Monday, July 6, 2009

Menyendiri buat sementara waktu

Salam,

Maaf wat kalian. Saya terpaksa pergi jauh buat sementara waktu.
Tinggal lagi lah teratak ini buat jangka masa tertentu. Jaga diri baik baik bila saya tiada. Peace and respect..


For my love.take care my dear.



Tinggal lah lagi teratak ini.

Wan_hazel



siapa kau si penyamar wan_hazel


Salam...


First of all,maaf dipohon kerana mengguna istilah 'aku' sebagai kata ganti diri dalam entri kali ini. Kepada yang lebih tua,kakak kakak dan abang abang saya sentiasa menghormati kalian. Entri kali ini lebih selesa jikalau saya menggunakan istilah 'aku'.

Hmm,wan_hazel,apa lagi aku nak cerita.


Hati rajuk ku yang berbicara. Marah barangkali.cry icon


Tercalit sudah lumpur di laman ku, bukan kerna aku, bukan jua pinta ku, inginku,hajat ku jauh sekali bukan. Apa ada nya aku, hingga begini jadi nya. Malu ku kerna kamu parasit. Hina ku kerna kamu penyamar. Siapa kamu dibalik nama ku. . .

Suatu hari aku tersentak, penuh kehairanan, berkerut dahi ku tatkala memerhati disuatu ruangan portal yang sebelum ini belum ku jejak lagi sekian lama. Disana ada satu ukiran, hina benar penulisan nya. Mengapa pula perlu aku yang terasa???. Ini benar agak bengang aku ketika itu, Wan_hazel nama aku yang dijadikan perantaraan, ertinya wan_hazel lah yang mengukir kata kata penghinaan itu. Buat teman , percayalah itu bukan aku. Tergamak ka aku akan menghina kalian. Aku bukan yang sempurna, aku serba kekurangan. Maaf kan aku bagi pihak yang menyamar sebagai wan_hazel tersebut.

Hendak ku marah apa daya ku, hendak ku keji itu bukan caranya, siapa aku yang hendak berkelakuan sebegitu. Aku bukan seperti dia, menghina menggunakan nama aku. Alangkah berdosa nya perbuatan itu. Kita sama manusia, mengapa perlu begini. Cemburu agak nya. Perbuatan kamu hanya Tuhan yang membalas Nya.

Jauh benar hati kecil ku berlari alangkah kuat rajuk nya, terasa akan diri ini terlalu hina. Hingga teman rapat sang hati mula berbicara. Akal ku mula membuat perhitungan, "layakkah aku jadi kawan, layakkah aku disisi Nya, layakkah aku disini, layakkah aku terus melakar diterak ini.?".

Aku tahu lari bukan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan semua masalah. Andai ku lari pasti ada yang menahan. Memang benar nama ku tak secantik permata tapi aku masih ada adab dan sedar diri. Benar, aku tahu aku sering menasihat, tapi aku hina,jahil, itu aku bagaimana pula aku hendak menasihat. Benar jalanku kekadangnya tersimpang jauh dari lurus nya jalan bercahaya, namun budi baik korang tak mungkin akan aku lupa.

Ini hanya untuk kau si penyamar. Hanya untuk kau, andai ku tahu sapa kamu dibalik nama ku wan_hazel tersebut, sungguh kah beruntungnya kamu terlakar nama di teratak usang aku. Sudah lah,tinggal tinggal kan lah, hilang hilangkan lah perkara yang menghina itu. Andai berani, guna lah nama sebenar tinggal kan link ke portal kamu. Berani lah kerna benar. Mungkin kamu takut dan timbul nya perasaan cemburu. Ukiran ini memang hanya untuk kamu si penyamar Wan_hazel. Aku diam jangan dikata tiada api kemarahan. Pesanku kepada kamu, andai melangkah kehadapan janganlah terlalu cepat hingga tidak lagi kau menoleh ke belakang. Andai tiada angin tak kan sang pokok akan bergoyong. Aku disini sentiasa disin,aku tetap disini. Andai ku pergi,itu pun hanya sementara.


Perkara yang akan aku lupakan,berakhirlah.

kitty pc


Owh ya,terlupe plak,saya tidak akan ditugaskan ketempat yang jauh.hehehe.so,tu je lah.

Photobucket

Noktah

Wan_hazel is my name.



Saturday, July 4, 2009

yezz...memang yezz lah ,,,majalah yezz

                                    klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Salam


                      Wan hazel yang melankolik!



wow,akher nya...hehehe...dapat gak tengok blog sendiri dalam majalah Yezz..hehehe.Sangat seronok.hehehe.upe nye camnie lah paparan blog saya dalam majalah Yezz. Kuno betol saya nie kan. Baru skang taw majalah Yezz nie wujud. Hehehe. Skang nie terasa macam artis plak. Adoyai, pasan nye.hehehe. So skang nie saya nak berterima kasih sekali lagi wat majalah Yezz . Ribuan terima kasih wat majalah Yezz. Skang nie nak tanye plak. Saya ada dapat royalti tak?hehehe.acah je ataupun saya yang perlu bayar majalah Yezz.hahahaha. Tolong tolong, law saya yang dikenakan bayaran alamatnye nak wat tabung derma lah nie.hahaha.gurau je.

A ah lah.wat Hasliana@karangkraf.com.my bebanyak terima kasih coz paparkan and pilih blog saya.and ada satu lagi pertanyaan camne erk blog saya plak yang terpilih?camne bleh taw blog saya.?eh,dua bijik plak soalan saya.melebih plak.huhuhu,ehem ehem ada sesapa yang bleh menjawab.huhuhu.peace and respect.


Hm,wat semua kengkawan saya yang wajah dia terpamer gak dalam majalah tu,korang kene bayar taw.hahaha. Harga boleh bincang. Kalau nak tengok lebih dekat,korang beli lah sendiri. Promosi nie. Bez lah majalah tu.

Lagi satu,nie juz cadangan je. Law lah majalah yezz tu ada satu chapter untuk karton. Karton yang bersambung. Cerita macam komik,kan lagi syok. Tol tak kengkawan.hehehe. Juz cadangan je.

K lah korang. Sampai disini saja k.
Noktah
Wan_hazel



majalah yezz _ aku tak kesampaian

Salam
kitty icon

Owh,owh ya kasih...hehehe,saya mulakan dengan sedikit lirik dari drama Nur kasih. Sangat suka akan drama tersebut. Sebuah pengorbanan cinta,keluarga,kasih,sayang dan emosi. But bukan tu yang saya nak lakarkan di entri kali nie.so apa tunggu lagi. Jum kita mulakan.

ini kisah hari semalam. Jumaat


                                                                  ini carian di google

Hari nie kehidupan saya dimulakan dengan anak mata yang membesar tatkala kecerahan sinar cahaya memasuki retina lantas mencari fokus dan menghantar imej kepada otak,lantas berfikir sewajarnya. Owh,indahnya pagi jumaat. Sebahagian dari hari nie saya habiskan dengan mencari majalah Yezz. Dan akhirnya kosong tangan tanpa habuan. Bengang,tersangat bengang kawasan kediaman tiada yang menjual majalah Yezz. Hm,tak dapatlah nak baca kan. Sebenarnya sebab saya nak beli majalah tu coz saya nak tengok link blog saya yang dipamerkan didalam nya.

Bermula sebuah bicara. Sebuah cerita,ada kisah dibalik yang terlakar. Ucapan terima kasih barangkalinya. Buat majalah Yezz berjuta juta terima kasih saya hamparkan kerna memberi impak yang positif terhadap populasi pengunjung yang menyinggahi teratak ini. Buat teman yang bertanya. Tanpa sedar saya ruangan saya termasuk agaknya didalam ruangan majalah Yezz. Maaf teman saya juga tidak mengetahui bagaimana teratak usang saya ini terlakar di majalah Yezz. Ketahuilah,saya sendiri belum lagi melihat sebagaimana nya ruangan saya ini di link kan di dalam majalah Yezz tersebut. Ingin sekali membaca dan melihat malah menyentuh majalah Yezz tersebut. Memiliki majalah Yezz jauh sekali belum kesampaian. Diharap dengan harapan saya kesampaian memiliki majalah Yezz edisi julai.

Entah,kurang pasti saya akan bisikan hati kecil saya, berbisik bersama minda yang menganggapi diri ini seakan artis. Artis blog agaknya. Atau saya hanya sekadar hendak menyenangkan perasaan bangga saya. Provokasi benar diri ini. Sememangnya ada kebenaran dibaliknya. Teruja,bangga,terharu, mungkin itu perkataan yang dapat mengambarkan perasaan saya ketika ini, atau saya sudah berlebihan. Perasan sungguh frekuensi saya kali ini.

Sekali lagi ucapan terima kasih saya lakarkan disini buat majalah Yezz. Thankz ya. And buat semua teman yang menyingahi teratak usang saya ini jutaan terima kasih jua saya lakarkan. Ingatlah walaupun kita berjauhan,mata tidak bertentang,gelak tak serentak,tangis tak senada adanya saya disini sudah semestinya saya amat menyayangi kalian semua. Tanpa kalian sunyi sepilah teratak usang ini.Photobucket Siapalah saya.eceh,pasan nak jadi artis plak.hehehe.




Selepas ini kemungkinan saya akan ditugas di kawasan yang jauh dari kediaman saya so mulai dari hari ini saya tidak dapat lepak bersama kalian diteratak ini. Buat kalian jaga lah diri, and for my love. Take care, i misz u. Seperti katanya,selagi ada cinta selagi itulah ada kita.

Photobucket

Noktah

Wan_Hazel





Thursday, July 2, 2009

Tiada tajuk

Salam,


Yep,sindir je tak pe,xkira didepan or dibelakang. Saya tahu aku dah banyak wat salah. Banyak sudah sahabat, banyak jugak kawan yang makan kawan. Owh,owh,owh kehidupan kehidupan. Sebegitulah langkah dalam menghadapi liku liku roda hidup ini. Seharian nie pelbagai benda baru dan kenangan yang terlakar. Begitu lah saya. Begitu banyak kejutan dalam kehidupan. Percaya tak korang,kehidupan dalam penjara pun tetap ada kenangan. Percaya tak korang?law tak percaya korang try lah tanya dengan bekas banduan... Kehidupan siapa yang tak pernah ada kenangan...hmm,sape erk.?

Banyak benda dah jadi and banyak benda yang saya nak ceritaqtapi masa amat singkat.kata orang berdiri diatas kaki sendiri,itu penting. Semangat penting dan bukan hanya pada nama. Kali ini entri bersifat sedikit kemarahan,nasihat barangkalinya atau sindiran bagi yang berkenaan. Saya sekadar berpesan dan bukan hendak mencetuskan kemarahan hanya kerna nama wan_hazel, tapi ayat manis saya banyak muka yang terus berubah. Jagalah nama dan hormatlah orang sekeliling. Tegur tu ada caranya...k saya dah penat,wayar dah putus dalam kepala nie,tak taw nak cakap ape g.eha,respect perkara tu mesti ada k.




Noktah
Wan_hazel