitusti Pengajian Tinggi demi mengejar misi. Kerna sesungguhnya bila kamu tanyakan pada mereka tentang penyesalan dan kekecewaan yang masih tersisa biar bergelar si pengumpul harta, jawapan mereka tetap tidak pernah berubah.


Tidak menghabiskan dunia ilmu (Intitusti Pengajian Tinggi)


Teringat aku akan kate kate lecturer ku Sir Dillah


"berfikirlah skarang untuk 3 atau 10 tahun yang akan datang"







.



Monday, April 19, 2010

sarawak diperkampunganku dikejutkan dengan HUJAN KAPUR

Hai korang,
Salam isnin.

Ari isnin dah start , ape yang korang harapkan dengan hari nie. Nothing, hanya hari yang malas bagi aku. and tenet yang lambat cam kure kure..


Hari ini aku dikejutkan dengan pembentangan yang aku lansung tak ready. Huh, yang berlalu biarlah, nasib baik semua barang assessment aku ada bawak. Susahkan jadi cam aku nie. Biarlahkan dah berlalu, hope markah aku tinggi. Amen.





Petang tadi aku dikejutkan dengan berita hujan kapur diperkampungan aku. Dirumah pak Wahab, mase tu aku dalam perjalanan balik dari kuliah ke rumah, around 2minit lagi nak sampai umah. Mula mula aku memang tak caye, datang je kat umah. Owh ya, mase aku nak datang umah aku, hujan dah brenti. Aku tengok pun biase je. Tak lah bebekas kapur pun kat jalan. 'may be hujan kapur tu bercampur dengan hujan betul kot' aku bermonolog sendiri sambil mate aku meliar tengok awek yang berjalan pakai payung, eh no no, i mean tengok jalan ade tak kesan kesan kapur.


Sampai je kat umah. lepas tu aku kluar dari kreta. You all know what I see. . . Hujan kapur menepek kat krete aku. Tak banyak lah, tapi bleh lah kan. Bleh di jadikan bukti. Lepas tu aku selidik lah waima aku bukan saintis. Aku hidu hidu pun bau kapur bende tu. Aku memang tak sentuh pun bende tu. Takut virus plak.






Last last aku dapat taw kebenaran, upe nye ape yang menepek kat krete aku tu upenye. Hm, susah nak kasi taw. Upenye. . . Tahi burung berak kapur . . . Fuhh , aku kene tipu adek aku.


And korang pun kene tipu oleh aku. Aku reke je kisah nie. Pembentangan tu betul betul terjadi k. Peace.





mood...penat sangat and sakit kepale



Sunday, April 18, 2010

Contest Hangit By Arieza

Salam korang...

Salam satu Malaysia.


kecik


S
o Wan nak tutup minggu nie dengan entri mengenai contest. Malam ahad dah kan. So contest nie dari blog |arieza| Klik lip lap lip lap untuk ke blog penganjur k |arieza| . Nak klik banner kat atas tu pun tak pe.


O
wh ye Wan dapat taw contest nie dari Wan Hazel. Hm, Wan Hazel kan aku sendiri... Camne erk, camnie...Wan tengah blogwalking so terjumpe blog contest nie... Law tak caye tanye REDPAPA. Hehehe





Nie photo kawan aku, time nie b'day parti Aina and Naim. B'day boy and b'day girl lah kan. Lupe plak jangan ambek taw pasal tangan misteri tu k. Law nak cite nanti seram plak tak pasal pasal Wan kene reject dalam contest nie.huhuhu.


Aku cite skit pasal b'day parti nie. Time nie UTM krew kolej aku wat percutian kat Gunung Gading kat sarawak k. Dua orang kawan aku nie memang tak taw pun rancangan jahat aku dan kawan kawan aku nie. Hahaha ketawe penjahat skit (jom ramai ramai). Tak lah jahat sangat nak suprise je.


Aku pun dah tulis dialog kat photo tu. Naim tu memang ade blur skit, tenang and cool sangat boy nie, nak ngorat boleh je. Hehehe. Ade ke dia kate tepung tu salji. Huh, kawan sape lah tu. Garu kepale skit. Ok cukup.


Aina plak, aku pun tak taw macam mane nak explain kat korang. Hehehe. Mase Aina tu kene tikam tepung tu. Aku memang heran sangat, tetibe plak kat tempat tu kluar sound system, macam bunyi perang. 'Tut tut tut, fire in da hole'. Si Aina nie memang luar biase, tu lah aku tak dapat nak explain camne Aina nie. Better aku brenti sampai sini, nanti tak pasal pasal si Aina nie muncul kat tepi aku and tembak kpale aku. Tak pasal pasal aku plak terkejut and si Aina nie ambek photo aku untuk join contest. Huhuhu.


Aku rase photo tu mengikut syarat syarat yang ditetapkan oleh pengajur. someone/some people sedang terkejut beruk/dikenakan/dihangitkan.


Last skali, dalang disebalik semue kejadian diatas ialah. 'BOO' badut si Wan Hazel. Hahaha. Padan muke Aina and Naim. Hahaha. Pape pun peace korang.





Tammat


Jangan heran taw. Wan Hazel nie bleh jadi macam macam, kejap REDPAPA, kejap SUPERMAN, kejap DETEKTIF CONAN dan banyak lagi and skang BADUT plak.hehehe.


K, lah korang ... Jangan lupe join contest nie taw. Hadiah menarik tertarik kau memang de bam. Hehehe

So penganjur adakah penyertaan saya di terima..?

Papai.



Detektif Conan keje part time

Hari ahad dah,besok dah isnin,so kuliah start balik,huhuhu. Ari ahad camnie slalu nye aku wat kerje part time, tapi skang dah brenti coz nak fokus kat study, tak lame g Wan nak Final Exam. Doakan kejayaan Wan k.


Ari ahad nie dari tak update pape better aku kasi taw kisah keje part time aku k. Are you ready 2 rock??? Coming soon...




A ah,lupe plak aku nak tanye kat korang. Aku slalu je tengok iklan kat TV. Iklan untuk cite, habis je iklan die orang letak 'COMING SOON','COMING SOON' tu ari ape erk? Ari khamis hingge sabtu ke? Or ari selase. Hm, sape nak jawab? Aku dah puas cek kat klender, tak de pun tulis 'COMING SOON', yang ade pun Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu and Ahad...


T
ak pe lah korang,korang pun tak dapat jawab kan. Lupekan je lah.




♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣



So, jum aku crite pasal keje part time aku. Keje aku mencabarlah skit. Macam macam je kes yang aku handle, aku ade gak anak buah yang bawah aku dalam keje nie, tapi aku tak percaye sangat kat die orang, lembap sangat.



Ingat lagi aku mase kendalikan kes pembunuhan dulu. Mase tu aku lansung tak cukup tidur, naik lebam mate aku. Susah sangat nak cari punce kes tu. Dengan kesungguhan aku yang tak pernah putus ase tu akher nye aku dapat gak selesai kes kematian seorang wanita tua tu.


Mule mule aku memang tak sangke. Omaigod omaigod. Memang tak sangke sangat. Upenye kematian tu berpunce dari tikus rumah, wanita tua tu terkejut. Hm, susah nak caye kan. Aku berkerje part time sebagai penyiasat ala ala Detektif Conan. Skang aku nak rehat dari kerje.





S
o korang law tak tanye pape pasal kes kes kat Malaysia nie tanye je aku k. Hehehe..

Owh ye lupe plak aku..name samaran aku sewaktu menyiasat kes tu...SpongebobPhotobucket


Peace.



.



Saturday, April 17, 2010

mampukah REDPAPA bersaing dengan REDMUMMY




Sebelum ini kita dihangatkan dengan isu Redmummy di 'Harian Metro' yang mampu menjana pendapat RM10K dalam masa sebulan. Isu ini semakin menular dikalangan pemblogger di Malaysia. semasa saya melepakkan diri diruangan Redmummy memang tidak mustahil ruangan berkenaan mampu mencecah nilai RM10K dalam masa sebulan, gaya penulisan yang senang difahami dan amat menarik perhatian dikalangan rakyat... klik untuk keruangan Redmummy REDMUMMY



Namun kini kita dikejutkan lagi dengan isu hangat di 'Harian Mingguan Bulanan'. Redpapa dapat kalahkan Redmummy, jana pendapat RM10K dalam setengah bulan. Jana pendapat dengan hanya menulis blog.





Redpapa atau nama sebenar Adrin Ardinary Wan Hazel mula berjinak jinak dalam dunia blog pada tahun 2008 lagi. Hanya sekadar suka suka kata beliau, disamping meluahkan bicara sastera beliau, beliau turut mempamerkan kretiviti beliau dalam dunia Photography dan Graphic Editing. semasa menjalankan interview bersama Redpapa. beliau sempat menunjukkan ruangan blog beliau yang pernah memasuki ruangan majalah YEZZ kepada kami,



Tidaklah seperti nama nya REDPAPA



Berkebolehan menulis dalam satera beliau amat amat kami respect. dengan susun atur gaya bahasa menarik minat kami lagi untuk menjelajah ke ruangan blog beliau. Bukan sahaja bersastera beliau turut melakarkan pelbagai kisah fantasi kehidupan beliau, pelbagai kisah lucu dapat kita temui di ruangan beliau. Beliau turut mengikuti Contest Contest yang dianjurkan oleh blogger blogger. "itu untuk menghargai peminat saya" kata beliau sambil tergelak kecil.


Beliau kini membahagikan masa beliau disamping pelajaran beliau yang kini memasuki semester ketiga di suatu kolej( beliau merahsiakan kolej berkenaan). beliau yang mengikuti program kejuruteraan elektrik ( kuasa) .


Akhir kata dari beliau Wan Hazel atau lebih dikenali dengan panggilan REDPAPA


"menulis dengan kretiviti masing masing dan berfikir secara inovatif atau diluar lingkup kehidupan mampu menjana pendapat RM10K sebulan, yang penting tidak menggangu hak privasi orang lain"


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Hahahhaha..hangat tak isu tu...aku reke reke je k.. yang REDMUMMY tu betul..aku dah kasi link dah..


Sekali lagi saya tekankan hanya untuk bicara bisu saja.. sambil up traffic perlu kretif dan inovatif. Tiada niat untuk memperlekehkan sesiapa


Photo diatas (REDPAPA) hanya edit semata mata...


Software editing:
Adobe Photoshop CS3
Photoscape




♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Sabtu muncul lagi, nape tak langkah je sabtu terus ke ahad law tak pun esok terus isnin??? Aku slalu terfikir macam mane nak dapat RM10K dalam mase sebulan law tak dapat sebulan, RM10K untuk setahun pun aku tak kisah.hehehe. Boleh ke aku jadi macam REDMUMMY . REDPAPA kot aku boleh.hehehe. Law tak pun aku nak masuk mentor4,tv3.huhuhu.Up traffic up traffic, blogwalking blogwalking, nuffnang nuffnang. Macam mane nak up traffic? Aku pun tak taw. Wat biase biase je lah kan. Ataupun wat isu hangat..hehehe...Huhuhu. saje nak up traffic camtu lah kan. so aku wat kisah rekaan aku tak de kene mengene ngan orang idup atau mati ke..



Mohon ampun andai ada yang tidak menyenangi entri saya...




.



superb snap diatas bangunan

Up traffic tu. Wan hazel Wan hazel. Tu pembuka kate je. . .


Semalam aku dapat meseg nie dari preslly... Tengs sangat...



Tegur aku jika aku mulai sombong..
Tegur aku jika aku mulai angkuh..

Tegur aku jika aku mulai salah..

Kerna aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu

Hari ini, esok dan selamanya..

'Selamat Hari Persahabatan Sedunia'.

Kirim ini,ke semua teman yang kamu sayangi,
jika aku salah 1 nya,kirim balik ya.!

Lihat berapa banyak kamu dapat balasan.
Kalau lebih dari 7,
berarti kamu patut di sayangi.



And aku dah send kat kawan kawan aku gak, sorang je yang send balik kat aku, tengs Carlderk, dari sini baru aku dapat taw,aku tak patut disayangi. Itulah aku kan... Wan Hazel. . . Nak wat camne kan orang dah tak hiraukan aku. Tapi aku tak kisah semua tu. Biarlah, and si preslly balas balik lepas aku send meseg yang same kat die semule..


"Hahaha, ya la 2... Sy bukan gay, week!! Haha"


Okey,lupekan tu...




☺☻☺☻



Tadi dok belek belek punye belek folder photo aku. Aku ade jumpe satu photo nie. Aku dan kawan aku si preslly,yang send mesej kat aku tu, budak sabah course same ngan aku and semester 3 same gak ngan aku.


Teringat aku mase tu. Kite orang naik tingkat teratas bangunan wisma seberkas kat kuching sarawak, kire kire jam 6.45 petang,ari sabtu. Aku lepas men skate mase tu. Skateboard tak kan tak taw.huhuhu. Kawan aku si preslly nie samseng skit
Tatu sana sini,telinge bertindik. Huhuhu. Tapi hati baek punye.

Owh ye,time kite orang nak snap photo nie,aku snap set timing 10saat. So aku kene cepat cepat bergaye kat tepi bangunan tu, gayat gak aku, jujur aku cakap aku memang takut tinggi, dup dap dip dup jantung aku. Nak ambik superb snap punye pasal, aku beranikan diri, so hasilnye amat mengkagumkan. . .




Nie lah superb snap diatas bangunan.



Aku takkan lupekan saat tu, and tu lah yang pertame and may be yang terakher aku snap photo camtu. Huhuhu.



Aku lah Wan Hazel hidup di alam fantasi dan mimpi jadi tempat bermain ku.


K lah korang,
Salam sabtu.
Papai





.



Friday, April 16, 2010

krete kakak aku rosak (teringat kisah J aka JPJ)

Semalam krete kakak aku rosak tepi jalan, lepas tu sape jadi mangse,aku gak jadi mangse.huhuhu. Mase tu ujan rintis rintis, ape yang diharap dengan aku, diploma kejuruteraan elektrik (kuasa). Aku bukan mekanik, alek alek aku pergi bengkel jemput tauke cina tengok tengok kreta kakak aku. Huh,nasib bek tauke tu kawan aku, senanglah kan, waktu malam tu, bayangkanlah.





Mase tu aku teringat mase aku dulu dulu,mase aku maseh gune motosikal. Motosikal aku memang dah tak bleh kua jalan dah, law kua mesti kene saman. . .



"J,sowie ah J,aku tak sempat beli ah"dengan muke slamber aku.

"eh,tak de sowie sowie,nape tak pakai lampu"


"alah J,ape gune lampu jalan J,banyak J,terang terang je J"sambil aku menepuk nepuk bahu J.


Beberape minit lepas tu, tayar motosikal aku dipancet oleh J.



"wow,wow J. nape pancet tayar aku. Lu jangan cari pasal J" aku tunjuk buku lima aku.


"jangan marah brother, ape gune angin sane sane, banyak angin nie brother" J buat muke berlagak nye..


last last aku kene saman,,huhuh





Terkena lagi aku,hm, ape lah aku. Maaflah J. nape erk aku kene saman tempat yang jalan nye lengang erk,,hm... aku pun tak taw.undang2..huhuhu... tapi yang aku taw..kisah J tu rekaan aku je..hehehe..


Owh lupe plak,J tu sebenarnye JPJ . Hehehe.
K lah geng, hati hati k.






.



Thursday, April 15, 2010

aku benci ke buku UPSR,PMR,SPM dan STPM



Dulu aku slalu tertanya tanya, kenapa lah aku suka apa yang aku ukir diteratak ini. Menulis dan berfikir dalam sastera. Pernah jua aku termenung seorang diri memandang gunung santubung di desktop lappy ku, semata mata ingin mengupas persoalan ini.

Syukur,hari ini baru aku sedar,rupanya banyak yang mengikuti perkembangan teratak aku ini. Harapanku, agar apa yang aku sampaikan menjadi ilmu didada bagi setiap pembaca. Adik adik kecil bacalah,kerna membaca jambatan ilmu. Andai diberi peluang, diberi rezeki yang melimpah luah, pasti akan ku hadiahkan sebuah buku kepada adik adik diluar sana. . . Agar membentuk generasi yang berilmu.



Owh, aku tidak lah membenci buku buku pelajaran yang dipenuhi koleksi koleksi soalan UPSR,PMR,SPM dan STPM. Cuma tidak begitu menyukai pabila seorang mama atau papa menengking anaknya.

"hey, tak perlu baca semua nie, habiskan dulu buku buku soalan kamu itu"

Setiap bacaan itu ada kelebihannya.





Sastera tetap bermain dijiwaku , walau sistem penulisan ku kian berubah...



adeq Damia(tak taw)

adek Damia law tak taw tu tanye Mama k..





.



maut saat kelahiran







carian google



Saat ini jatuh lagi sehelai daun dari pohon pokok maut. Aku hanya dapat memerhati bukan bermaksud merelakan namun aku tak terdaya. Kali ini aku duduk jauh disudut kasih sayang seorang mama dan papa.


Aku kedunia namun itu untuk sementara lalu terus kelanggit dan akhirnya barulah aku ketanah semula. Teringat saat aku duduk empuk di rahim mama, seorang insan yang ingin benar ku tatap wajahnya.


G
arau suara papa, kasar menolak permintaan Mama. Maaf Mama,adek nak sangat rasa buah asam, adek minta maaf,sebab adek Mama kene marah. Lepas nie adek janji tak minta yang bukan bukan lagi. Dulu aku pernah dengar suara Mama. "I love you dear" manje sangat, papa pun sayang mama.


Saat adek lahir kat dunie, mama balut adek dengan balutan kain, terima kaseh mama, adek sejuk mase tu. Mama memang sangat memahami adek. Adek sempat tengok mama, adek cakap adek sayang Mama, tapi nape Mama tak suke adek. lepas tu adek disambut oleh papa, kasar sangat, kenape adek dibungkus dalam beg hitam. Mama,Mama mane Mama, Papa nak wat ape kat adek. Adek tak nak men dulu, adek nak belaian Mama.


Hari tu, adek rase indah sangat sebab dapat tengok dunie, Papa letak adek tempat yang selamat. Satu bilik, sejuk, betul betul muat badan adek. Adek rase sejuk sampai adek tak dapat nak bernafas. Nape Papa wat camnie, nape Mama tak marah Papa. . .


P
apa tinggal adek sorang sorang, adek sakit,adek nak jerit, adek sayang Mama dan Papa. Adek ade wat salah ke? Maaf Mama,maaf Papa, adek tak de niat pun nak susahkan Papa dan Mama.


Adek sayang Mama dan Papa, tapi kenape adek sakit macam nie. Selamat tinggal Mama, selamat jalan Papa.



Wednesday, April 14, 2010

kisah aku men belon buih sabun

Salam satu malaysia.


Kelmarin,lepas aku balik dari Lab kat kolej aku. Kire kire jam 6.35 petang camtulah. Aku petang tu,tetibe je nak men belon belon, belon buih tu, yang pakai air sabun tu, korang taw kan. So aku wat lah skit air sabun, aku campur skit serbuk entah,aku pun tak taw,serbuk ape tu. Yang aku taw bau die semacam je. Siap semue skali, aku ajak lah adik adik aku men. Nak ajak kakak aku men,aku taw mesti kakak aku tak nak punye. Men budak budak... Aku maseh budak budak ke... Hm..


Aku and adek aku men kat kawasan lapang depan umah aku. Aku tak taw plak yang kakak aku nie snap photo kite orang time nak men nie. So,dapatlah korang tengok kejadian malang mase aku and adek adek aku men belon nie.


Aku memang gembire bile tengok adek aku gembire. "bang,tiup besar besar bang,tiup besar bumi"adek perempuan aku siap wat aksi skali sambil meloncat loncat, ape lagi adek lelaki aku, siap kembungkan mulut nak jadi belon.




Aku memang nak tiup pun besar besar, tanpa aku berlengah ,aku pun tiup sampailah besar besar. Tetibe je waktu tu, boom,belon tu meletup, habis kite orang semue,tak de kepale dah. Meletup sekali ngan belon.

Bile kite orang dah sembuh semule,baru lah aku taw,yang serbuk yang aku campur tu, serbuk peledak untuk wat bom. Huh,bahaye betol.





Pesanan aku, jangan men bende yang berbahaye k. Ingatlah orang yang menyayangi kite. Peace.




.



harga diri atau wang ringgit




"Ah, kemaik.kampung apa ndak kedak tok"(Ah, kotor,perkampungan apakah ini). Aku mengeluh dengan muka yang bengis. Setelah lama aku tidak pulang ke perkampungan di daerah Asajaya.

Terhinjut hinjut pacuan empat rodaku, proton saga akibat lopak lopak yang terbentang besar dijalanan. Naik bosan aku, nada nada kotak suara semakin hilang frekuensi nya, sekejap ada,sekejap hilang. Hampir saja aku biarkan dahan kesabaranku rapuh.

Perkampungan jenis apakah ini, aku memperlahankan kenderaanku memasuki lorong sempit, berbonjol bonjol. "Habis bumper aku"aku mendengus. beberapa budak kecil berseluar pendek dengan muka yang terpalit tanah dan hingus yang kering dimuka berlari lari.


Dush, seketika aku terkesima, bodoh detik hatiku, apakah hebatnya mandi di sungai saat ini, air pasang yang mencecah paras jambatan. Dasar budak kampung.


Aku memberhentikan kenderaan bersebelahan warung makan. Beberapa orang gadis lalu memberi senyumam justeru berbisik bisik, mengumpat agaknya atau jarang melihat manusia seperti aku. Kemudian datang seorang tua memegang tingkap belakang kenderaanku. Aku sedikit marah,mengetap bibir."nak pa dimaok kitak? Tetangga tangga"(apa kau mahu, tengok tengok nie).


D
ia terketar ketar tertunduk."assalamualaikum nak, pak cik ambik upah cuci kreta"dia bercakap dengan pandangan tumpah ke kaki, tertib ketakutan. Ditangannya ada sehelai kain koyak, dan baldi berisi sabun. Bajunya hanya dibutang dua menampakkan dada nya yang leper, seluar hitam yang lusuh, berselipar jepun dengan kuku yang hitam dan kaki yang reput menjijikkan."basuh jak sia, p ingat mun skres kreta kamek"(basuhlah, tapi jangan sampai calar kreta aku). Tahu lah macam mana aku nak ajar kau,berkata sambil mata aku meliar mencari bungkusan roti dirak luar warung.


A
ku duduk dengan pepsi tin dan roti yang aku beli. Aku meneliti bait bait kehidupan masyarakat kampung. Wajah berconteng peluh, hipokrit ada yang berlagak seakan kaya.


"sudah nak"setelah 15minit berlalu, baki wang setelah aku membeli sebungkus roti aku berikan kepada dia. Aku rasa itu sudah cukup berbaloi bagi fakir seperti dia. Aku harapkan dia terus pergi meninggalkan aku namun dia menggenggam kuat duit itu tertunduk hiba mengalirkan airmata. Mengelap airmata dengan lengan baju kemejanya, menangis tersedu sedu.


"kenak gik tok, gila ka?"(kenapa nie, gila ke?)


"nak,seumur hidup pak cik masuh kreta,ngambik neo,nebas kebun,sik pernah pak cik nrimak upah banyak tok, spuloh ringgit,paling banyak pun duak ringgit jak"
(Nak,seumur hidup pak cik,mencuci kreta,memetik kelapa,menebas dusun dusun buah,belum pernah pak cik menerima upah sebanyak ini, sepuluh ringgit. Paling banyak pun dua ringgit je nak.) sungguh melihat kedalam mataku, timbul pula sedikit simpati dibenak hatiku. Aku terdiam dan membiarkan. Aku memandang jauh dengan pandangan kosong. Ini warna kehidupan,kemiskinan,aku tidak pernah melihat,aku dibesarkan dalam hutan batu,hidup dilimpahi wang ringgit,dimanja oleh ibu bapaku,mahu itu diberi,mahu ini dituruti. Kemudian keluar dengan segulung ijazah.



◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘



Tepat jam 5.30 petang. Aku beredar dari warung tersebut hendak pulang ke bandar. Kemudian aku melihat kelibat orang itu menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan,tak kan lah dengan sepuluh ringgit yang aku beri tadi dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil atau dia memang mewah dan berlagak seperti fakir.


Aku mendekati pak cik tersebut kerut dahi ku dibalas senyum oleh nya.
"haii pak cik, banyak beli barang,banyak betul duit"nadaku seakan menyindir. Pak cik itu seakan terkejut. Dia tertunduk, meletakkan beg besar hitam itu ditanah, membukanya satu persatu, perlahan lahan aroma busuk menusuk kehidungku,aku terkedu,terkejut dan malu.


Pak cik itu mengeluarkan lipatan sepuluh ringgit."nak,pak cik tahu kami nie orang susah, hidup seperti najis, ditolak tolak,kalian pekup hidung melihat kami,ambillah ini semula, pak cik juga ada maruah". Pak cik memegang tanganku,meletakkan lipatan wang yang tadinya aku beri sebagai upah. Aku menolak berkali kali. Aku sudah mula menangis,meminta maaf berkali kali. Hinggakan wang itu terjatuh ke kaki. Pak cik kesana tadi hanya ingin memungut sisa ikan yang pecah perut yang nelayan buang.






Moral form da story.

Harga diri lebih penting dari wang ringgit.

Lain lain cari sendiri.hehehe,

Kisah rekaan je k. Aku tak nak sambung kisah tu.huhuhu.

Mama and papa kat luar sane jangan terlalu manje kan anak anak. Ajar mereka hidup susah. Wang itu amat bernilai andai kita ada harga diri.


Salam prihatin dari aku.



Hanya sebuah cerpen.
.