Masyarakat barat fobia angka 13

Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan,didapati terdapat nombor tingkat yang seolah olah hilang aturannya. Tingkat 10 ada,tingkat 11 ada,nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya nombor 13?. Demekianlah keadaan kebanyakan bangunan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - Bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13. Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat barat atau mungkin ramai penduduk seluruh negara. Penduduk terbabit percaya yg 13 adalah angka yang membwa sial,angka yang disumpah dan berhantu sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.
Kajian terhadap fenomena yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka
13 bergelar
triskaidekaphobia malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari jumaat yang jatuhnya pada
13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai
paraskavedekatriaphobia atau
friggastriskaidekaphobia. Kepercayaan masyarakat barat kononnya angka
13 sebagai angka sial,disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran kristian apabila iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya sebagai malaikat ke-
13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.selain itu pada majlis santapan terakhir yang dipercayai dalam doktrin agama kristian,rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas ialah lelaki yang ke-
13 duduk di meja makan. Ketika ahli sihir Rom menyeru kehadiran syaitan pula,mereka akan berkumpul seramai 12 orang,dan orang ke-
13 yang hadir pada upacara itu ialah jelmaan syaitan.
Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor
12 atau
sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib. Masyarakat barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir ialah
12 atau twelve dan angka seterusnya iaitu bermula angka
13,dimulai dengan angka iaitu
thirdteen,
fourteen dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-
12 dan tidak ada bulan ke-
13.
Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka
13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika
12 Dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis makan malam. Loki dianggap tetamu ke-
13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr iaitu dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain ialah hari itu sial dan malang. Menerusi kisah berkenaan jugalah wujud kepercayaan tahyul kononnya apabila
13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan
MATI.
Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka
13 terutama membabitkan hari jumaat yang jatuh pada tarikh berangka
13. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights dalam Perang Salib berlaku pada jumaat,
13 Oktober,1307. Pada Jumaat
13 Oktober 1066 juga menjadi tarikh terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh oleh Duke of Normandy,William. Begitu juga,ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo
13 dianggap gagal kerana pesawat ini menyandang nombor malah diterbangkan pada jam
1313:
13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskadekaidekaphobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal
13 hari bulan.
Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa
13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala jumaat yang jatuh pada
13 hari bulan dianggap hari yang sial oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria, dan Portugis. Malah,fobia terhadap angka berkenaan tidak sahaja melanda orang bawahan tetapi
pengarah syarikat dan
kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor
13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat
13, pintu ke-
13. Dalam perlumban Formula One dan banyak perlumban lain,tiada kenderaan yang membawa nombor
13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar gembur kononnya melangkau versi produk microsoft office ke-
13 mereka disebabkan fobia berkenaan. Daripada microsoft office
12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan microsoft office
14. Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri dinegara itu kerugian antara
AS$800 hingga
AS$900 juta pada jumaat yang jatuh pada
13 haribulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu. Justeru, benarkah angka
13 ialah angka yang
sial,disumpah atau berhantu??Kredit wat adeq Nor bayzura bt sapee(
Majalah sekolah Sri Muara 2008.)
♥