Monday, March 29, 2010

Saat hatiku termenung. . .


Play da song before u read...


Sayu sayu udara malam menyentuh pipiku. Saat ini aku terkenang kembali kisah lampau, hampir tujuh bulan sudah pemergian Sasha. Sasha seorang gadis yang sama kuliah dengan ku suatu ketika dulu. Menetap di Mukah dan belajar di Kuching. Sengaja ku lakarkan bicara bisu diteratakku ini, bukan untuk berkongsi penderitaan cuma untuk melepas keluhan rindu dihati.

Tanpa kusedari, dipipi mengalir air mata, menitis membasahi papan kekunci lappy ku. Aku terlampau cengeng ketika ini. Teresak esak nafasku.
Hampir sahaja aku melarikan pandang dari teratak ini.

Beberapa bulan jua aku biarkan teratak aku ini bersawang, syukurlah ketika ini, teratak ini dipenuhi kembali dengan kunjungan kalian. Dan senyum ku mula terukir,entah nyata atau palsu. Entah bohong atau benar. Aku biarkan luaran menjadi penghakiman sifat ku.


Ramadhan bulan yang amat mulia dan Syawal bulan yang amat gembira namun bagiku Ramadhan bulan segala seksa dan Syawal bulan yang benar benar merubah kehidupanku.


__________________________________________________________

1Syawal, selepas Magrhib takbir raya bergema, sebaik saja keluar dari surau darul ukhwah aku segera mendapatkan telefon bimbitku didalam kereta.

Bila bukak je, aku mendapati 10 miskol dari Wawa adik kepada Shasa. Entah mengapa saat itu hatiku mula kelu. Aku segera menelefon Wawa,

Berlatar belakang suara takbir. Wawa menangis.

"Abang Wan, kak Shasa dah sik da..."(abang Wan, Kak Shasa dah tak de) cukup ringkas.

Tangisan Wawa sudah cukup meleburkan ego seorang lelaki.

Yang selama ini hanya meratap tangis dalam hati.

Aku sebentar mencongak dada langit, menyeka air mata yang mengalir. Sukar untuk ku gambarkan saat itu.


Innallillahi wainna ilaihi ra ji' un. Hanya itu mampu ku ucapkan.

Dari Dia ia datang kepada Dia ia pergi. Itulah selayak layaknya.

Pada siapa ingin kutuju. Susah benar aku berada jauh dari nya. . .

__________________________________________________________



Pagi Syawal, merubah aku dari seorang yang gembira kepada yang pendiam menyepi hiba. Sedih nya aku saban hari, membawa aku terkenang saat di bulan Ramadhan.

" Wan mun Sasha dah sik da lak, kitak jaga dirik ah"
( Wan kalaw Sasha tak de nanti, awak jaga dirik ah)

Aku hanya terdiam, selepas selesai berbuka bersama. Aku membawa Sasha ke klinik untuk pemeriksaan yang seterusnya.

Duka ku diselang senyum. Aku amat terseksa. Mungkin aku tak setabah Sasha, walau kanser yang menyerang senyum nya tetap terlakar.


Kanser tahap kritikal.. Sasha redha terhadap takdir nya. Namun aku sebaliknya. Jiwa aku terseksa, disetiap kali solat ku. Doa ku titipkan tanpa henti agar diberi kesejahteraan kesihatan terhadap nya.


Puasa yang ke 28, kuliah yang terakhir. Selepas berbuka, aku menghantarnya ke airport. Terdetik benar hati ku. Ini lah saat terakhir aku melihat wajah nya, gadis bertudung,wajah bujur sireh, dan senyum manja dari nya. Aku tikam jauh jauh fikiran itu. . .

Lambaian terakhir dari Sasha dan sekeping surat untuk ku.

"lepas tok mun umur panjang kita jumpa gik ah. Mbak Sasha g umah Wan k. Mok raya kat umah Wan wak."
(lepas ni law umur panjang kita jumpa lagi ah, bawa Sasha ke rumah Wan. Nak raya kat umah Wan gak)

___________________________


Saat ini, hanya tinggal aku keseorangan. Sukar untuk ku buka pintu hatiku terhadap yang lain.

Sasha tiada yang mampu menganti.

Peringatan buat Sasha.

Sasha,
Dalam hidup ini,
kau banyak ajar aku erti kehidupan.
Ajar aku erti kesabaran,ketabahan,kejujuran,keiklhasan, dan kesetian.


Masih segar diingatan ku suara terakhir mu.
" Wan, kamek sayang kitak sampey bila bila"


'ST12_saat terakhir' Menjadi halwa telinga ku saban hari tatkala merindui mu. Aku tahu ini lagu kegemaran mu. Mengapa perlu pergi...


Kau pergi jua,tanpa ku disisi mu. . .


Salam rindu buat mu.
Tuhan lebih menyayangi mu.


Bukan derita kau beri,
Namun ketabahan ku kau uji,
Bukan pilu yang kau tinggalkan,
Namun sebuah Cinta yang terukir yang kau tinggalkan,
Bukan tangis yang kau mahukan,
Namun senyuman yang kau inginkan,

Disini kisah,
Ada kisah yang terpisah,
Ada rindu yang tak sudah,
Dan kekecewaan yang kian bertambah,



Ku ukir madah gembira sebagai helah,
Disebaliknya aku bukan itu,
Tidak mengerti,
Tidak mengetahui,
Dan tidak memahami,

Maknanya aku menipu selama ini,

Kata ku,
Aku gembira,
Namun realiti nya bukan seperti yang ku kata,
Maaf atas segala...
Yang pasti itulah aku,


Insan tak setabah dirimu.
Wan Hazel

Papai...
____________________________




Maaf kalian, ini bukan kisah benar, sengaja untuk ku menitip bahasa setelah lama terdiam.peace.


Tiada kena mengena antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Hanya cerita rekaan.


Omaigod.Omaigod..korang tertipu..hehehe




.



bila nak taw nie...menang ke tak,,,hadiah bile dapat


nie logo 5S yang aku wat untuk pertandingan kat kolej aku ICATS...tapi sampai skang tak taw sape menang,,,aku pun tak taw dah..lame dah sangat...so aku wat tak taw lah erk,,, biarkan je lah..macam tak layak je logo aku nie...peace


Poster nie plak aku dah menang SDcard tapi taj gak dapat sampai skang...huhuhu..biar je lah ...



Sunday, March 28, 2010

wang duit duit...ape yu

Huh,ari nie penat sangat. Korang heran tak?nape erk tiap tiap hari aku mesti penat je... Garu kepale skit. . . Aaa,cukup cukup. Sudah sudah.


"Ayah jadi kan dia bintang macam nie,macam nie". Iklan fair and lovely. Saje je wat iklan..


Sepanjang tempoh aku demam, susah sungguh aku nak update blog. Update semampu yang boleh je lah. Idea pun kurang. Skang aku dah kembali pulih, dah normal..batok batok je lagi. So skang aku nak wat entri mengenai wang, duit duit...

..................................................


Ape itu wang?? Wang tu makanan ke? Kenape wang penting? Wang tu macam sesuatu yang ajaib ke? Dari mane wang datang? Ade yang lahirkan wang ke? Camne nak dapat wang? Berdoa je ke?


Ok, aku kasi taw ape tu wang,wang nie ade yang kertas warna biru,hijau,merah, ade gak yang besi warne perak. Antara yang besi dan yang kertas, yang kertas besar lagi nilai nye.

Hipotesis:
Semakin besar size,semakin besar jumlah.


Wang nie orang selalu wat ape? Ok,ok, wang nie orang selalu wat kapal terbang kertas tu. Law kat sarawak orang panggil tu "belon". "belon" tu kapal terbang k. Dan law wang singgit tu wat lap peluh. Hehehe. Tak de lah,wang nie orang wat belanje lah, and ada gak yang menyimpan wang.."sikit sikit lame jadi bukit"

Dari mane datang wang. Biase nye wang datang time ujan lebat. Lebat tak henti henti. Bagi tauke tauke jual payung tu, time yang cam ginie lah wang masuk. Ramai yang nak beli payung. Betol tak kengkawan.


Hm, korang ekot nie k.korang wat cam berfikir sambil jari telunjuk tangan kiri pegang dahi, pas tu korang tanye. "cam mane nak wat duit?".. Sekali lagi tak dengarlah. . .

2minit berlalu...

Ok,ok Wan jawab. Care nye mudah, dengan Nuffang je. Tol tak kengkawan. Klik klik and up traffic korang. Hehehe. So,wat lah entry yang menarik, selalukan blogwalking, update blog seminggu sekali sekurang kurangnye dan ingat usaha tu tangga kejayaan law mengenai jalur lebar plak, usaha tu lif kejayaan,"Cepat,pantas dan ringkas". Rezeki orang tak bagi taw. Kite yang cari sendiri. Wat baik dibalas. U klik I klik jugak. Huhuhu

Semakin besar size,semakin besar nilai kecuali duit 50sen. Hipotesis kurang diterima.

Sekian dari saya.
Salam...

Jangan lupe klik taw..Huh,ari nie penat sangat. Korang heran tak?nape erk tiap tiap hari aku mesti penat je... Garu kepale skit. . . Aaa,cukup cukup. Sudah sudah.


"Ayah jadi kan dia bintang macam nie,macam nie". Iklan fair and lovely. Saje je wat iklan..


Sepanjang tempoh aku demam, susah sungguh aku nak update blog. Update semampu yang boleh je lah. Idea pun kurang. Skang aku dah kembali pulih, dah normal..batok batok je lagi. So skang aku nak wat entri mengenai wang, duit duit...

..................................................


Ape itu wang?? Wang tu makanan ke? Kenape wang penting? Wang tu macam sesuatu yang ajaib ke? Dari mane wang datang? Ade yang lahirkan wang ke? Camne nak dapat wang? Berdoa je ke?


Ok, aku kasi taw ape tu wang,wang nie ade yang kertas warna biru,hijau,merah, ade gak yang besi warne perak. Antara yang besi dan yang kertas, yang kertas besar lagi nilai nye.

Hipotesis:
Semakin besar size,semakin besar jumlah.


Wang nie orang selalu wat ape? Ok,ok, wang nie orang selalu wat kapal terbang kertas tu. Law kat sarawak orang panggil tu "belon". "belon" tu kapal terbang k. Dan law wang singgit tu wat lap peluh. Hehehe. Tak de lah,wang nie orang wat belanje lah, and ada gak yang menyimpan wang.."sikit sikit lame jadi bukit"

Dari mane datang wang. Biase nye wang datang time ujan lebat. Lebat tak henti henti. Bagi tauke tauke jual payung tu, time yang cam ginie lah wang masuk. Ramai yang nak beli payung. Betol tak kengkawan.


Hm, korang ekot nie k.korang wat cam berfikir sambil jari telunjuk tangan kiri pegang dahi, pas tu korang tanye. "cam mane nak wat duit?".. Sekali lagi tak dengarlah. . .

2minit berlalu...

Ok,ok Wan jawab. Care nye mudah, dengan Nuffnang je. Tol tak kengkawan. Klik klik and up traffic korang. Hehehe. So,wat lah entry yang menarik, selalukan blogwalking, update blog seminggu sekali sekurang kurangnye dan ingat usaha tu tangga kejayaan law mengenai jalur lebar plak, usaha tu lif kejayaan,"Cepat,pantas dan ringkas". Rezeki orang tak bagi taw. Kite yang cari sendiri. Wat baik dibalas. U klik I klik jugak. Huhuhu

Semakin besar size,semakin besar nilai kecuali duit 50sen. Hipotesis kurang diterima.

Sekian dari saya.
Salam...

Jangan lupe klik taw..



Saturday, March 27, 2010

edited Cik Cha photo...

Cik Cha


fuh...aher nye siap gak edit photo Cik Cha...dah janji kan...so,wan edit lah...
Malam nie baru de free skit nak edit photo Cik Cha...belek punye belek photo Cik Cha di Facebook...so ade dua photo yang berkenan dihati..dapat lah edit..



Mase wan edit photo nie pun tak dapat lame sangat...coz ade kerje nak wat..so wan terpaksalah pakai kun fu ninja naruto wan..SHARINGAN eye,,,lepas tu barulah dapat wat...syukurlah janji wan dah tunaikan...so enjoy lah k...peace CIK Cha...upahnye...
20sen taw..hahaha..takdelah...Nyanyi jap..Ang Ang ang to te mo daeiy suki..doaemon mon..



Papai





kisah aku di dunia bunian...



Hello all.



Ari nie aku macam biase je lah, dok belek belek blog korang. Banyak dapat teman baru. Mane tak nye, aku slalu je blogwalking kat blog korang kan. Hehehe. . .



___________________________


Hari nie aku berjalan jalan. Aku rase penat sangat mase tu, so aku ambik keputusan untuk berehat. Dekat situ ade batu besar,besar sangat. Aku duduk lah kat atas batu tu. Aku memang tak taw plak yang batu tu ade penunggu. Aku pun tak taw nak cerita camne, waktu terlalu pantas sangat. Kelip je mate aku terus dibawa ke dunia lain. Aku mule mule takut sangat kat situ. Lepas tu baru aku berani nak meneroka dunia tu. Aku beranikan diri je. Dari sinilah bermula kisah perjalanan aku.


Masih mengekalkan Abram sebagai watak utama


Mule mule aku jumpe seseorang nie. Aku tanye lah ape name dunia nie. Syukurlah dia seorang yang baik hati peramah plak tu. Aku tanye lah name dia. "Sape name awak?". Dia pun jawab."nama saya Alice da Abram " dengan nada yang amat kecil. Samar samar aku dengar. "owh, si Alice da Abram .."bilangku. "kat mane saye nie erk?".aku mengajukan soalan. "awak berada di dunia KittyWondergorl"jawab Alice da Abram. "ape??" jawabku, berpura pura seperti ketakutan. Lepas tu aku terus tanye."camne nak kuar dari sini erk". Alice da Abram pun menjawab,"awak jalan je lurus,no bengkok bengkok k"...ahernye,aku say papai to Alice da Abram. Aku pun teruskan perjalanan.




Jalan aku berjalan, aku pun berjalan. Aku gagahkan hati aku berjalan. Tetibe je bang boom. Satu lembaga menerjah aku,lembaga itu terbang di awan awan.. Aku terkejut dengan muke yang comel. Omaigod,omaigod, aku terdiam tanpa bersuara. Pergh, comelnye,detik hatiku. "Hai" kata yang pertama keluar dari mulutku, terketar ketar suaraku. "hai bro,what up" dengan suara yang comel dia membalas. Aku terkesima seketika.huis, kate kate tu... Aku masih dengan hati ku yang berdebar debar,terketar suara ku bertanya. "macam mane nak kuar dari sini erk". "ala bro,senang je bro,biasa bro. Lu jalan lurus,tapi ingat bro,pintu keluar akan tertutup tepat jam 5petang bro,cepat cepat bro". Aku tanpa berfikir panjang,aku terus lari mencari jalan keluar,tanpa sempat aku kasi flying kiss.hehehe.


Kali nie aku berlari lari anak. Sambil berlagu."ang ang ang to te mo na isuki,doaemon mon". Kat sini aku jumpe ramai sangat,ramai ramai.. Aku dah macam VIP mase tu. Penat aku nak kasi tanda tangan.. Aku pun tak taw camne dia orang nie kenal aku. So aku tanye lah dia orang nie. "Camner korang taw and kenal dengan I nie". Bahase aku sikit terhegeh hegeh,ala ala orang landon. Lantas kesemua mereka menjawab. "kami warga blogger gak, kami 1 Malaysia"... Lepas tu mereka semua sekali berkumpul. Rupe nye mereka semua dah berpakat nak kene kan aku. . .tara tara... Suprise. Aku pun tak taw suprise ape mendenye. Dan lagu kenangan terindah terus berkumandang didunia tersebut.Boom,dengan tetibe nye aku terus ke dunia realiti... Tanpa sempat ku khabarkan,aku gembira mengenali kalian.





Salam Persahabatan dari aku...
Wan_Hazel


Maaf photo korang aku gune...peace



Friday, March 26, 2010

ape cerite ari nie...

Hello all.

Kawan kawan blogger wan nie,semua sihat ke??? Hope sihat lah. Wan ari nie pun sihat gak. Sihat sikit je lah. Bagi member member yang demam tu, wan doakan semoga sihat erk. Jangan lupe telan penadol...

Ari nie aku macam biase je lah, dok belek belek blog korang. Banyak dapat teman baru. Mane tak nye, aku slalu je blogwalking kat blog korang kan. Hehehe. . .

__________________________

Jam menunjukkan 5petang,ari nie kuliah aku sampai tengahri je. So,petang aku ada mase lepak kat umah. Dari jam 2 sampai jam 5 aku tertidur. Huh,tidur pun penat kan.

Lah,lupe plak nak cite, ari nie aku g men skateboard. Skateboard aku masih baru g. Masih bau kedai. Macam biase lah aku g taman kat Muara Tuang tak jauh dari rumah aku tu. Kali nie aku tak men waktu Magrhib. Aku dah insaf. Trauma aku, tak sanggup lagi aku jadi kepingan daging.



Law korang nak taw,nie kali pertame aku men skate. First time, tp yang aku heran,aku nie dah macam pro men skate,may be disebabkan aku selalu tengok video di youtube pasal men skate nie. Semua trick aku taw. Olie, kickflip, popsavit,casper,darkslide. Semua lah aku taw.

Kat situ banyak member tengok aku men. Awekz awekz pun banyak. Hehehe. So aku men lah dengan penuh semangat. Berlagak macho plak tu.



boom,munyi mercun,Terus aku terjaga,rupe rupenye aku bermimpi je,


Papai.


aku masih demam..

tak de mood nak wat entry....


jumpe len kali erk,,


owh,,,tengs 2 atenhana...coz kasi taw gadget tu,,tak taw lah betul ke tak,,,








Thursday, March 25, 2010

kisah aku yang malang hari ini

Carian google


Disini aku berdiri,
Bermulanya satu langkah menerjah ke dunia luar,
Memerhati alam ciptaan Nya,
Membiarkan semuanya berlalu sebegitu sahaja,
Lantas ku pejam rapat rapat mata ku,
Membiarkan diri berdiri di alam khayalan ciptaan ku.

Disini aku berbicara tetap bercermin diri...


Aku memang dari semalam lagi berfikir nak wat ape ari nie. Law ade aktiviti dapat gak aku update blog. Fikir punya fikir sampai tertidur aku. Bangun je pagi nie, ambik tuala..hah..dalam bilik mandi aku dapat idea. Aku nak men lelayang ari nie. So,lepas siap semua,kire nak turun kuliah lagi. Aku terus bawak sekali lelayang aku. . . Lelayang aku nie memang dah lame ade,mase je tak de nk terbangkan nye. So aku bawak lah. Aku letak dalam kereta sekali dengan fail fail aku. Kuliah aku dari jam 8.00 pagi sampai jam 6.00 petang.

Dekat kolej aku, hati aku memang nak balik je, fikiran aku entah terbang ke mane. Jasad aku je yang ade. Waktu tu baru aku sedar. Lelayang nie,memang besar pengaruhnye. . . macam alkohol plak..hehehe

Jam macam biasa lah berpusing pusing, tu pun aku rase lambat sangat. Seharian pun masih belum tamat g. Tik tok,tik tok,tik tok,tik tok. Ahernye tamat dah sesi kuliah aku.. Simpan semua barang. Say papai to my fwen, aku terus blah. Masuk krete start enjin. Pecut.

Dalam 25minit perjalan,aku tak balik rumah dulu. Aku terus je ke Taman permainan berdekatan ngan rumah aku,kat Muara Tuang..kat situ banyak orang, ada yang main buaian,bebudak men skate,jogging,manyak gak aktiviti kat sini. Tapi yang ade hanya aku sorang je. Semua orang dah balik. dah magrhib. aku ape kisah.hehehe

J
eng,jeng,jeng, barulah aku rasa lega skit. Dapat gak aku berpijak kat sini. Aku terus keluarkan lelayang aku. Walaupun time tu dah magrhib.

Waktu nie lah bermula kisah malang aku. Sebelum aku men lelayang tu. Aku dah pasang kamera aku untuk snap setiap inchi and saat dari mula mula aku terbangkan lelayang nie.Photobucket

N
asib baik ada photo kan. Tak lah macam tipu sangat. Nie lah photo aku. Malang betol aku.



M
ule mule, aku memang epy sangat,coz lelayang aku terbang tinggi,aku senyum dengan gembira, lepas tu tetibe je ade sekor lebah nie,entah datang dari mane. Lebah tu terbang terbang je pusing pusing badan aku. Lepas tu tepat tepat dia brenti depan mata aku. Terkejut giler aku. Omaigod omaigod,dalam ati aku dah takut dah. Bahaye law kene suntik dek lebah nie.Photobucket


T
anpe membuang mase lagi, aku terus try halau lebah tu. Geram betul aku mase tu. Halau punye halau, tanpe aku sedari,aku dah melilit dengan benang lelayang aku nie. Owh tidak, law korang nak taw,benang lelayang aku nie tajam sesangat. Bahaye sangat. "Tajam seperti pisau yang tajam"

Lepas tu,tetibe je angin bertiup ngan kuat. Aku pun terasa badan aku macam kene hiris. Mase tu aku berserah je dengan Tuhan. Kurang dari 3saat,badan aku dah terbahagi kepada beberapa bahagian. Akhernya,mata aku dah kene suntik oleh lebah. . . Aku pun jadi kepingan danging yang tak digunakan lagi. . . kesian...nasib badan

Tam mat.

Skang aku menaip pun penuh dengan curahan darah. Penuh berhati hati takutkan jahitan pada badan aku terputus... Doakan aku cepat sembuh ye kengkawan.


Maseh dalam mood trauma..hehehe.

Pengajarannye... Jangan men waktu magrhib taw.

Salam sayang semua.



Realitinye..aku memang demam waktu nie...Photobucket
doakan aku cepat sihat erk..law tak sihat...tak dapatlah aku nak update blog aku..


Photobucket
Nah cium sayang untuk kalian...




Wednesday, March 24, 2010

join contest RM100..dari diari seorang lelaki




klik untuk terus ke Contest RM100 dari diari seorang lelaki


Syarat² Penyertaan

Sila buat entry bertajuk seperti di atas iaitu - CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

Entry tak payah la nak skema², ikut kreativiti korang la..

Sertakan
banner di atas & backlink ke entry ini..Tak payah la letak kat sidebar..

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.04.10

Hadiah

Hadiah

Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda

Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda

Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda

Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda


________________________________


Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..




seketika aku terdiam membiarkan otak kiri dan kanan ku bergelimpangan mencari idea untuk dibazirkan ke arah RM100...lagu Mama aku mahu kawen menerjah ke otak ku..menjadi peneman halwa telinga ku.. ku buang jauh jauh fikiran itu,,aku mula terdengar lagu sudirman hujan yang turun bagaikan mutiara dari blog diari seorang lelaki masih jua ku biarkan laman sesawang blog beliau terbuka...



aku teruskan jua berbual bicara,,,ah,malas lah plak nak puitis nie..so nie kalau aku menang aku nak wat pe ngan duit nie...aku nak bayar strymex internet aku untuk bulan 2 tadi..aku belum bayar lagi..amat amat lah memerlukan duit..jumlah yang kene bayar RM84.00..so baki nye aku buat tambang minyak and beli mee maggie,,

law tak pun aku nak RAM untuk PC aku...koz PC aku dah terlalu slow...lambat and berat terlampau banyak photo dalam PC aku,,,tolong tolong


korang pun taw kan aku nie suke sangat masuk dalam dunia fantasi ku...kalaw lah aku menang duit tu..aku nak upgrade aku punye jari aku nie so aku dapat taip dengan cepat secepat yang mungkin..tak lah aku lambat sangat nak siap kan asgment,,huh...kalaw lah dapat kan..


Omaigod ..Omaigod..rupe nye aku menang dah...tengs diari seorang lelaki


heheheh,,,aku tak menang lagi lah...tapi aku nak menang..tolong erk...peace..hehehe



dapat award dari adah dan Lovillea

award dari
Lovillea dan Adah


tengs...2 orang skali kasi aku award yg sama..hehehe

nak kasi sape lagi erk...mesti kasi 20 orang...so aku bagi taw kat tagboard korang k



my superb snap and editing perpekstif


tiada update so aku share lah photo aku k...peace





Model : ??
Lokasi : ICATS my kolej
Model : LOve
Lokasi : rumahku
Model : orang kayu
Lokasi : kebunku
Model : kebunku
Lokasi : kebunku
Model : myself
Lokasi : kampungku (sebandi)
Model : Ainur
Lokasi : Biodesel kuching
perkahwinan sepupuku
lokasi : rumah pengantin perempuan (sebandi)

Model : preslly,maurice_editing snap(wan hazel)
Lokasi : Gunung Gading
Model : Abram,pressly,carl math.carlderk,phatrick an me(wan hazel)
Lokasi : Taman Sahabat
Model : Abram
Lokasi : Taman Sahabat

Model : Ezzah
Lokasi : Taman Sahabat

Wan Hazel the man behind it



Tuesday, March 23, 2010

Kini kau dan aku hanya tinggal kenangan,biar gambar ini bukti ku memohon maaf pada mu

Hari nie hari selase,
orang suke makan ape...?
Maaf ari nie aku tak berapa ok.

Aku sering terdiam,
Membiarkan sinar mentari memancar kewajahku. Penghawa dingin aku buka sebesar yang mungkin. Aku mengigil bukan kerna aku sejuk, bukan jua kerna aku takut. Aku mengigil kerna kesedihan yang aku alami. Perjalanan hidup aku seolah olah terhenti seketika. Detik saat jarum jam turut terhenti. Lantas saat itu kubiarkan diri ku mengelamun...




Hari nie bermula sebuah kehidupan aku yang suram. Aku pun tak sangka perkare macam nie terjadi kat aku. Aku betol betol tak sangka. Selama nie, elok je depan mata aku, setia, tak pernah g mana mana tanpa aku. Sentiasa je ade ngan aku. Sekarang, kau pergi tinggalkan aku. Kenape baru sekarang. Kenape bukan dari dulu lagi. . .

Maaf,aku taw aku banyak wat silap kat kau. Aku tersenyum pun bukan bermakna aku sentiasa epy. Aku gelak pun bukan bermakna semua yang aku wat membahagiakan aku. Aku wat semua untuk kau. Kenapa kau pergi. . .

Sekarang baru aku sedar,mase tak dapat diputar balik. Patutlah orang kate,

"jangan terlalu sayang,biar ada rasa benci sikit. Kalau benci jangan terlalu benci,biar ada rasa sayang sikit".
Hari nie banyak mengubah aku. Aku dapat rase,bila kau terluka, aku jugak yang rasa basah tangis kau. Maaf sekali lagi,selame nie aku sering pijak kau, namun kau tak hargai ke, kemane pun aku pergi,aku tetap ajak kau sekali. Kau ikat aku, sampai berpeluh aku. Kau tak sedar lagi ke. Aku tahu aku selalu biarkan dibawah,namun aku dah beri selanyak lanyaknya penghormatan kat kau.



Mungkin antara kite dah tak sehaluan, dan sekarang aku akan tinggalkan kau sendirian, itu mahu kau kan. Biarlah kau bersama teman teman kau yang lain.




Kini kau dan aku hanya tinggal kenangan,biar gambar ini bukti ku memohon maaf pada mu...wahai kasut Vans hitam ku..



Masih dalam mood kesedihan.

Hehehe.