
Tanpa madah saya mulakan kisah.


Terimbas pula secangkir kenangan ketika di tingkatan 5 (S.P.M). Agak nakal saya ketika itu. Apa tidak nya saya sekutu Joe..china mix iban group,,,ketika itu kumpulan itu memang amat ditakuti,,,waima saya berketurunan Melayu. Saya tetap bernaung dibawah nama kumpulan ini, bila difikirkan lagi memang agak jenaka ketika itu, sehinggakan nama saya bertukar kepada "Dread". Entah untuk apa dan demi siapa nama itu. Biarlah saya sendiri tidak pasti, dan saya tidak kisah. Biarlah nama itu,janji saya tetap diri saya.

Hampir terlupa pula saya,secangkir kenangan itu,sebenarnya disini saya ingin menceritakan sewaktu saya menduduki exam S.P.M. Agak menyesal saya,,, saya mensia sia kan tingkatan 5 saya. Tidak guna jua saya jika merengek disini.. Bukan nya saya selalu ponteng. Suka Mencari masalah,itu bukan saya,dan pergaduhan sesama sendiri itu sudah terbiasa bagi saya. Apalah sedikit biru biru dibadan itu. Lebam lebam itu satu kebanggaan bg kami. Bodoh bukan. Wujud pula satu motto bagi kami."sapa yang kuat akan terus hidup".

S.P.M mula berbisik ditelinga,semakin hari semakin hampir untuk menduduki S.P.M . Namun, ketika itu saya tidak pasti apa itu S.P.M. Tidak penting bagi saya ketika itu. Bayangkan saya hanya mengulangkaji sebelum hari saya untuk menduduki S.P.M. Benar saya tidak tipu semua ini. Fikirkan saja subjek yang saya tidak suka,saya akan tidur. Kurang ajar bukan sikap saya. Saya besyukur kerana diberi akal pemikiran seperti ini. Result S.P.M saya lulus tiada yg gagal math saya B3. BM A2...dan yg lain C dan D.

Saya memang menyesal
dgn sikap saya ketika itu, mungkin terlampau kebudak budakan. Tidak mengenal maksud sbnar ilmu pngetahuan itu, di sini saya harapkan tiadalah yang seperti saya. Silap saya,dan penyesalan itu saya sndiri yang tanggung. Mungkin keputusan saya lebih baik lagi dari ini andai saya tekun belajar. Sehingga kini saya hanya akan mengulangkaji jika exam akan berlansung namun beza nya,saya memberi fokus semasa pensyarah memberi penerangan. Dan saya tidak akan menganggu waktu saya bermain. On9 is on9 and Study is study .
Owh ya,no pendaftaraan saya,saya sudah buat tghri tdi...

Hazel....agak mengantuk...





















