Monday, April 13, 2009

berlalu lah isnin




Photobucket
Salam...♥♥♥




Dengar dengar di keheningan pagi ini, azan subuh mendayu dayu memecah suasana pagi. Sungguh menyentuh perasaan,terasa begitu berbeza dengan sahutan azan ditingkat waktu yang lain. Sejuk benar keadaan pagi ini. Sesekali terkenang dizaman menengah rendah, waktu ini pastinya sudah bersiap untuk ke sekolah dengan menaiki bas. Ketika itu berjalan kakilah untuk ke perhentian bas. Rindu nya zaman itu. Pabila perjalanan dipayungi bintang bintang biru...


Dedaun tingkap dibuka, terasa pipi ini disentuh lembut oleh udara embun subuh. Saat itu mata terpejam,sambil menekup muka dengan kedua telapak tangan. Berjalan jalan jauh dalam angan angan,bermain main disana,ah,indah nya disitu. Saya pengarah saya jualah yang melakonkan wataknya. Apa yang saya mahu semua saya mampu miliki, namun itu hanya angan. Saya tahu saya hanya mampu berangan...


Tepat jam 7.15am. Saya memandu untuk ke kolej. Sedikit sahaja sarapan dijamah bagi mengalas perut. Biasa nya,memang sebegitulah. Tidak biasa untuk bersarapan. Kalau bersarapan alamatnya jambanlah menanti. Setiba sahaja dikolej, terasa asing sekali. Seperti selepas ini tidak akan menjejakkan kaki dikolej ini lagi. Aneh nya,sejauh itu perasaan ini. Kaki mula melangkah,sambil mengatur topi yang saya gunakan sedikit ke kanan dan sedikit menyerong. Hip hop?entahlah.hehehe


Selesai sudah kelas,agaknya jam 12 tengahari. Apa tidaknya perut sudah mula menjerit jerit. Lapar agaknya.hehehe. Kali ini saya tidak pulang seperti biasa. Saya dan rakan rakan terus ke kantin, kaki melangkah sambil memicit micit dahi, seperti sedang memikirkan sesuatu. Namun itu hanya tindakan tanpa tujuan.


Hari ini,sahaja Mahu menghabiskan masa dikolej. Masa ini saya meng'update' entry di kantin. Ada cerita untuk ditinggalkan. Agak nya inilah yang terakhir untuk minggu ini. Atau mungkin untuk bulan ini. Tidak tidak, mungkin untuk sepanjang bulan sebelum saya final exam.hm,entahlah kurang pasti. Dirumah ada masalah internet, kerna itulah saya meng'update' entry saya kali ini di kolej. Menghabiskan masa yang ada dengan berblogging. Owh ya. Assgnment hubungan etnik saja yang masih tergantung,yang lain semua sudah beres. Lapang ruang dada. Dapatlah bernafas dengan lega.hehehe.Photobucket


Selasa,itu esok,esoklah selasa. Seperti entry yang sebelum ini, saya sudah pahatkan yang saya akan mengikuti program B.T.N selama 4 hari. Esok,rabu,khamis dan jumaat. Tiba sudah masanya saya meninggalkan teratak ini. Tinggallah ruangan ini untuk dirindui. Pasti sunyi selepas ini,maaf andai ada komen komen dan msg yang ditinggalkan di cbox saya tidak berbalas...Insya_Allah jika ada masa saya akan membalas. Jika ada yang sudah berbalas, itu memang tuah kamu.hehehe. Doakan keselamatan saya, selamat pergi dan selamat datang. (ENTAH JADI KE TAK PROGRAM NIE)




Photobucket
cry icon
owh owh.. jadi lah program ...tapi pergi santubang...hm..seronok tak seronok ...tengoklah nanti...berangkat jam 9.00am




kitty line



Mala,Ayu and Ezzah
THANKZ YA...TAHU TAHU SENDIRI,,,
and
welcome to da club..hehehhee..
(lucu kitak orang eh,,len kali kita lepak gik k)


P/S:Ezzzah boh lah ktk jadi pendiam...xbez alu jak..hehhee...ktk jgn terlalu sosial glak jak...so..take care k..peace.boh nangis slalu glak hahahha..Photobucket








Rasanya setakat ini sajalah bual bicara kita.jika ada umur yang panjang,pasti kita berjumpa lagi diwarkah yang lain. Itu pun andai tiada aral melintang.Photobucket










Photobucket
Hazel hari ini



Friday, April 10, 2009

uhuk uhuk

Salam...♥♥♥


Photobucket
P
agi ini,Tak terlintas untuk mengukir diwarkah ini, dingin pagi ini,seakan hendak hujan.Photobucket Indahnya lena andai tidur sewaktu ini. Masih terasa berat kelopak mata ini. Syukur,malam tadi baru sahaja selesai membaca novel "Gemersik Rindu". Menarik jalan ceritanya. Hampir 3tahun sudah tidak menyusuri denai denai novel. Selepas ini, fokus untuk study lagi.assignment mesti disiapkan secepat mungkin. Kemungkinan selasa depan, saya akan mengikuti program Biro Tata Negara(B.T.N). Selasa,rabu,khamis dan jumaat. Makanya tinggal kosonglah teratak ini. Harap harap nanti ada yang menjenguk jua.


Tidak sabar rasanya untuk menjalani program B.T.N. Cukuplah agaknya masa itu untuk saya melupakan masalah masalah study. Berseronok untuk menghilangkan tekanan.hehehe. For fun..Photobucket





Photobucket
Hazel....



Thursday, April 9, 2009

kelmarin ada kisahnya

Salam...♥♥♥


Photobucket
Kisah kelmarin dikarangkan

love blue

Kelmarin,kebanyakan perbualan saya didalam kelas diisi sepi. Entah,mungkin bosan dengan situasi sekarang,setiap hari melalui keadaan yang sama,menatap wajah yang sama.. Tadi baru sahaja selesai menyiapkan assignment programing, sudah hampir kali empat saya memperbaharui assignment tersebut, ada ada sahaja kod yang saya terlupa. Harap harap kali ini tiada lah yang silap.


Tenggelam timbul perasaan gembira. Silap silap hari bulan tak siumanlah jadi nya saya(GILA). Hahaha,jenaka rasanya. Petang kelmarin agak lewat balik dari kolej. Melepak sebentar bersama rakan rakan, selepas selesai menjawab test trigo. Agak susah sedikit,bukan sedikit tapi memang susah. Syukurlah semua soalan saya dapat jawab.Macam macam yang kita borak, saat pertama kali berjumpa,eceh, semua mula berjalan dalam kenangan. Ada ada saja cerita yang hendak dibahas...ada ada saja...


Malam semalam,sebentar ber Y.M dengan kak Jemariklik untuk ke blog jemari.Maaf memahat nama diwarkah ini tanpa persetujuan. Sedikit tersentak dengan persoalan yang ditimbulkan oleh kak jemari."mengapa orang selalu menyakiti kita?". Kadang kadang persoalan sebegitu dipandang sebelah mata sahaja, itu untuk segelintir. Bukan semua. Saya,mengapa?owh,saya selalu disingkir, selalu sahaja berada dibelakang, bila perlu barulah diambil. Ah,dah nasib nak wat cam mana kan.diam diam sajalah. Ya,saya sudah bosan dengan semua ini.. biarlah perkara semua itu menjadi debu yang tiada makna bagi saya. masuk ke telinga namun tidak terdetik dihati, makna nya tiadalah rasa terkilan. dan tidak bermaksud saya sudah tiada perasaan, namun itulah jalan terbaik bukan.. disakiti lalu menangiscry icon..apa guna nya,,tiada yang mendengar bukan??


kitty line


Ada cerita tentang sahabat,ada kawan,punya ramai teman, teman rapat katanya,Photobucket benar memang sudah diakui, ada masa nya saling bertukar pandangan,berkongsi cerita malah permasalahan. Namun sekarang tidak begitu, terasa semakin jauh. Mungkin hati yang kian menjauh,Photobucket terasa pilu agaknya. Semakin kenal semakin tidak kenal. Kata orang,bila ada yang baru yang lama dibuang. Itulah yang saya cuba sampaikan. Tapi mengapa perlu disakiti teman serapat itu, salah siapa agaknya, dia ataupun kamu..? sekali terpandang ada senyuman diwajah sahabat itu,mungkin saya baru sebentar mengenalinya,disebaliknya ada tangisan terguris,sebuah kepiluan terpancar diwajahnya, hendak ditangisi sudah tiada makna. yang terjadi biarlah berlalu,,tabahkan hati,,itu jalan nya.. tanpa disedari berkaca kaca sudah kolam mata saya, lantas menyembunyikan berpura mengatok, senyuman terukir tanda ada nya saya disini,, jika saya seperti teman itu,,menyakiti kamu. Justeru,tinggalkanlah..ringankanlah kaki untuk melangkah,apa ditunggu mungkin waktu itu saya sudah lain dari yang ini,,ada rasa marah dan ada rasa dendam.. itu andai kesabaran saya sudah hilang,,,,






bunny
Hazel ini cerita bersama ...


cute bunny
PAPAI



Wednesday, April 8, 2009

award......award..






Photobucket
Thankz you......




Tuesday, April 7, 2009

Dalam dua

Salam...




Belakangan nie,terasa agak bosan. Begitu terasa sekali. Ah,banyak perkara yang perlu difikir. Assignment makin hari makin berlambak, assignment hubungan etnik lansung belum dibelek,apatah lagi mencari maklumat untuk diselitkan bersama Power Point. Esei lagi, Programing lagi,Math lagi. Siap sahaja satu assignment,datang lagi assgnment yang lain, hinggakan saya menangguh semua assignmet saya. Semakin malas rasanya. (Syaitan apakah yang merasuk jasad ini).


Final exam semakin mampir, sekarang dah bulan April, Mei kian pantas melambai "aku disini,aku disini,came and get me". Terasa enggan pula melangkah,namun hentian langkah itu belum tentu melambatkan putaran waktu,tidak,dan tidak mungkin dapat melambatkan putaran waktu.masa tetap bergerak ke hadapan tiada pertambahan had laju. Gerakannya tetap sama.


Ahernya disini,sama ada aku atau saya, ia nya sama sahaja, sebagai ganti nama orang pertama, apa beza nya dalam yang tersirat..?tiada,tiada beza...jauh sudah saya terbang berkhayal, sukar untuk saya tafsirkan,dunia apa yang sedang saya ciptakan. Terasakan saya berkongsikan satu jasad yang mempunyai dua personaliti. Atau mungkin ini apa yang dikatakan keliru. Dimana kebenarannya. "Ah,kau terlalu tamakkan kasih sayang" tersentak tatkala hati menunding kemarahan. Terdiam...dan terus terdiam. Berdosakah bermain dengan perasaan ini?. Jauhi semua tentang diri ini. Andai itu bisa membuatkan gurisan diwajah hati. Cukuplah semua penghinaan itu. Ah,untuk siapa warkah ini ditujukan....


Sedikit berkasar,mengerutkan dahi sambil memicit micit tengkuk. "Aku disini,tetap disini namun aku mahukan yang sempurna,ah,mengapa semua yang ku mahu sukar untuk ku gapai, adakah impian itu bukan untuk ku".







Hazel
Mengerti sudah rupa rupanya,kenangan itu indah dari impian.



semalam jua seperti hari ini...

Masalah untuk follow blog wan_hazel sudah dibaiki,so korang dah bleh follow k. Try lah.klik saja..hehehe...

Photobucket



Fuh,petang kelmarin berperang dengan exam. Alhamdullillah dapat gak jawab.(tipu nye)sebenarnye xdapat nak jawab pun, tu lah berkat xstudy kan.hehehehe.
Menyesal plak xulang kaji betul2. Alahai,malas betul mamat nie. Stop stop, tutup kes 2, wat pe nak ingat balik kan yang dah berlalu, tumpukan pada hari nie n esok je. So 4 da next time, jgn malas nak ulang kaji, study study...
.. Noktah .


Photobucket
Photobucket



Lihat,disana ada tembok,
Ada benteng, ada objek yang menghalang. Mengapa semua itu perlu ada, saya turut mahukan kebebasan seperti yang lain. Mahu gembira,rasa bahagia, tersenyum dengan riang ria. Bukan pura pura. Ah,bosan sudah , berdiri dibalik senyum kepuraan ini. Mana diri sebenar, mana laungan yang dulu kau kata kan. "keep the faith and nothing else matter"mana pergi semua itu. Hancurkah,musnahkan,owh,tidak,bukan hancur mahupun musnah,tapi berkecai menjadi debu, lalu angin bertiup,lantas melarikan segala debu debu keramat itu. Benar benar tiada makna. Sungguh kau tiada pendirian. Apa lagi kau mahu wahai HatiHEART GIF Pictures, Images and Photos.? Sedarlah tembok itu untuk memberikan warna warni didunia mu.Gemersik sang rindu.....

Mana cinta
Mana sayang
Mana kasih.









heart gif Pictures, Images and Photos
Hazel bosan dengan semua ini..