Wednesday, April 7, 2010

kelmarin semasa ke pasaraya di desa ilmu

Kelmarin lepas je balik dari kuliah,aku singgah sekejap di desa ilmu pasaraya yang tak berape jauh dari tempat tinggal aku, kire jauh lah gak. Memang jauh pun.


Aku parking dekat belakang, sunyi and gelap.. Koz takde parking space yang kosong kat depan. Matikan enjin krete, kunci, and jalan tanpa toleh kiri kanan and blakang. Gedebak bunyi tong kena tendang, bederau darah ku, aku tengok tengok takde orang pun. "meow meow meow meow" memeow berbunyi. Huh, kau rupenye meow. Lega skit hati ku.


______________________________________________


Selesai je beli barang yang aku nak beli, makanan kucing, aku belikan untuk kucing aku yang name Mia. Jalan punye jalan, gedebuk lagi bunyi tong yang ditendang tapi kali ni lebih kuat.


Lepas tu, tetibe plak asap kluar dari permukaan jalan, makin lame makin tebal asap tu. Aku heran gak, nape mase tu aku tinggal keseorangan je kat situ. Orang lain yang parking krete kat situ tak muncul muncul. Heng,heng,heng bunyi ala ala cite tamil time suspen. Kebaboom, muncul seekor kucing raksasa. Memeow meow, aku melangkah setapak kebelakang justeru berlagak seperti mengelak sesuatu yang terpelanting kearahku.


"hai manusia,aku kucing memeow" bicara memeow tersebut seakan cerita nujum pak belalang.


Aku dengan simple nya menjawab "hai".


"aiit,tora datang lagi"memeow dengan wajah slumbernya ingin menakutkan aku.


"mengapa sih,memeow bicarain sebegitu rupa" aku bermonolog sendiri seperti jojo dalam drama tv3 tasbih cinta.


Pat pat put, memeow membuka langkah kung fu nya seperti mahu menerkam aku, argh,kau salah orang bisik ku, selama ini aku telah bertapa 7minggu di gunung kinabalu. Aku tanpa berlengah lagi, aku terus buka langkah seribu ku, sejak kecil lagi aku sudah belajar mengenal bunga bunga langkah seribu.


Aku terasa semakin jauh dari pandangan memeow tersebut. Fuhh, syukur aku telah selamat.


Bam bim bum, sepintas lalu memeow tersebut memintas aku. Aku mengigil ketakutan, nasib baik ada kayu yang panjang,aku lantas mengambilnya,bukan untuk ku memukulnya namun untuk ku mengaru bahagian bawah kepala nya, hah, aku telah selamat...






Itulah kisahnya, aku dan memeow kini menjadi sahabat yang akrab... Aku bisa kemana mana bersamanya.






...



Tuesday, April 6, 2010

salam perantaun dari Dongyang Technical College, South Korea

Salam perantauan dari Dongyang Technical College, South Korea(telah lama didraftkan)


Pagi ini tetap seperti pagi pagi yang lain namun ada sesuatu yang menerjah ke data data kenangan ku. Hampir pasti aku kenangan itu telah ku "delete" dari fail kenanganku. Namun sejenak aku tersapa oleh kelibat photo ku semasa menuntut di Dongyang Technical College, South Korea




Hampir dua tahun aku draftkan entri salam perantauan ku, kesibukan membuatkan aku hilang dari teratak ini, membiarkan teratak ini bersawang malah tanpa seorang pun penghuni ketika itu. Sekali lagi aku membelek belek entri berkenaan menyusun "salam perantauan" dari bahasa S.M.S kepada apa yang tercatat sekarang ini. Maaf andai ku lakarkan salam perantauan di entri ini. Sengaja untuk berkongsi sedikit pengalaman disini.


__________________________________________________




Jelas suara mama mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

"Adeq sihat sik sia?"(adeq sihat kat sana?)

"sihat jak, cam biasa jak Adeq kat sitok, kirum salam kat semua orang ah"(sihat je, macam biasa Adeq kat sini, kirim salam kat semua orang ah) balasku menahan hiba.


Aku mengigit hujung bucu bantal menahan sebak yang ku tanggung, aku rindu kampung halaman, rindu akan keluarga, rindu akan sahabat di Malaysia. Aku rindu semua nya. Aku rindu Mia, rindu untuk memeluknya,aku rindu Mia kucing comel ku.

________________________________________________


S
yukurlah dengan teknologi sekarang aku dapat berhubung terus dengan keluargaku. Argh, bosannya aku di negara asing. Disini aku berhadapan dengan dunia luar lingkup dari pemikiran, jauh sekali bezanya. Selesai menjamah makanan selepas melaksanakan solat raya di Masjid Itaewon,aku terus ke kuliah. Prof. Hansen kaimaida, naik bosan aku menunggu tamatnya kuliah, mana tidaknya hatiku masih mahu beraya, sukar untuk ku kecapi Aidilfitri yang sebenar disini.




_______________________________________________



Malam nya, aku dan rakan rakan dijemput hadir ke kedutaan Malaysia.
Disini baru aku dapat rasakan keindahan Aidilfitri hilang sedikit demi sedikit kerinduan ku terhadap keluarga di Malaysia. Kami disini seakan satu keluarga, benar aku rasakan seperti di kampung halaman, dengan kuah satey nya, ketupat, satey, rendang, lemang, huh, aku gembira disini, namun aku tahu itu hanya untuk seketika


Selesai menjamah kesemua menu aku bersalam salaman dengan rakan, membincangkan dari sekecil kecil hal hinggalah sebesar besar hal dunia , turut jua berkongsi kenangan di kampung semasa beraya.


T
eringat lagi aku semasa pertama kali melangkah ke sini, dan kita selalu disuapkan dengan kebersihan nya, tapi kantoi plak, cawan kertas seven elevan di buang ditepi jalan. Kantoi...


Hari pertama Ramadhan, cuaca sejuk sejuk sejuk, namun mengeringkan tekak aku, kelaparan tu memang ade, nafsu nak makan aku dari Malaysia sampai lah kesini aku tak dapat buang. Susah benar nak buang. . .ya..teringat lagi aku sesi latihan gempa bumi jam sepuluh pagi hari itu benar-benar menguji Ramadanku yang pertama. Hari itu juga bermulanya sambungan sesi kuliah setelah sepurnama berlibur musim panas. Terik 31 darjah semestinya membuatkan kening semuanya berkerut. Aku berdiri di belakang sekali, diam-diam. Sebenarnya sedang mengawal suhu tubuh yang dari tadi langsung tidak dihembus angin. Pandang atas, sinar mentari. Pandang bawah, pasir berterbangan. Pandang ke kiri, oh dugaan mata. Ada si cantik manis. Dua orang.hehehe




Hujan emas dinegara orang hujan batu di negara sendiri...aku rela memilih negara sendiri


B
anyak kisah aku nak kongsi sewaktu aku menuntut di Dongyang Technical College, South Korea,Namun cukuplah setakat ini. Jika berkesempatan aku akan menjejakkan kaki di sana lagi.
atau berkongsi kisah ku lagi..




Omaigod lupe nak gitaw, yang nie kisah rekaan je. Hehehe.Photobucket

Doakan aku dapat mengecapi belajar di sana. Amin. Teringin sangat. . .

Salam perantauan.


Photobucket
papai


maaf kalian teratak korang belum sempat ku jejaki..
ada kelapang pasti aku kan berkunjung..



.



Monday, April 5, 2010

kami blogger satu MALAYSIA







<a href="http://wanhazel.blogspot.com/2010/04/kami-blogger-satu-malaysia_05.html" target="_blank"><img src="http://i429.photobucket.com/albums/qq15/wan_hazel/satumalayasia.gif" border="0" alt="satu malaysia..satu blogger"></a>






Sesape yang nak ambek sila ambek taw...yang nie nak tunjuk kan sokongan terhadap kepimpinan Najib sebagai PM... korang ambek taw..peace..copy link yang berwarna hijau tu k anda paste je kat mane mane bahagian blog korang peace...kita kan anak anak MALAYSIA,,,


owh jgn lupe lepas korang copy tu..yang "Read more: http://wanhazel.blogspot.com/#ixzz0kATSsHEm" korang delete taw...hehehe



seoran budak Allahyarham kutuk Din Beramboi..








kredit to Fika..aku copy pic kat atas tu dari Fika dan mengetahui isi kandung nya melalui Fika..

terima kasih FIka


law korang nak taw kisah lebih lanjut..sila ke blog FIKA...klik this link ya..

Fika



Sunday, April 4, 2010

kebaikan dan keburukan study last minit


Salam, ari nie dah ahad balik,besok dah isnin,hari malas datang balik. Kuliah start balik. . .

So, ari nie nak borak pasal pe erk. Hari ahad cuti gak ke dari update blog.??huhuhu...

Ahad ahad nie aku slalu fikir nak wat ape padahal assigment aku berlambak tunggu untuk disiapkan. Tapi aku malas nanti last minit buatlah..


Memandangkan aku dah sebut mengenai last minit nie, so skang aku nak cite pasal kebaikan dan keburukan segala kerja untuk last minit.


Yang pertama, pasal keburukan dulu erk,kita pasti akan terburu buru dan kerja kita semua tak teratur. Kalaw aku plak, aku suke study last minit, besok nak exam baru aku study malamnye. Kadang tu aku tak study malam, sebabnye aku slalu fikir, besok masih ada masa, dan aku pun slalu fikir jap agi arh, masih awal nie. So setengah jam lagi nak exam baru aku study.


Keburukan yang kedua plak, apa yang kita study tu tak semua masuk,kadang tu tak masuk semua, Omaigod wrong chapter.huh...


Aku pun tak taw lagi ape keburukan last minit study nie...biar je lah..


Ok,kebaikan last minit study plak, kebaikan nye, bagi aku lah, kite tak kan lupe apa yang kita study tadi, kalaw ape yang kite study masuk exam, tu best,semua soalan kita dapat jawab.


Kebaikan kedua plak, kita tak mengantok coz malam tadi tak study, tol tak?hehehe.


Kebaikan ketiga plak,tak payah fikir banyak banyak,kita tumpukan pada beberapa topik je.


Hm,aku pun tak pasti ape yang aku cakap nie, biarlah.


Bagi aku study last minit nie banyak sangat keburukan dari kebaikan.
Study last minit boleh, tapi mesti tahu semua mengenai semua topik yang kita dah study...
Study last minit aku memang tak galakkan sangat kat korang, fikirlah korang tak kan lah korang nak sekadar lulus je. Tol tak.. So study smart. Peace.



Saturday, April 3, 2010

blogger si pembloggerian...jenis jenis blogger...



Selamat datang ke dunia blogger, bagi yang baru berjinak jinak dengan dunia blogger,teruskan penulisan anda. Disini saya ingin berkongsi sesuatu, kisah alam blogger.

Pasti tertarik bukan,bila bukak je, terus dapat beberapa comment dikotak entri,tapi berhati hati jangan tertipu, ini pesanan kepada blogger blogger, please jangan approve comment dari anonymous yang berbahasa inggeris . Ingat itu adalah Spam.. Pengiklan mengambil kesempatan dari traffic dan kesempatan dari shoutbox yang di klik. Lihat paparan di bawah.




kesasihannya masih tidak diketahui


Owh ya,ia tetap terjadi pada blog saya. Agak lalai suatu ketika dulu.


Ok.cukuplah pasal pesanan tu erk. Skang aku nak cite pasal pemblogger plak. Pemblogger nie ada banyak jenis.

Jenis yang pertama, pemblogger akan menceritakan kisah seharian nya,kisah kehidupan.. Putus cinta, ketemu cinta baru, pelbagai lagi yang diceritakan.

Jenis yang kedua, pemblogger yang mahukan pendapatan pasif yang lebih, contohnya dalam blog pemblogger ini dipenuhi dengan bahan iklan... Penuh dengan iklan sampaikan entri pun tak nampak. . Huhuhu.

Jenis yang ketiga plak, pemblogger yang bercerita mengenai artis, gosip terhangat artis, kes penceraian artis, apa itu ini artis, artis buat apa, anugerah bintang populor berita harian, dan banyak lagi pasal artis dan dunia hiburan.

Jenis keempat pula, pemblogger yang meng-entri-kan cerita lawak. Lucu sana sini.. Lawak giler.

Jenis yang kelima plak, pemblogger yang memblogger mengenai seks,18 tahun keatas,cewek montok, cewek best, panas,pengalaman seks aku,seksi,hangat, pertama kali melakukan sexs, gambar lucah , dan banyak lagi mengenai porno porno seks..

J
enis yang keenam pula, pemblogger photographer, kesemua entri mengenai photo yang diambil, kebanyakan tanpa bual bicara,kerna gambar membicarakan semuanya.

Jenis yang ketujuh pula, pemblogger yang menyediakan tutorial, segala jenis tutorial ada, dari adobe photoshop hinggalah menganyam ketupat..

J
enis yang kelapan pula,jenis pemblogger yang menjaga tepi kain blogger lain, kesemua blogger blogger yang tak kena pasti akan dientri kan,, jadi jaga jaga..

Jenis yang kesembilan pula, jenis pemblogger yang berbincang mengenai politik, satu Malaysia, setahun Najib sebagai PM. Ekonomi, semua mengenai politik ada.

Yang terakhir pula adalah multiblogger, maksudnya pemblogger ini mengetengahkan pelbagai jenis entri.

mungkin masih ada lagi jenis pemblogger yang saya tidak ketahui

Jadi,kamu pemblogger yang bagaimana? Fikir fikir renung renung.

Papai.



.



Friday, April 2, 2010

gigi..jagalah gigi..kesihatan gigi

Hari nie seawal pagi aku dikejutkan dengan penyakit gigi. Aduh, sakit gigi. Aku tak sanggup sakit gigi lagi. " I dont want banana fruit two time ".

Teringat seketika aku pesan ibu. Jangan mamam makanan yang terlalu manis , tapi aku tak kisah dengan nasihat tu, dan skang baru aku sedar, betapa sakit nya menanggung penderitan sakit gigi.

Kuharapkan hari ini seindah Good Friday namun sebaliknya, rupanya this is my Bad Friday.. Biarlah...

Jam 3.00pm aku ke klinik gigi. Bertemu dengan doktor gigi seperti akan kehilangan nyawa. Aku takut benar. Aku diarahkan duduk.

"so,nape g sini"tanya doktor.

"sakit gigilah doktor"bilang ku.

"nape lah doktor nie ngok ngek sangat,nie kan klinik gigi,mestilah aku sakit gigi" omelan hati kecil ku.

C
ek,punya cek, rupa nya gigi aku banyak sangat plug. Huh, aku heran sangat,camne gigi aku banyak plug..huh, amende doktor nie. Gila apa...





So,aku terus balit.malas nak layan sangat doktor tu. . Aku terus lari keluar,coz nie cite aku. Sukati aku lah nak update ape.hahahaha.

Aha...law korang tak nak gigi korang ada plug camnie..jagalah gigi korang k...adik adik janga koat mama gula gula k..tak baik untuk gigi...kerna gigi terserlah keayuan anda..peace



Hope, Good Friday korang bez...

Salam.


.



Mampukah 'Hotel Mania' Cetuskan Fenomena Seperti 'Glee'?_ 'Hotel Mania' Bagaikan 'Reunion' Teman Lama

Mampukah 'Hotel Mania' Cetuskan Fenomena Seperti 'Glee'?

'Hotel Mania' Bagaikan 'Reunion' Teman Lama




Hotel mania, hotel mania,bez ke? Bagi aku citer nie bez tapi time mereka orang nyanyi nyanyi tu ade part yang aku tak suka, hm, over sangat. . . Watak Adi tu aku tak suka. Semua chef dalam watak tu pun aku tak suka. Aku suke watak Adam, n pekerja Spa. Hehehe. Pekerja Spa comel. Hehehe.

Ok,ok,law aku diberi pilihan nak pilih watak ape, aku pilih watak Adam..hehehe. Budi bahasa budaya kita. Eceh. . .


------------------------------------------------------





Drama muzikal. Bukan satu idea baru. Ingat lagi 'Kau Dan Aku' lakonan Mila, Aril dan Akim? Satu percubaan berani yang boleh dibanggakan. Cuma pencapaiannya tidak sebaik yang diharapkan. Namun, ini tidak mematahkan semangat KRU Studios untuk menerbitkan drama muzikal mereka sendiri.

Hotel ManiaHotel Mania
'Hotel Mania', drama muzikal 26-episod, arahan Nizam Zakaria yang juga penulis skripnya, membariskan nama-nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan – Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Dan yang lebih menarik, lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah lagu-lagu popular ciptaan KRU.

Mampukah 'Hotel Mania' mencetuskan satu fenomena di sini sepertimana 'Glee' di Amerika Syarikat? Semuanya akan terjawab pada 2 Mac depan bila 'Hotel Mania' menggantikan 'Tari Tirana' di slot Lestary TV3.

Cerita bermula dengan Adiwira (lakonan Anding), seorang graduan dari Sarawak yang ke Hotel Mania untuk mencari bapa kandung yang tidak pernah ditemui.

Di Hotel Mania, Adiwira berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihan praktikal di situ. Kebetulan, hotel tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka untuk pelatih-pelatih baru. Girang mencadangkan kepada Adiwira untuk menghadiri temuduga itu supaya dia mempunyai tempoh yang lama untuk menyelesaikan misi mencari bapa kandungnya.

Ketika bekerja di sana, Adiwira bertemu Emilia (Adeline Anthony) yang bertugas di bahagian spa & sauna. Emilia selalu dibuli Mar (Marsha), pekerja 'front desk' yang menaruh hati pada Adiwira.



Diambil dari gua.com

sambungan klik ke
paparan sebenar




Thursday, April 1, 2010

bukan Hotel Mania tapi Kawan

Malam tadi malam tadi tadi tengok hotel mania bez sangat. . . Hotel mania I vote 4 u. Hehehe.

Sorry erk,nie bukan entri pasal Hotel Mania. Nie entry pasal kawan.

Jom

Mase kecil kecil dulu, geram sangat nak jadi dewasa, ada misai,ada janggut. Hm,camne erk rupe aku ada misai and janggut. Huh,

hahahahha...lucu je aku...tak nak lah camnie...huhuhuu..tapi terpulang lah masa yang tentukan k..


Bila dah dewasa plak, geram sangat nak jadi bebudak. Comel,dimanja,diberi kasih sayang,makan minum pun teratur. Tapi sekarang,tengoklah keadaan kita. Jauh sangat dari yang dulu. Banyak bebudak skang dapat jangkitan kejutan budaya. Susah susah,nasib baik aku tak camtu. Bukan nak cakap besar cuma nak beri pendapat je.


Skang korang sedar tak dalam banyak banyak kawan korang,ada yang jenis kawan makan kawan, ada gak yang selalu sangat minta tolong, tolong yang nie, tolong yang tu. Padahal sendiri yang malas nak usaha.

Kawan nie banyak jenis, korang pun taw lah. Ada kawan yang terlalu sangat minta pembalasan.

Rupe nye ada udang disebalik batu.

Ingatlah kawan, menolong bukan untuk minta dibalas. . .

Aku pun bukan sempurna sangat,aku masih bercermin diri bila berbicara. Aku kadang camtu, tapi aku tak sampai nak ungkit ungkit. Bila tak dibalas

Ye lah, law aku tak dapat tolong,aku cakaplah tak dapat tolong,tapi ada jenis kengkawan yang mulut bez sangat, senang senang je cakap aku nie tak kenang budi. "dolok aku nolong kau,dah tok.. Camya ko molah aku"(dulu aku tolong,skang nie,macam nie kaw wat aku)


So,korang,hati hati bila berkawan k, dan ingat menolong bukan untuk minta dibalas k. . ..


Salam satu Malaysia.
Peace.

Masih dalam mood bz...
And maseh dalam permasalahan besar...




.